Powered By Blogger
Memaparkan catatan dengan label MY LIFE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MY LIFE. Papar semua catatan

9/18/2015

XPDC KAYAK SEA LANGKAWI-KUALA PERLIS

Assallamualaikum dan salam sayang pada sahabat2 semua. :D

Syukur, tergerak juga tangan ini menyentuh keyboard malam ni kan. Cehhh... sekali update. Nah, ambik kau...haha. Ok la tu, setelah lama tak menghidu bau laut dan menyentuh buih-buih ombak yang membias ke gigi ombak.. akhirnya..akhirnya, jejak juga. Alhamdullilah. 

Kali ni MP terasa seperti terbang di tengah-tengah kelompok manusia,mencari rasa bahagia dengan bersahabat dengan mereka. Perjalanan MP agak panjang...hehehe. Dari Tanjung Malim ke Kl Sentral dengan ktm..bertemu la dengan sahabat maya...cehhhh, ewahhh...haha. Dari jauh MP pandang aje, lagak macam nk cari gaduh pun ada..bila dekat nampak logo tentera,ku sengih gigi ku yang putih..haha(sangatttt). Nampak sangat takut, kan kantoi penakut buat biasa2 aje. Bila selidik, fuh...not army lorrr...tapi ini orang kaki renang...MP sendiri pun kalau mintak renang...karam di lautan.. xlarat.

Nak di jadikan cerita, MP salah info terlajak lrt ... kih kih kihhh...habis MP terangkut-angkut sekali dengan si Don ni ha... habis la makkk, apa la... buat malu je. MP ingat turun di Pudu, si Don cakap Plaza Rakyat. Sekali terlajak semua trus ke Chan Siew Lin. 

Kuala Lumpur kadangkala menakutkan, lorong-lorong gelap dan sempit, membuatkan langkah sangat teratur seperti tersusun masuk ke gelanggang pertandingan. Bag, yang entah apa MP isi mula terasa berat. Perjalan dr pelosok Perak membuatkan badan sedikit penat. Namun, bila lihat sahabat sebelah dengan muka selamba badak je terus semangat ( dalam hati : mahu tak steady si don begnya kecik dan ringan). 

Setelah sampai di tempat yang di janjikan, kami bertemu dengan insan lembut se ayu -ayu... kami gelar mama sado ;D . Haaa... jangan terkezutttt kalau MP cakap ini otai kayak, hmmmm... muka salalu masuk paper. Bila di kenalkan dengan sahabat-sahabat se angkatan yang lain, muka suda pucat sebiru air laut.... kecik pulak rasa bila yang datang semua nampak hebat2. Nak di jadikan cerita lagi, hehe.

 Jangan marah ha.... ada insan tanpa sedar sebenarnya follow dari mula2 kami semua naik bas lagi. Fuhhh... abg tegap ni kan... terasa kayu tau bila kelompok kami yang kecik ni tersedar ada orang follow tanpa tahu siapa dan bila di selidik rupanya satu team XPDC. Hahahaha... sempat kena bebel dari mama sado jap..hehe. Marah2 manja...alalala....

Kami bergerak dengan feri. Bermula la pertemuan dengan kaki2 SELFIE... yang jika mahu di sebut satu2 bikin kering air liur, hahahaha. Meskipun kami tidak mengenali antara satu sama lain tapi kami seperti sebuah keluarga semut yang begitu mesra dan saling menjaga. Bilangan kami yang agak besar tidaklah membuatkan ingatan MP mampu menyebut satu2 nama, tapi insyaallah...jika berjumpa di depan boleh lagi mintak belanja makan..haha. Kami menginap di pusat perahu layar Langkawi pada hari pertama. Sangat bermuka tembok..yea la, masing2 masih tidak begitu kenal dan mulai mencari akal bagaimana mahu terus menjadi kelompok yang bersatu padu demi matlamat yang sama.


Mau tau lagi kaa... panjang suda. Okey la kita sambung cerita. Nak di jadikana cerita la kan, MP ni tertiba pula berubah jadi kaki bergambar. Naya betul abang kamera dan termasuk abe kemera pink..hehe. Ye la, tak sudah-sudah kena masukkan muka MP dalam kemera kan. Ahahaha..., dari ayu-ayu jadi tak ayu suda pasal asyik dengan selamba badak nya menyelitkan badan dengan ketinggian yang  tinggi ini dalam kemera diorang. 

Banyak betul kenangan dengan diorang sebenarnya dari kes henfon ni masalah sampai la jadi mangsa bahan masa bermalam di Selat Panchor. Henfon lama biasa la nasib tuan nya tak lama, hehe. Nak di jadikan cerita lagi sekali, henfon MP terjatuh ketika mau solat di Masjid besar di Kuala Perlis. Melarat la sampai naik feri hinggalah ke jeti Kuah. Terima Kasih kat abang kemera gopro yang sorang tu, pandai pulak main pasang-pasang beteri fon MP dari da mau angkat beli fon baru sampai la tak jadi. Hehe, mahu tak sayang henfon ni setia kot.. Jatuh bangun kami berdua bersama. Ewah... bersayang-sayang pulak.

Kita tunggu orang bagi henfon percuma kot bernasib baik macam akak amoi..hehe. Jangan marah ha, rezeki lebih. Alhamdullilah kan... :) 

MP  berkenalan dengan seorang hamba allah ni, fuh gaya dia macam koboi sangat. Dalam hati, ini kalau berkayuh di tengah laut ni ada juga karam nih. Tapi kan masim juga niat hati ni eikk... mahu tak memang kitaorang mengelarkan dirinya si koboi cuma kali ni tak bawak kuda bawak pendayung. Haru betul...perkenalan kami semua, pelbagai gaya dan situasi. Kumpulan kecik kami petang di hari pertama dengan semangat waja pergi mandi air terjun.

 Cihhhsss..., MP yang sehelai sepinggang ni merelakan tangan merembat sehelai seluar rm15 tau...terbakooorrrr duit beli seluar semata-mata mau mandi air terjun. Tapi tak rugi sebenarnya,bab mandi la sebab MP kaki mandi air terjun tapi bab terbakor duit...yepppp..adussss!! Hangus..tu la main terjah masuk van je tak pikir sehelai sepinggang.

Bermacam rupa dan gaya ada semasa mandi..ada yang mengelongsor terus dengan hati yang tak rela pun ada. Ada yang terpijak kaki, tertolak... ter rendam henfon "Apple" pun adoooo... Haru betul. Hubangan kami menjadi rapat dan ini satu perkembangan yang baik, di dunia "outdoor". Ke esokkannya kami berkayuh ke Selat Panchor. Berkayuh di dalam renyaian hujan menjadikan suasana hening dan sesejuk curahan air terjun kecil di tapak perkhemahan kami. Malamnya kami mengadakan sedikit jamuan BBQ.

 MP, tunggu makan je. Teruk MP kena buli mana tak nya mentang-mentang kita kecik. Akalan MP punya la mau kenakan diorang balik. Tup-tup, MP yang kena..aduss..rosak program. Di selidik macam pergi temuduga.

Si koboi duk bermain dengan lampu berjasa MP. Mentang-mentang, lampu LED la kan terus  buat lampu kita macam pedang yang dalam filem "Starwars" tu. Apa da... tersenyum aje. Malam tu kami semua besantai di ground fly milik Tuan tanah yang MP gelar namanya.  Orang hospital OK. Cukup la dengan doktor yang sangat cun import dari Seremban tau,...miaww..haha. Trade mark cikgu Math kita...haha, cikgu...dulu MP selalu dapat cikgu math yang garang tau..yang ni manis dan lembut aje...psiko kita sangat. Nasib takde buku math kat depan...haha.

Dalam ramai-ramai paling suka mengusik.. ada la sorang awek comel tu. Mintak kita bela dia,haha..lawak pulak bila cemburu dengan kucing. Kucing hanya menumpang tempat berteduh dan MP menumpangkan dia atas dasar ihsan tapi akak menumpang tempat di hati MP ni ha...mana boleh samakan kawan-kawan kesayangan MP dengan haiwan. Sayang korang sangat-sangat. Harap kamu semua tidak akan pernah melupakan MP. 

Siapa lagi eik...haa... cikgu BM. Hahaha, ni geng kaki mengusik juga nih. Sabor aje la... Siti...siti...siti... Ewah dah melekat suda di otak MP.  Tak kurang juga dengan "pocahontas" pun kaki menyakat juga. Riuh betul sampai kumpula-kumpulan lain pandang-pandang. Harap tumpang seronok bukan sebaliknya la... Kes buli adik ambik ayam... menjadi punca MP di soal siasat, kes terkantoi menyanyi... aduhai...pandai betul diorang dah puas dengar baru habak mai na....cissss... :')

Cerita kedai pasir berdengung....haha, mmm... hehe. Kes munculnya "kopi sembur" kes "apam gedik" kes "jelous selfie lawa dalam air dengan budak kecik tu...apa da, selfie sorang tak aci betul. Kes apa lagi eik, kes makan hati! curang sebab dapat partner kayak lain-lain di malam perhintungan. Kes ter kayuh kayak balik ke jeti. Kes tersembam sebab cuai makan luka kaki nasib sado,haha. Kes kena buli main lampu bergerak (lampu neon outdoor sape) nasib la. Kes terbalik kayak. Kes makan kuaci di House Boat. Kes tersangkut dengan bot marin, haha... Kasut air ku. Apa da...hehe. 

Allah hurabbi... Kenangan bersama kalian terlalu banyak meskipun pertemuan kita suatu yang singkat. Rasa rindu, sayang dan kasih yang tersemat di hati mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita. Kita sebuah keluaga semut yang meriah. MP bisa tertawa dengan senang hati. Semoga memori ini akan terus menjadi suatu yang indah selamanya. Wahai kenangan yang suram pergi la bersama sang bayu dan bawalah angin rindu bersama wangian laut yang membiru. Insyaallah.

Assallamualaikum dan salam perpisahan.








10/07/2014

RINDU BERSUA

Assallamualaikum, hai..Ok, sebelum nak cakap apa-apa kita gelak dulu yea.. hehehe. Dua-dua si kecik ni anak buah MP, apa kes? ni nak citer ni. Kedua-dua anak buah MP ni memang sangat rapat antara satu sama lain, meskipun rapat jangan anggap mereka ni tak bergaduh.

Nak di jadikan cerita, ibu dia tak bawak dia ke rumah mek MP sebab ibu dia cuti jadi berehat kat rumah sambil jaga dia. Sepanjang hari diorang berdua tak jumpa, tak gaduh macam biasa dan sehinggalah ke petang. Anak buah MP yang tinggal dengan kitaorang ni bukan main macam orang dewasa dia bercakap. Kalau sekali pandang macam orang besar aje gayanya.


Ok, yang sebelah kanan ni namanya Awang muhammad Ashraf, 4 tahun dan di sebelah kirinya muhammad zikri... eh, yea ke...hehehe. Selalu panggil nama pendek aje jadi lupa pulak nama penuh dia, rasanya da betul la tu. Budak-budak pun tahu rindu, ikatan persaudaraan dan persahabatan di antara mereka sangat erat meskipun masih budak-budak. Berbalik pada tajuk, rindu bersua. Yepp, bila masing-masing berjauhan pasti akan ada rasa rindu dan ingin berjumpa.


Petang tadi, selepas puas Ashraf merenget pada neneknya untuk keluar berjalan ke rumah sepupunya a.k.a anak buah MP.. zikri jadi setuju aje la. Pandai betul Asharf mengayat, katanya " adik ni bosan la, tak tau nak buat ape. Rasa nak gi jalan-jalan umah ummi jea. Hurmm... cik jah sibuk, nenek sibuk,atuk sibuk...hurmmmm". Hahahahaha, serius MP rasa nak gelak aje di meja tulis bila dengar dia cakap macam tu, siap dengan gaya orang yang sangat kebosanan aje..

Lepas tu, timbul rasa kasihan la pulak. MP offkan laptod dan dia tak sempat apa-apa dah pegang kunci da pun, hahahaha. Dalam hati, mak aiiii... budak ni serius bebenor nak kuar jalan jumpa geng dia...,okey la layan aje la.  Mek pun terpaksa jugak ikut sekali, hurmm.. nenek dia ni memang..biasalah cucu kesayangan.

Okey, cerita dekat umah kakak MP pula bila sampai sana, tak sangka zikri pun lebih kurang sama perangainya tak sabar minta ummi dia hantar dia ke rumah nenek, sebabnya nak jumpa geng dia la Ashraf. Akak cerita sambil ulang balik cara anak dia cakap,

"mi.....mi.....,pat la..."

pergi mana, adik nak gi mana ummi tak faham.

"gi bang eeerap"

adik rindu abang seraf kea..

"urmm"

adik nak jumpa bang seraf kea

"urmm"

Bila di ingat balik cerita anak buah yang satu ni pulak, tak sangka betapa kasih sayang tu sangat bernilai dan bererti bagi seorang anak kecil. Bagaimana dengan kita? dewasa dan kian berusia, kebanyakannya kian melupakan niat murni yang terkandung dalam erti kerinduan dan kalau boleh tak nak jumpa kalau ada perselisihan faham.. terutama sekali bagi yang punya pertalian. Khasnya adik beradik .

Oleh tu, apa yang MP dapat cakap. Kalau rindu bertemu la... aturkan pertemuan dan saling baiki dan eratkan silaturahim. Air di cincang takkan putus...yea dak...hehehe.

Sekian..

BILA AKU MASIH AKU

Assallamualaikum, hai semua. Alhamdullilah, masih lagi bernafas pada saat ini dan ketika ini. Inilah nikmat sebaik-baik nikmat, syukur alhamdullilah. Tiada apa yang mengerutukan dan menyesatkan akal dan rasa bila kita terkandas dalam sesuatu situasi tanpa jumpa sebarang penyelesaian. Ia sangat menyakitkan kepala dan rasa nak menjerit satu bilik, hehehehe. Memang rasa nak jerit pun, ok tarik nafas dalam-dalam dan lepas. 

Kata orang jika seseorang itu masih di usia yang masih muda mereka dikira masih setahun jagung, yepp...  rasa dah memang serupa perumpamaan tu aje. Ishh, apa la MP nih. Bila hati mendesak aje "jangan malu bertanya MP, tanya mereka yang lebih berpengalaman..ingat malu bertanya sesat jalan" . Hati oh hati, takpe ke kalau MP ringan mulut bertanya pada teman-teman blogger? mahukah mereka membantu? mahukah mereka memberikan buah fikiran? mahukah mereka ?

Dalam akal dan hati berkawan baik membuat persetujuan ada pula suara-suara yang melemahkan semangat. Apa kata mereka? mesti mereka gelakkan kau MP. "Waduh, ini blogger cap ayam kea?" "Berapa lama di dunia blog tapi masih terkial-kial". Ada lagi suara yang menjengah kotak minda.. "Eh, takkan benda senang pun masih tak tahu lagi?"

Serius MP berkecimpung di dunia blog atas usaha sendiri dan dari minat MP seawal usia yang sangat mentah MP cuma jadi pembaca setia pada setiap blog . Dulunya MP tak tahu langsung apa itu blog dan maklum saja di rumah pun tiada komputer. Mengenali blog pun atas dasar pembacaan di perpustakaan yang memaparkannya. Sebelumnya menggunakan enjin carian google sekadar suka-suka, dan bila masuk ke sesuatu laman tak tahu pun ianya adalah ruangan penulisan blogger. Waa.... bila di imbas kembali betapa ketinggalannya MP.

Sekarang pula masih lagi merayap dalam dunia blog, 4 tahun di dunia blog ianya masih sangat baru, terlalu banyak benda perlu di pelajari. Memandangkan kesibukan yang sentiasa cemburu lagi lah membuatkan semuanya kian lambat, tiada istilah yang berpadanan seperti kura-kura dan arnab di dalam kisah teladannya. MP pun menulis dengan niat untuk berkongsi cerita dan istilah money pocket dengan blog langsung tak terlintas, dan bila tersedar rupa MP sangat ketinggalan. Membuat iklan dengan nufnang,mahupun adsense atau affilite lagi la terkial-kial. 

Terkesan juga dengan blog teman-teman berpengalaman bila diorang mampu buat income dengan blog, wordpress dan lain-lainnya. Semoga MP juga mampu seperti mereka,insyaallah.

10/03/2014

Selamat Hari Raya Aidiladha MP

Assallamualaikum, apa khabar. Macam mana hari ni, semua ok ka.. Apa-apa pun terima kasih tau sebab sudi singgah blog MP nih. Maklum aje ini la satu-satu harta MP yang tinggal tempat meluah segala isi dan cerita, al-maklum setelah di tinggalkan Bam, hari-hari MP makin sunyi takde kawan nak bercerita. Meskipun Bam hanyalah seekor kucing yang MP ambil di tengah jalan raya tapi dia sangat memahami MP, seolah-olah faham kata-kata MP nih yang kekadang suka merapu. Semoga kamu tenang dan bahagia di sana sahabatku.

Beberapa hari lagi hari raya aidiladha, kata orang sambutan aidiladha tak la semeriah aidilfiri tapi bagi kami sekeluarga sambutan hari raya aidiladha atau lebih dikenali sebagai hari raya korban ni tak kurang hebat dan meriahnya. Antara negeri yang meriah sambutannya adalah negeri Kelantan, di kelantan ibadah korban sangat meriah. Saling bergotong royong, daging dibahagikan sama rata dan yang paling penting solat hari raya nya setanding dengan hari raya aidilfitri, kedatangan warga kampung khasnya untuk menunaikan solat sunat aidiladha tetap ramai . Itu di negeri mek dan ayah MP la. Bagi negeri tempat kelahiran MP pulak Terengganu, ibadah korbannya hampir sama dengan negeri lain tetap meriah dan yang lebih seronok di sini pelita pun turut di pasang, ketupat,lemang dan kuih tradisional jugak dibuat.

 Selepas solat di masjid, jiran-jiran dan sahabat serta kenalan rapat akan saling menziarahi. Ada setengahnya, kanak-kanak tetap dapat duit raya... Untung, budak-budak yang rajin ziarah rumah-ke rumah siap bertanding kumpul duit raya lagi,hehehe. MP pun pernah tau macam tu, tapi dulu la masa budak-budak.

Satu kelebihan pula, pada sambutan hari raya aidiladha pakaian tidak lah bertukar beli yang baru sebaliknya memakai pakaian yang masih baru dan bersih sudah memadai. Kiranya bila tiba hari raya aidiladha takde la pembaziran dari segi pakaian berlaku kan, alhamdullilah.

Kali ni bagi MP sekeluarga pula, kami sekeluarga bergotong royong membuah kuih muih dan kerepek sebagai makanan tambahan. Malam ni sebagai permulaan, setelah berpenat lelah di kebun ayah mengambil ubi kayu untuk di buat kerepek. Kami sempat singah mandi di air terjun siput yang tak berapa jauh dari kebun ayah, dan untuk pengertahuan sahabat semua rupanya bukan mudah nak mengambil ubi kayu dari perdu pokoknya kena ada teknik jugak.

Seronoknya, aidiladha sebanarnya mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan menambahkan kasih sayang antara suami dan isteri, ayah ibu dengan anak-anaknya dan juga antara adik-beradik. Sesungguhnya setiap apa yang di minta dan diberikan oleh allah s.w.t itu ada hikmah dan kebaikannya. Khasnya aidil adha ini sendiri, sangat banyak manfaat dan fadhilatnya.


wikipedia Hari Raya Aidiladha


9/26/2014

MP dah mulai jatuh cinta dengan Rixton!! KEBABOMM...

               
        Assallamualaikum, sahabat semua. Sihat? Alhamdullilah,bagus la. Eh.. ada jugak ke yang tak sihat. Hurmmm, cepat-cepat makan ubat yea biar sihat selalu. :) Malam ni tajuk gempak sungguh, sekali bukak kurang asam punya blogger MP..., hehehehe. Tu la siapa suruh gelojoh sangat nak tau.. Ewah-ewah,korang bab cintan cepat je yea...hehehe.

         MP jatuh cinta dengan lagu ni la. Muzik dia sedap didengar namun tiada tandingan dengan keindahan bacaan ayat suci al-quran. Allah huakhbar!!


          Sebut bab lagu ni kan, walau secintan apa kita dengan lagu tu tetap juga kena faham maksubnya..terutama lagu BI la kan sebabnya kekadang walaupun lagunya cantik dari segi suara dan muzik tapi maknanya mungkin agak tak sesuai dengan kita khasnya yang beragama islam. Namun,tak menjadi kesalahan kalau kita dengar sesebuah lagu tu sekadar menghilangkan stress dan bukan niat menjadikan seolah-olah lagu yang sangat agung dalam hati... maksub MP kat sini, korang melalak tengah malam menyayi bagai nak rak bagai.

       Habis hang pun jatuh cintan dengan lagu kan MP, Ber BI bagai lagunya?

       Yea, MP akui MP pun sangat suka dengan lagu bi amnya. Namun jika MP minat lagu bi dengan sebab untuk menjadikan penguasaan MP dalam bertutur bahasa mat salleh lebih baik tak salah kan. MP minat lagu bi sebab nak tambah pengetahuan bahasa english tak salah kan. MP minat lagu bi sebab nak betulkan sebutan dan percakapan MP lebih bagus tak salah kan.

      Yes!! that why lenglish songs not wrong. Kesalahannya kat sini bila kita melampau-lampau sangat suka dan minat sampai lupa tangungjawab kita yang lain khasnya solat kita. Kerja sekolah adik-adik tu haaa..., assigment cik kak,encik abang oii...tak terbuat dek khusyuk sangat dengar lagu.

      Apa-apa pun, yang penting jadikan lah lagu-lagu ni sebagai pengisi masa lapang dan penghilang stress kita bila kita berada dalam situasi yang menyesakkan otak kita. Insyaallah, lepas kita dengar sekejap fikiran akan kembali cergas dan hati jadi tenang dan tak rasa sesak aje.

      Apa-apa pun kali ni MP nak jugak korang semua... sahabat dan kekawan MP yang sudi singgah blog MP ni cuba dengar lagu ni. Best tau, bikin jatuh hati. Namun jangan lupa pada yang lebih indah dan pengaman hati serta lagu yang paling sedap tiada tandingan yakni ayat suci al-quran. Insyaallah, ia bukan saja membuat kita makin jatuh cinta tapi hati jadi tenang dan insyaallah lembut jiwa kita dengan kalimah allah.

Sekian, selamat sejahtera. Assallamualaikum.

9/23/2014

OH INBOX KU PENUH!! SPAM DA 2,855!

        Assallamualaikum,salam berbahagia teman. Udah lama sih gue ngak menulis ya kan. Kesibukan membututi terus sih sama gue, asyiknya terdorong mau lihat ajer teman-teman mengepost cerita-cerita baru, gue sendiri ngak-ngak juge nengpost sama kayakk mereka deh. Waduhh, ngobro-ngobro udah tertaip pake bahasa indon nya yehh... Waduhh,pengaruh sinetronnya barangkali,hehehe.

       Sudah!!!!! Berbelit-belit mulut dan tangan menulis mengikut bahasa saudara kita di seberang sana.
Yea la, ini lah padahnya bila kuat sangat tengok cerita indonesia. Sebut saja tentang drama dari negara indonesia, semua pasti tahu kan. 

    Hah? tak suka cerita indon! Habis yang hang duk sebut bawang putih bawang merah tu? hahahaha.... kan,kan da kantoi...hehehe. Pokoknya kan, pasti kita boleh sebut cerita apa yang di bawa masuk ke seni, walaupun tak suka. 

      Ok, MP tak nak cerita tentang tu sekarang, MP cuma nak bongkarkan satu rahsia tentang inbox gmail dan spam.... oh tak ku sangka tak ku duga,kemalasan yang menjadi raja akhirnya memakan kotak inbox MP yang tak berapa nak besar....hahahaha. Tu la, asyik biar aje mesej masuk last sakali sampai bertimbung. Pastu nak delete bukan main lah lama, berjam-jam tak habis lagi. Seingat MP la kan, MP start buat gmail ni dalam tahun 2010 pastu kan start berblogger dalam awal 2011 dan sekarang dah 2014. 

      Fuhh, MP membela email yang tak terbaca dah berapa tahun ni....hahaha. Dah la, tak padam-padam. Ni kompomm kalau siapa-siapa tengok inbox MP pengsan nih!! Hahahaha. Well, inilah anak dara yang rajin namanya....hehehehe. Yea la.... siapa suruh banyak sangat email masuk, kan dah penuh.. hehehe. Ni namanya rajin membela sampah MP!!! 

Ok-ok!! MP janji tak buat lagi. Ni pun dah beribu kali menyesal sebab malas sangat nak delete email-email yang tak pakai tu, kompom kawan2 MP kat sini xde siapa pernah simpan email yang tak pakai sampai beribu kan. Banyak email yang penting hilang, tak masuk-masuk walhal dah banyak kali di hantar. 

           Last-last bila MP bukak dekat spam mak aiiiii....., dekat spam pun email dah 2,855? Ish2... MP ni kan, tu nasib baik sebab kena marah dengan member sebab tak padam email yang masuk sampai email baru tak dapat di baca pulak.

         Tu la, moral the story lain kali jangan malas-malas lagi. Walau sesibuk apa, walau tak dapat nak up-date citer kat blog sekali pun jangan lupa jengah email. Tengok la, kot-kot ada email penting masuk. Kalau email tu tak penting buangkan agar senang email lain masuk. Takde la dia merayap masuk ke spam... hehehe.

         Ok,nampaknya sampai sini dulu la yea entry MP hari ni. Kena buat kerja sikit ni, kerja bersihkan inbox gmail....hahaha. 
Assallamualaikum, Sekian. Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa u ollllll.......

6/29/2014

Welcame Back Ramadan and Alhamdullilah for screen

Assalamualaikum,sahabat.

Semalam punya citer 28 June 2014. MP keluar bersama-sama akak,abang ipar dan anak-anak buah semua. Kebetulan nak membeli barang dapur aje, jadi tak berjalan jauh. Dari rumah dengan kereta terus ke Wangsa Walk. Memandangkan kami semua belum menjamah apa-apa sebelum keluar rumah semalam. Last Day, before puasa so kita orang park aje kereta di tepi McDonald seberang jalan betul-betul depan pasar raya besar Wangsa Walk.

Semalam kita orang tak makan McDonald pun, terus belok ke tangga naik bahagian atas terus masuk ke restoran Ayam Penyet kat situ. Harga yang di tawarkan pun setanding dengan menu yang tersedia. Seperti biasa dah namanya restoran ayam penyet so, pilihan MP semalam dah semestinya ayam penyet. Abang ipar dan dua orang lain anak buah turut memilih ikan keli kegemaran diorang la.

Awalnya restoran yang kami masuk ni takde la ramai, masih banyak ruang meja yang kosong. But bila kita orang duduk makan semua, MP pusing tengok semua meja dah ada penghuni. It ok loll... masakan padang memang menjadi tarikan di malaysia,right... yes,yang ni MP sokong.

By the ways, nak citer bab makan memang tak habis. Ayam dia memang besar you all. Dia punya sambal dan nasi pun agak banyak, kenyang sangat.

Ok, lepas dah isi perut semua kitaorang terus ke Wangsa Walk. Jalan aje, memandangkan semalam sabtu so semua yang datang ni pun cuti. Kita orang asalnya nak tonton wayang nak tengok Malificent tapi ada pulak yang nak tengok Tranformer. Bila dah depan kaunter nak beli tiket, usha-usha rupanya semua movie mainnya malam nanti. So tak jadi lah nak tengok, tapi anak buah MP yang boys tetap bernasib baik terus book tiket 6D Walking With Danosour. MP ingat nak masuk juga tapi bila tengok pada skrin yang di paparkan di luar ni jelas menampakkan rakaman kita semasa duk dalam 6D tu. Batalkan aje niat .

Selepas tu kami semua ke pusat bowling. Still at the floor 2, so apa lagi kami semua main bowling la. Best jugak, lepaskan stress kerja. Anak-anak buah pulak biasa la, rest hujung minggu selepas penat ke sekolah.  Sebenarnya, akak MP cakap tujuan utama bawa anak-anak keluar hujung minggu adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara suami dan isteri dan ibu bapa dan anak-anak. Dalam hati, MP rasa sangat seronokn dapat terut sama. MP janji dalam hati, before MP menjadi seorang isteri dan ibu... MP nak juga bahagiakan ratu hati MP yang semestinya mek dan ayah MP. I love you mom, dad. Thanks a lot.

So perjalan kitaorang semalam diteruskan ke pusat permainan. Tengok situasi kat situ memang happy sangat, kecil besar semua ada. Parent2 pula sibuk melayan kerenah anak-anak termasuk akak MP. Tapi MP pun tak ketinggalan sama, terus park satu stesen game bersama dengan si anak buah Awang. Kita orang main game sama-sama, serius kadangkala lepaskan penat dan masalah kerja elok juga. Tanpa sedar jam hampir ke pukul 6 petang. Abang ipar dan akak dah terasa penatnya, sekarang tiba masa untuk beli barang dapur pula.

Kami memilih kedai 1 Malaysia kali ni, it ok la. Sokongan rakyat perlu untuk memajukan ekonomi negara. Setiap sorang bawak bekas untuk mengisi barang dapur. So semua ada peranan masing-masing. Lebih kurang sejam juga kami di kedai 1 Malaysia. Lepas membayar harga barang yang di beli, kita orang ke pusat membeli \belah Giant pula yang terletak di taman permata. Lampu jalan dah di hidupkan, dan malam ni juga malam pertama solat terawih. Alhamdullilah, besok puasa. Yepp, hari ni la 29 June 2014.

Setelah membeli barang basah untuk memasak sahur nanti, kami pun pulang ke rumah. Lebih kurang pukul 7.45 malam kita orang sampai rumah. Masing-masing menunaikan tanggunjawab masing-masing. Yea la, apa-apa pun jangan lupa solat. Alhamdullilah.

Dan hari ni, masing-masing masih bersemangat. Walaupun puasa tapi tetap ceria.

Sekian, tinta MP for today. First day ramadan, 29 June 2014. Selamat berpuasa semua kepada semua muslim di seluruh dunia walau di mana pun berada.

6/06/2014

OH MY MANUSKRIP *MP :)

         Assalamualaikum....  sahabat MP semua. Terima kasih sebab masih sudi menjengah blog MP yang biasa-biasa ni yea. Kesibukan terlalu merantai menyebabkan MP tidak mampu nak up date E- novel. Insyaallah, jika di izinkan allah MP akan memuat naik 3 bab sekali. Insyaallah... Yea, mungkin ceritanya kan basi bila terlalu lama di perap tapi tak pe la. Percubaan untuk E- novel julung kalinya.

         Sahabat, MP sebenarnya sedang menyiapkan sebuah manuskrip yang telah lama terbiar sepi. Ianya sedah separuh cerita dan seharusnya siap awal tahun ini tapi di sebabkan berlaku sedikit insiden manuskrip itu MP padamkan terus. Namun di sebalik ujian yang datang, MP buka sebuah manuskrip baru yang MP beri tajuk "CERITA CINTA DAN LAGU" .

        Sebenarnya manuskrip yang sedang MP tulis ini adalah sebuah kisah nyata dan dari lagu yang nyata. Hakikatnya MP sedikit penat. Bukan penat mengejar dateline... al maklum, MP hanya blogger yang biasa2 dan tak pernah menyiarkan sebuah novel pun tapi sebenarnya penat untuk menulisnya kembali... membuka buku lama dan meneliti di mana permulaannnya.

                                                **** CERITA CINTA DAN LAGU****

      Jika di izinkan allah, pasti manuskrip ini akan siap sepenuhnya akhir tahun ini. Doakan MP yea... Sesungguhnya setiap penulisan MP di DUNIA PENA adalah kehidupan MP dan tujuan MP hanyalah mencari senyuman setiap insan yang membaca penulisan MP. Itulah hadiah terindah untuk MP sebenarnya...

                                                             Sekian, Wassalam.
                                                                   

4/09/2014

KISAH WECHAT VS MP BAHAGIAN 2

Assalamualaikum.... cerita apa ini wechat... kisah hidup sendiri, hehehe. Hanya untuk perkongsian. Ye, inilah kisah aku mengenali ramai orang dan berjumpa macam orang saban hari semua tu tak menyesakkan mata dan hati ku. Aku pasti semuanya adalah ketentuan allah, pertemuan dan perpisahan juga suatu takdir allah dan sebagai hamba aku hanya menjalaninya dengan sebaik mungkin.

Kisah ini bukanlah suatu yang terlalu menarik untuk diceritakan tapi aku punya sebab mengapa ku ceritakan di sini. Dia, bukanlah cintaku tapi dia manusia yang ditemukan kepadaku. Walaupun hanya melalui medan sosial we chat tapi dia manusia yang menjadi pilihan untuk ke kongsikan di laman blog peribadiku ini.

Dia, punya nama yang istimewa ckup ku namakan sebagai K. Dia memang punya rupa dan mungkin juga orang ternama. Dari gayanya dan dari pergaulannya aku lihat dia jauh berbeza dengan aku yang hanya biasa-biasa. Tapi dia punya sifat yang membuatkan aku tertarik untuk mendekatinya meskipun aku tahu hakikatnya tapi aku tidak pasti mengapa hati ini memaksa aku melangkah sedikit demi sedikit mencari tahu tentangnya.

Tapi untungnya kami tidak pernah berjumpa sekurangnya tiada apa yang menjadi sesalan dikemudian hari, biarlah takdir allah yang tentukannya. Lebih baik begitu daripada ianya berterusan dan membenamkan perasaan.

Dia merupakan seorang artis, ya aku sendiri tidak tahu dia artis tapi kerana allah aku mengatakan sejujurnya persahabatan yang cuba dijalinkan tidak pernah walau sedikit pun terselit ingin mencari pablisiti mahupun cerita sensasi apatah lagi kerana apa yang dia miliki. Sungguh aku mengenali hanya dari medan sosial youtube tapi tak sangka bertemu di we chat.

Aku langsung tak perasan siapa dia pada awal pertemuan di wechat tapi setelah berlaku pergaduhan kecil antara kami aku kembali melihat siapa dia dan apa yang membuatkan aku sedikit bersalah meskipun bukan salah aku iaitu aku sudah sedikit perasan yang aku ini baik... tidak elok menuduh melulu dan marah sesedap rasa.

Ha... ingat sahabat, jangan cepat marah tanpa usul periksa.

Tapi tak sangka juga, entah mengapa aku tiba-tiba teringat akan dia dan mencarinya untuk meminta maaf kembali.

Namun, harus aku akui dua dunia yang berbeza tak mungkin ada jalan kesudahan yang seindah kita cuba jadikan. Aku mengalah akhirnya dan aku izinkan dia remove aku. Aku tak pasti apa selepas ini aku akan bertemu di dunia realiti atau tidak tapi yang pasti aku tidak suka artis kerana apa... kerana aku tahu siapa aku dan aku tak ingin mencuba untuk mahukan apa yang tak mampu aku miliki.

Walau apa pun, aku gembira kerana aku dapat mengenalinya dan mengenali satu lagi sifat manusia bernama lelaki. :) alhamdullilah...

Semoga bahagia kahirnya...

Sekian.

3/18/2014

Sukan berkuda & MP

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Alhamdullilah, MP datang dengan entry baru lagi.... Mula- mula blogging dulu  nak jadikan blog  agama pastu  kepada pengembaraan, ilmu pengertahuan tentang ekonomi dan keusahawanan dan lepas tu penuh lak dengan entry giveaway dan bagai-bagai lagi la.... urmm, pening dan agak bercampur tapi MP gembira inilah dunia MP, satu dalam seribu kan.... hehehehe.

Ok lah, tak mau buang masa lagi MP nak share tentang hobi baru MP dan kegemaran MP di masa lapang. Ianya tak lain tak bukan, sukan berkuda. Urmm, sesetengah orang berpendapat sukan berkuda atau aktiviti berkuda ni sesuai untuk orang kaya dan status VIP aje tapi sebenarnya tak la..

Sekarang kalau sahabat nak tau dah banyak tempat sukan berkuda yang dibuka dan harga yang di berikan juga berbaloi tau. Kalau sahabat semua tak pandai menunggang atau tak pernah atau pun jugak dah lama tak menunggang dan lupa teknik menunggang macam MP ni ha.... pun boleh terlibat dan aktif balik tau. Urmmm, untung sebab ada tenaga pengajar.

Menunggang ni juga salah satu sunnah nabi yang dianjurkan tau, bukan saja berenang dan memanah ok.

Kadangkala bila kita stress dengan kerja pastu hujung minggu selalu keluar shopping kat pasar raya atau tonton wayang apalah salahnya pergi menunggang, bukan saja dapat pengalaman baru tapi dapat jaga kesihatan dapat merasa menunggang sama seperti masa zaman dulu... ewah, pokoknya banyak sangat kelebihannya. 

Di bawah ni MP kongsikan sedikit kebaikan melakukan sukan berkuda dari segi kesihatan .

Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.

Bentuk lekuk badan belakang kuda – tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.

Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik  pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.

Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral – termasuklah sistem penghadaman, sistem  saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie.  Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sekian, 





3/14/2014

MP is PA


Assalamualaikum dan salam 1 malaysia semua. Alhamdulllah setelah beberapa ketika tak coretkan wadah di Dunia Pena, syukur akhirnya tertulis jugak artikal baru hari ni. Ini adalah sebahagian daripada kerja MP sekarang, sebagai seorang PA di sebuah syarikat agensi Frudential BSN Takaful yang bercawangan di bandaraya di kl so agak sibuk sedikit dengan tugas harian.

Sesetengah pihak mengatakan kerja sebagai PA atau personal assistant ni takde la penat sangat, yeppp xde penat sangat tapi bila ada kes memang tak menang tangan dan MP sebagai PA yang kerjanya handle semua kerja bos merasai semua tu. Hurm.... xde masa goyang kaki tau. Tapi kalau free memang muka ni jea la yang duk mengadap PC sambil layan Youtube... hehhehe.

Alhamdullilah... rezeki allah menempatkan MP kat sini sebab di sini MP bukan saja melaksanakan tanggunjawab melayan kes yang dibawa oleh agent untuk submit and have incame tapi MP juga belajar tentang market sebagai mana seorang student universiti yang ambil bidang bisness. That why, syukur sangat pada allah meskipun MP masdih baru dalam bidang ni tapi ilmu yang di berikan sangat bermakna dan sangat bernilai buat MP.

Buat masa sekarang sampai sini dulu MP bicarakan tentang kerjaya MP sebagai PA agensi Prudential BSN Takaful ok. Insyaallah, di lain fari dan lain catatan MP akan bualkan tentang kebaikan dan kepentingan produk insurans ni ok... Banyak manfaat untuk masa depan dan kesihatan.... 

So waiting for next articel Ok. Assalamualaikum.... 

Sekian, wassalam.

3/01/2014

KISAH WECHAT VS MP BAHAGIAN 1

Assalamualaikum, alhamdullilah setelah beberapa bulan dan minggu tak menjengah malam ni dapat jugak menulis lembaran seterusnya. Kali ni MP nak kongsikan satu pertemuan dan perkenalan yang lucu dan meninggalkan kesan pada jiwa MP.

Ceh wahh..... MP, jangan nakal ha...

Beberapa minggu yang lalu MP on kan sistem wechat, ye la dah semua kawan pakai wechat takkan la nak ketingalan pulak... MP sedar segalanya telah di atur oelh allah s.w.t dengan rapi dan tersusun.. kerja kita sebgai hambanya hanya menjalaninya dengan terbaik.

MP cuba la satu sistem wechat dalam fon yang mana ada di tulis "TEMUI" , bila  saja on kan sistemyang satu ni apa lagi berderek kenalan baru muncul... dah la xkenal. Tak tahu la macam mana tertekan pada seorang pemudanya ni...

Namanya apa MP..... haaaa, yang tu biarlah rahsia OK.

MP pun just said "hye".  Tak lama kemudian, bersahut... bila sembang entah la macam mana boleh tertaip wechat ni dengerous...

he ask why.. so MP cakaplah because kita akan berkawan dan jumpa dengan ramai orang yang kita sendiri tak kenal apatah lagi tahu.

Tapi perkenalan dan persahabatan tak lama kerana ada masalah tertentu cuma MP sedar bahaya wechat ni memang meluas, inilah kecangihan teknologi dunia... segalanya hanya di hujung jari.

Namaun MP sedar dan gembira kerana dapat kenal dan tak sangka dapat bersembang dengan pemilik " SEBALIKNY".

Alhamdullilah, dia pemuda yang baik cuma nakal sedikit...  Sesungguhnya pertemuanh itu adalah takdir allah, dan daku bersyukur dengan coretannya.. alhamdullilah, amin.

11/22/2013

Rasa Itu Aneh Yaa

Assalamualaikum sahabat MP semua. Aneh yea, perasaan itu. Kadang-kadang membuatkan jiwa itu seriang anak-anak kecil dan kadangkala menjadikan wajah itu basah dengan linangan airmata. Sedih hati hanya mampu ku tasbihkan dengan zikrulallah... ya rabb, aku tidak pernah membenci pada perasaan ini ku semaikan dengan keikhlasan menyayanginya keranamu ya rabb. Dia milikmu, dia hartamu, dia makhluk ciptaanmu, dia insan yang dikau pinjamkan rasa indah ini dan padanya juga anugerah rasa ini kau taburkan padaku.

Entah mengapa terasa macam nak nangis pula, hurm... ^_^

Ya allah, jadikanlah jiwa ini bukan suatu yang pembohong dalam ia belajar untuk mencintai penciptanya. Ya allah, jadikanlah hambamu ini manusia yang tidak lari dari tangunggunjawabnya dalam melaksana tugasnya sebagaihamba. Ya allah, kau lembutkanlah hati ini selembut sutera dan jayakanlah hambamu ini sebagai manusia yang tidak putus asa. Ya allah, limpahilah petunjuk dan hidayahmu buat hamba sekeluarga, sahabat-sahabat hamba, saudara-saudara seislam hamba dan dia yang kau anugerahkan rasa ini. Sungguh ku masih mesih berpegang pada doa ini yang satu.. ya rabb, indah sungguh rasa ini meskipun halangan dan butuh kesabaran.

Ya ilahi, ampuni hamba kerana masih meminta padamu akan kebenaran dia jodohku.




11/19/2013

Hati ini Milik Allah

Assalamualaikum dan salam bicara dari MP. Semoga bicara kali ini memberikan kegembiraan dan kesenangan buat semua yang sudi menjengah blog MP. Alhamdullilah,hari-hariku yang dilalui kini kian merubah warna. Semoga segala-galanya semakin membaik,amin.

Tak sangka bila lama tak menjengah blog dan menulis banyak benda yang tertinggal, bukan hati tak ingin berbicara cuma keadaan yang tak mengizinkan berbuat demikian. Maklum saja status  pelajar STPM baru saja hilang jadinya sekarang baru laboleh bergiat aktif semula. Namun malangnya fikiran pulak agak berserabut,  ujian yang datang seringkali mematahkansemangat dan untuk bangkit kembali bukanlah suatu yang mudah. Alhamdullilah, setiap apayang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri.

Bila tangan tidak lagi seberat dulu, MP sengajakan meletakkan bait-bait bicara puisi lama moga semangat kian bercambah. Insyaallah, setiap kesusahan pasti ada kesenangan. :)

Saat ku menulis dan menekan setiap huruf di papan kekunci ini, alhamdullilah. MP mampu tersenyum kerana sesungguhnya pabila menjengah blog-blog sahabat yang masih menghijau mahupun yang jauh lebih hebat tintanya, semangat diri ini seakan bangkit kembali. Alhamdullilah, syukur bagi allah s.w.t yang memberikan keindahan buat diri hambanya yang serba kekurangan ini.

Meskipun kesihatan kurang membaik namun kehidupan yang bakal di jengah pada beberapa ketika nanti pastinya tersulam dengan ujian yang lebih mencabar, so tak boleh lemah-lemah lagi.

Baiklah, nampaknya setakat ini sajalah bicara MP untuk kali ni ya.. Insyaallah, bicara seterusnya pasti di up date nanti.

Assalamualaikum sahabat. Sekian... :)

11/03/2013

STPM itu

Assalamualaikum sahabat MP semua. Semoga sihat selalu dan dirahmati allah s.w.t hendaknya yaa.. Alhamdullilah, sekian lama menanti tarikh akhir untuk perjuangan dalam pelajaran. Kini, tarikhnya kian mendekat dan memberikan seribu debaran buat MP dan semua student yang mengambil STPM setaraf.

Insyaallah, pada hari khamis 7/11/2013 maka terbukalah tirai pementasan sem 3 yang terakhir buat sistem modular tahun pertama. Ikhlas MP nyatakan, rasa gementar dan takut memang mememberatkan ubun-ubun ini namun inilah yang dinamakan suatu perjuangan. Perjuangan dalam menuntut ilmu, insyaallah.

Bicara kali ini tidaklah sepanjang seperti yang sebelumnya, sebelum MP menutup bicara ini. Mohon maaf jika ya andai kata terdapat sebarang bicara dan penulisan yang menyingung perasaan. Doakan MP yea dalam exam, semoga rezeki MP untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tercapai dan peroleh kejayaan sebagaimana yang di impikan. Amin ya rabb.

Sekian, sahabat MP semua. :) Wish me luck

10/10/2013

STPM/ Angulia Beach Resort, Marang. Terengganu.

Assalamualaikum sahabat MP semua. ;) Apa khabar sahabat hari ni, semoga segalanya baik-baik saja kan. Insyaallah, dipermudahkan segalanya. Amin.

Oh yea, hari berganti minggu dan minggu berganti tahun tak lama lagi MP akan tamatkan pembelajaran MP di peringkat STPM. Wah!! tak sangka hampir dua tahun MP bergelar student sekolah kan. Namun insyaallah MP tidak akan hanya berhenti setakat ini, masih banyak yang perlu dilalui. Insyaallah, pasti ada tuah dan rezeki buat MP nanti bersama teman-temen seperjuangan di peringkat yang lebih tinggi. Amin. Doakan yea.. :)

Oh yea, hari ni baru MP dapat update entry baru. Yea la 3hari 2malam berada kat kem ni. Semalam pulak seharian habiskan masa dengan anak buah tak sempat lak nak update, just write and draft jea. Nak tak nak hari ni jugak baru dapat update, nak buat macam mana status pelajar sem akhir memerlukan MP berkerja keras untuk menambah baik serta tangkap sebanyak mungkin
 info yang lebih. Yea la, buat bekal untuk exam bulan November nanti.

Sahabat! memang benar  bak kata pepatah yang menyebut tuntutlah ilmu sampai ke negeri Cina, kerana apabila kita sudi menjadikan ilmu itu sebagai teman sejiwa pasti kita akan dapati lebih banyak benda yang rupanya kita tak tahu dan perlu kita dalami. Alhamdullilah, kem yang MP sertai kali ni memberikan banyak info berguna bahkan menambah baik diri MP buhkan hanya pada aspek lahiriah bahkan kekuatan mental dan fizikal buat persedian exam nanti. Alhamdullilah, syukur pada kekasih yang satu atas pemberiannya.

Resort yang MP pergi untk kem kali ni memang cantik pasal di belakang rumah tumpangan MP terbentang luas keindahan pantai Marang. Kapal-kapal pelaut mengindahkan lagi potret disini dan apa yang menarik bagi MP suasana kat resort ni cukup cantik. Memang sesuai untuk hilangkan stress dan masalah kerja tau.

So walau apa pun  sekali MP just nak cakap. Dimana pun kita or apa jea yang sedang kita buat jangan sesekali lupa pada yang esa. Insyaallah selagi kita menjaga batas pergaulan sebagai seorang hamba yang mengalas tanggunjawab sebagai khalifah di muka bumi ini dan sesungguhnya kita punya senjata yang paling hebat setelah usaha yakni "DOA".


Doakan MP yea sahabat semua, semoga kejayaan juga buat MP amin. :)
Kenangan untuk last kem for student sem3 2013.
Guys, all of u really make me happy, i hope after this moment we will can walk together to get the better position in our life . Ok\, cayang u all. I will miss u teacher Tengku Aziati.

Perjuangan yang sedang kita tempuhi pasti diberkati allah kerna inilah sebahagian daripada jihad dalam menuntut ilmu untuk din aplikasikan pada kerjaya dan dunia, insyaallah. Amin ;)

Thank u all. 6/10/2013-8/10/2013

10/01/2013

Bersuara Dari Kotak Minda Pencetus Nasihat Berguna :)

Assalamualaikum semua sahabat MP yang baik hati.:) Sedang buat apa tu yea agaknya, oh yea. Beberapa
hari tak update apa-apa rasa janggal pulak tapi masa yang terluang walaupun singkat tetap jugak MP singgah. Beberapa hari sibuk dengan study list sampai tak berkesempatan nak bukak citer baru kat sini, so bila sempat bukak MP just blogwalking jea kat laman blog blogger lain.

Hari ni MP ada ujian kat sekolah, yea la sebagai pelajar sem akhir STPM 2013 memang agak terkejar-kejar jugak la. Ujian hari ni alhamdullilah, MP dapat buat dengan suksesnya. Rasa berbaloi pulak bersengkam mata dan berjaga malam untuk study. Benarlah apa yang orang cakap kalau seseorang manusia itu berusaha dan berjaya melakukannya dengan cemerlang itu semua adalah tandanya usahanya membuahkan hasil dan berbaloi. Insyaallah, jika dimakbulkan hajat dan impian tahun hadapan pasti MP akan tetap menjejakkan kaki ke menara gading. Amin...

Doakan MP yea.. sahabat yang manis dan hansem yang duk baca entry MP nie.

Apa-apa hal pun, dalam kita berusaha jangan lupa kita bermunajat kepada allah s.w.t, kekasih yang utama agar apa yang kita kerjakan sehar-hari membuahkan hasil dan mampu di tuai dengan nilai yang tinggi bila tiba masanya. Berkat doa dari ayah dan ibu juga penting, semua itu adalah tulang belulang di sebalik kejayaan seorang anak. Haa.... betul tak apa MP cakap, yea la.. Tak guna jika kita seorang yang bijak pandai tapi akhlak dengan ayah ibu sebaliknya. Wallahualam.

Nampaknya setakat ni saja la dulu wadah bicara MP untuk kali nie, ada urusan yang perlu di laksanakan nanti kalau ada masa MP singgah sini lagi dengan giveawey dah wadah santapan kerohanian serta minda yang bermanfaat lagi ok. Sekian, wassalam.


9/17/2013

Masa Yang Mengekam atau MP yang mengancam. :D

Assalamualaikum dan salam ukhwah buat sahabat MP semua. Alhamdullilah hari ini MP di berikan masa untuk menaip pada papan kekunci dengan lama sedikit.  Itu la, bila manusia itu di kelilingi dengan kesibukan sukar nak mengikut peraturan yang di atur. Namun dalam kesibukan mengulang kaji dan assigmant penggal 3 MP masih mampu menyingah. Namun tak la sehangat yang sebelumnya. Tapi it ok la dari tak menjengah langsung blog kesayangan MP ni kan.

Korang... boleh bagi pendapat tak kalau MP tanya korang macam mana nak manage masa dengan lebih baik, ni bukan bererti MP hilang cara cuma kadang-kadang tak teratur jugak. Agak memeningkan bila bangun awal pagi terpaksa kemas buku dulu pastu bereskan hal-hal lain. MP punya stail lain sikit, MP lebih suka belajar lewat malam sampai kadang-kadang tak sedar masa dah ke angka 3...4 pagi. Pastu siang harinya lebih banyak habiskan masa dengan home work tapi tak lama dalam sejam dua pastu tutup buku, baca buku cerita,hehehehe.

Entah la, kesihatan jugak agak terganggu sekarang nak tidur awal memang tak la pasal MP tak boleh tidur awal. Kalau dalam pukul 9 dah tidur mesti pukul 10 bangun balik. Kalau dulu MP tak pernah tidur waktu dalam kelas tapi sekarang bila jea cikgu panjang lebar bagi penerangan, haa... mula la MP nak terlentok atas meja. Tapi masih mampu tahan cuma kadang-kadang terlajak sikit.. :D

So, pada sahabat MP yang menyinggah blog MP ni harap sangat korang leh la bagi sedikit pendapat. Janganlah pedas sangat nanti MP nanti...hehhehhehe. Pendapat yang ikhlas tau.

Sebenarnya MP tansion gan exam yang tak lama lagi, so tempat MP rest otak dan cuci balik habuk-habuk yang dah melekat kat sini la. So harap ada sahabat-sahabat yang sudi memberikan pandangan ikhlas. Amin.
Terima kasih menyinggah, apa2 hal jangan lupa follow me.. :p
wassalam, sekian.

2/06/2013

Maaf! apakah itu sukar

Salam bicara.. Aku ingin mulakan bicara dengan satu ungkapan maaf jika aku pernah melampau batas dalam bicara tak kiasah la dimana sama ada di ruang catatan ini atau pun di mana saja pertemuan tercipta. Bagi aku ucapan maaf adalah suatu yang paling bernilai tak mampu di beli dengan intan permata bahkan kau tak mampu untuk mempertaruhkannya dengan harga.

Kenapa sukar sekali untuk mengucapkan perkataan maaf. Adakah ianya terlalu mahal hinggakan terlalu sukar untuk hatimu mengungkapkan maaf padahal ianya suatu yang bermakna dan menunjukkan dirimu bukan lah seorang yang ego.

Setiap pertemuan akan ada penghujungnya begitu juga dengan persahabatan satu saat akan tetap juga di goyah. Kita semua sama sukar untuik merendahkan ego sendiri tidak kira lah lelaki mahupun wanita. Sesetengah orang merasakan dia terlalu susah untuk mengucapkan perkataan maaf itu jika kawannya tidak mengatakannya terlebih dahulu. Sukar sangat ke nak minta maaf!! apa yang di agungkan sangat dengan ego kamu yang satu hari tetap juga akan berada di bawah. Apa ianya akan menyelamatkan suatu persahabatan. Jawapannya tidak bukan.

So apa yang menjadikan kamu begitu sombong dan bangga !

Pena: Bicara yang menandakan aku sedang melepas geram >_<

Tiba tiba ternampak pakcik tukang kebun tengah bersih pokok bunga. Wajah yang di mamah usia tu tak sedikit pun tercalik rasa marah dan ego meskipun  aku tahu mungkin kerjanya bukan kerja yang bergaji lumayan.

Tengok rama -rama ni walaupun hidup tak lama tapi dia sentiasa gembira dan sentiasa menceriakan orang lain dengan warna. :)


Pakcik macam mana pakcik boleh setabah itu. Dari wajah itu juga aku tahu kamu sudah mengenal erti kehidupan ini. Terlalu banyak halangan kan tapi apakah tiada rasa ego itu dalam diri? Mungkin kalau pakcik mendengar bicara ini pakcik akan katakan apa guna kita meletakkan ego di akal padahal akal itu lebih baik dari ego... betul tak pakcik.

Aku teringat kata-kata dari seseorang yang pernah berbicara pada kau suatu ketika. "Maaf itu bagi aku terlalu mahal untuk di ungkap kerana jika ianya terlalu murah untuk di ungkap ianya akan menjadi suatu yang tak bernilai untuk dihargai".

Siapa kata ucapan maaf itu akan menjadi tak berharga jika selalu di ungkap. Kamu silap jika masih berpegang dengan kata itu. Sebenarnya bila seseorang itu berani mengatakan maaf itu bermakna dia menyesali kesilapannya dan kekadang ianya bukanlah salah dia tapi kerana dia tidak meletakkan ego di akal maka akalnya adalah penghuni tetap kotak minda.

Kita menganggap bila seseorang meminta maaf bererti dia pernah melakukan kesalahn dan mengharap dirinya di maafkan. Apa tak terfikir ke di akal waras itu bahawa dia manusia yang lebih baik pekertinya kerana merendahkan dirinya hanya kerana ingin mengalah dari terus bertekak dengan kamu. Apa tak terfikir kamu siapa dia di mata kamu.

Mulakan langkah baru jangan terlalu sombong untuk mengucapkan kata maaf. Maafkan diri kamu. Maafkan semua insyaallah redha allah dan keampunan dari allah buat kamu.

Wassalam................

1/16/2013

Hati

Bila cinta berputik hati seakan merelakan rasa itu menjalar dan beraja di jiwa.Kata-kata yang diluahkan bgaikan satu puisi indah yang sukar dinyatakan dan diperjelaskan maksudnya. Tiada manusia yang dapat menghurai makna cinta yang sebenarnya kerana ianya suatu yang tidak nampak hanya dapat dirasa getarannya.

Siapa sangka seorang insan yang dahulunya sangat membenci cinta akhirnya berjumpa cinta setelah usianya semakin meningkat remaja dikala teman-teman lain sudah bijak menyusun kata untuk di hadiahkan pada insan tercinta. Siapa sangka cintanya di mula dari laman sosial. Siapa sangka dia kini dilamun cinta dan terlalu menyukai cinta. Siapa sangka dia juga sakit kerana cinta siapa sangka dia juga pasti berkorban kerna cinta... Siapa sangka bukan.

Siapa yang memulakan perlu menyudahkan the end the story! betul ke?

Ye! siapa yang memulakan sila cari penamat yang jelas. Sungguhnya tiada siapa di antra kita mahukan yang terburuk buat dirinya... dia merancang segalanya tapi sesungguhnya penciptanya telah menentukan yang terbaik untuknya. Jadi bagaimana...

SEGALANYA TERLETAK PADA HATIMU KERANA HATIMU YANG PUNYA RAS ITU TAPI LEBIH BAIK LANDASKAN CINTAMU PADA YANG SATU KERANA TUHAN MU TIDAK PERNAH MENINGGALKAN MU WLAUPUN SESAAT PUN

PERBEZAAN WARNA BUAH DAN KHASIAT NYA #Part 1 : Buah Naga @ Dragon Fruit

 Assallamualaikum dan jumpa kembali sahabat MP. Yep... MP kembali di tahun 2021 dan bila mana anda membaca "posting" ni bermakna a...