Powered By Blogger

10/07/2014

RINDU BERSUA

Assallamualaikum, hai..Ok, sebelum nak cakap apa-apa kita gelak dulu yea.. hehehe. Dua-dua si kecik ni anak buah MP, apa kes? ni nak citer ni. Kedua-dua anak buah MP ni memang sangat rapat antara satu sama lain, meskipun rapat jangan anggap mereka ni tak bergaduh.

Nak di jadikan cerita, ibu dia tak bawak dia ke rumah mek MP sebab ibu dia cuti jadi berehat kat rumah sambil jaga dia. Sepanjang hari diorang berdua tak jumpa, tak gaduh macam biasa dan sehinggalah ke petang. Anak buah MP yang tinggal dengan kitaorang ni bukan main macam orang dewasa dia bercakap. Kalau sekali pandang macam orang besar aje gayanya.


Ok, yang sebelah kanan ni namanya Awang muhammad Ashraf, 4 tahun dan di sebelah kirinya muhammad zikri... eh, yea ke...hehehe. Selalu panggil nama pendek aje jadi lupa pulak nama penuh dia, rasanya da betul la tu. Budak-budak pun tahu rindu, ikatan persaudaraan dan persahabatan di antara mereka sangat erat meskipun masih budak-budak. Berbalik pada tajuk, rindu bersua. Yepp, bila masing-masing berjauhan pasti akan ada rasa rindu dan ingin berjumpa.


Petang tadi, selepas puas Ashraf merenget pada neneknya untuk keluar berjalan ke rumah sepupunya a.k.a anak buah MP.. zikri jadi setuju aje la. Pandai betul Asharf mengayat, katanya " adik ni bosan la, tak tau nak buat ape. Rasa nak gi jalan-jalan umah ummi jea. Hurmm... cik jah sibuk, nenek sibuk,atuk sibuk...hurmmmm". Hahahahaha, serius MP rasa nak gelak aje di meja tulis bila dengar dia cakap macam tu, siap dengan gaya orang yang sangat kebosanan aje..

Lepas tu, timbul rasa kasihan la pulak. MP offkan laptod dan dia tak sempat apa-apa dah pegang kunci da pun, hahahaha. Dalam hati, mak aiiii... budak ni serius bebenor nak kuar jalan jumpa geng dia...,okey la layan aje la.  Mek pun terpaksa jugak ikut sekali, hurmm.. nenek dia ni memang..biasalah cucu kesayangan.

Okey, cerita dekat umah kakak MP pula bila sampai sana, tak sangka zikri pun lebih kurang sama perangainya tak sabar minta ummi dia hantar dia ke rumah nenek, sebabnya nak jumpa geng dia la Ashraf. Akak cerita sambil ulang balik cara anak dia cakap,

"mi.....mi.....,pat la..."

pergi mana, adik nak gi mana ummi tak faham.

"gi bang eeerap"

adik rindu abang seraf kea..

"urmm"

adik nak jumpa bang seraf kea

"urmm"

Bila di ingat balik cerita anak buah yang satu ni pulak, tak sangka betapa kasih sayang tu sangat bernilai dan bererti bagi seorang anak kecil. Bagaimana dengan kita? dewasa dan kian berusia, kebanyakannya kian melupakan niat murni yang terkandung dalam erti kerinduan dan kalau boleh tak nak jumpa kalau ada perselisihan faham.. terutama sekali bagi yang punya pertalian. Khasnya adik beradik .

Oleh tu, apa yang MP dapat cakap. Kalau rindu bertemu la... aturkan pertemuan dan saling baiki dan eratkan silaturahim. Air di cincang takkan putus...yea dak...hehehe.

Sekian..

PERBEZAAN WARNA BUAH DAN KHASIAT NYA #Part 1 : Buah Naga @ Dragon Fruit

 Assallamualaikum dan jumpa kembali sahabat MP. Yep... MP kembali di tahun 2021 dan bila mana anda membaca "posting" ni bermakna a...