Powered By Blogger

9/26/2013

Oh September GA by Safiena & Friends


Assalamualaikum semua.... :) apa2 hal klik banner kalau nak join tau. Ok dah, nak mula bagus. 

01.09.2013 sehingga 30.09.2013 (Tepat jam 12 tengah malam)
Sempat lagi... jangan risau korang pantas jom cepat2... :)

...........................................................
Gambaran tentang saya yepp, OK! ni nak citer ni,hehehe. MP rasa comel kot, pasal kawan2 ke or kenalan yang baru&lama friend dengan MP cakap MP comel... hurmm. Tam mane la cutenya tak tau la, tapi bila mengadap cermin tengok diri sendiri rasanya yea dah tu comel,,hehehehe. :P

Urmm, kalau nak dilukis doodle sendiri memang tak la. Tak pandai la nak buat, takpe la nak buat macam mana tapi kan, kena bagi satu doodler/blogger yang paling cute dan MP minat memang ada jap eikk.




Haa... ni la. Mesti ramai yang kenal Farah Syamimi. MP suka dengan karton ni nampak cute.. huhu. Tuan punya blog pun :)

Ramai lagi blogger yang MP suka tau, macam Khaty Rbain dan Kenit Cinonet
serta lain2 lagi :) yang tak dapat di nyatakan banyak sangat.

Apa2 pun banyak suka... :D



"3000 SLE Supporters Giveaway"


Assalamualaikum.


klik banner untuk join


Senarai hadiah:
Cash RM100 x 1, doodle ART button badge x 10, DuniaShida button badge x 3, perfume x 2, photo canvas (art kufi) x 3, photo canvas (typography canvas) x 3, Novel x 5, tudung bawal x 3, beauty tool x 1, bookmark limited edition x 15, pin ribbon x 2, topup RM10 x 8, topup RM5 x 5

3000 SLE Supporters Giveaway dianjurkan oleh DayangDeno dan disponsor oleh DayangDeno, NazrinaHussin, DuniaShida, Canvas D'Arte, Hawadah, Mojat, DyshaSahhir, MamaDarwiish, AkuMira, Pinkizluv, NadiaDiana, Cahaya Jannah, AdamFaiz, AisyaLieza, Nasuha, CikkMira

Tamat 24 Oct 2013, 12malam

9/21/2013

Telifon VS Pengguna







      Beliau diiktiraf sebagai pereka telefon bimbit pertama dan juga orang pertama yang membuat panggilan telefon bimbit yang mengagumkan orang awam di New York pada 3 April 1973. Panggilan tersebut ditujukan kepada pesaing beliau, ketua penyelidikan, Dr. Joel S. Engel, Bell Labs, sekaligus membuka mata pelbagai pihak dan menyebabkan peralihan pasaran fundamental teknologi dan komunikasi. Ini adalah kerana visi beliau untuk mewujudkan komunikasi peribadi tanpa wayar, berbeza dengan telefon selular kereta pada masa itu. Cooper kemudiannya mendedahkan bahawa beliau telah memperoleh inspirasi untuk melakukan penyelidikan telefon bimbit itu menerusi watak Captain Kirk yang menggunakan alat komunikasi yang dipanggil "communicator" dalam rancangan televisyen terkenal  Star Trek.

    Telefon merupakan suatu keperluan yang sememangnya diperlukan oleh manusia pada hari ini. Pengguna bukan saja mementingkan kualiti dan fungsi yang ada bahkan pengguna hari ini juga mementingkan jenama telefon itu sendiri. Jika dilihat daripada jenis dan saiznya sudah semestinya para pengguna memilih sesuatu yang memberikan keselesaan. Namun demikian para pengguna sering terlupa akan kesan yang mungkin dihadapi. Contohnya, masalah ingatan yang kurang baik, tindak balas yang perlahan terhadap masa dan membuat banyak kesilapan.

Oleh itu, kita sebagai pengguna teknologi canggih ni elok lah memahami terlebih dahulu cara penggunaannya dari buku panduan yang di bekalkan dan tidak terlampau obses dengan teknologi yang di bekalkan ini. Seterusnya agar tidak berlaku kesan yang tidak elok serta sebarang masalah di kemudian hari.


sekian..

September Giveaway By KasihLestariAbadi


Assalamualaikum, kawan2 selamat bersegmen tau. MP wish good luck kat u all jugak tau. 
Selamat mencuba ;)

Apa-apa hal klik banner kat atas tu k.

Giveaway mega novel by mohd zuhri


Klik Banner kat atas ok. :)

Assalamualaikum, hadiah novel! wah.... wah.... menarik. MP pun tengah berkira-kira nak tambah koleksi novel kat bilik bacaan. Sahabat semua kalau berminat jom join segmen, banyak lagi hadiah tau.

sekian.

9/18/2013

Cerita Rindu Ramadan_ Dariku Mustika Pena


Merindu pada bintang hilang bila siang mendatang,
Merindu pada bulan akan disatukan bersama dongengan,
Merindu pada ciptaan itulah anugerah dari tuhan,
Merindu pada penciptanya insyaallah bahagia pada kedamaiaan.

Cerita adalah sebuah bingkisan lukisan,
Cerita digambarkan pada rasa seorang insan,
Cerita rindu membuah  satu kenangan silam,
Cerita al-Quran petunjuk ummat berzaman.

Anugerah… sesungguhnya itu indah,
Ramadan yang datang adalah sebuah hadiah,
Satu kelebihan mengukir sejarah,
Mengindahkan islam dengan al-Quran,
Memberikan laluan kepada naluri insan.

Cerita rindu pada Ramadan,
Sebuah coretan wadah kerohanian,
Bersyukurlah kita ikhwan yang disayang,
Dititipkan pegangan dan juga al-Quran.

Mengapa agaknya tiba-tiba hatiku rindu pada ramadhan. Semoga masih punya kesepatan untukku, amin ya allah. Kasihilah insan-insan yang ku rindui dan sayangi.

9/17/2013

Segmen 1st Mama


Assalamualaikum... Jom sahabat MP join kejap, tak susah pun syaratnya boleh buat tak sampai tiga minit pun. Selamat bersegmen.

Tarik tutup: 30hb September 2013
Tuan punya blog nak cari 15 peserta bertuah tau!
Jom cukupkan 30 orang paling kurang. Lagi ramai lagi bagus.

Jangan lupa tinggal jejak di Blog MP yea sahabat. ^_^  Sayang Korang

Masa Yang Mengekam atau MP yang mengancam. :D

Assalamualaikum dan salam ukhwah buat sahabat MP semua. Alhamdullilah hari ini MP di berikan masa untuk menaip pada papan kekunci dengan lama sedikit.  Itu la, bila manusia itu di kelilingi dengan kesibukan sukar nak mengikut peraturan yang di atur. Namun dalam kesibukan mengulang kaji dan assigmant penggal 3 MP masih mampu menyingah. Namun tak la sehangat yang sebelumnya. Tapi it ok la dari tak menjengah langsung blog kesayangan MP ni kan.

Korang... boleh bagi pendapat tak kalau MP tanya korang macam mana nak manage masa dengan lebih baik, ni bukan bererti MP hilang cara cuma kadang-kadang tak teratur jugak. Agak memeningkan bila bangun awal pagi terpaksa kemas buku dulu pastu bereskan hal-hal lain. MP punya stail lain sikit, MP lebih suka belajar lewat malam sampai kadang-kadang tak sedar masa dah ke angka 3...4 pagi. Pastu siang harinya lebih banyak habiskan masa dengan home work tapi tak lama dalam sejam dua pastu tutup buku, baca buku cerita,hehehehe.

Entah la, kesihatan jugak agak terganggu sekarang nak tidur awal memang tak la pasal MP tak boleh tidur awal. Kalau dalam pukul 9 dah tidur mesti pukul 10 bangun balik. Kalau dulu MP tak pernah tidur waktu dalam kelas tapi sekarang bila jea cikgu panjang lebar bagi penerangan, haa... mula la MP nak terlentok atas meja. Tapi masih mampu tahan cuma kadang-kadang terlajak sikit.. :D

So, pada sahabat MP yang menyinggah blog MP ni harap sangat korang leh la bagi sedikit pendapat. Janganlah pedas sangat nanti MP nanti...hehhehhehe. Pendapat yang ikhlas tau.

Sebenarnya MP tansion gan exam yang tak lama lagi, so tempat MP rest otak dan cuci balik habuk-habuk yang dah melekat kat sini la. So harap ada sahabat-sahabat yang sudi memberikan pandangan ikhlas. Amin.
Terima kasih menyinggah, apa2 hal jangan lupa follow me.. :p
wassalam, sekian.

"T-SHIRT I ❤ BLOGGING GIVEAWAY!"



Klik Banner
Bermula 16 September - 23 September 2013

Mini Giveaway by Afifah Anuar


9/13/2013

Erti Yang Sebenar Pada Kehidupan "Sakinah"



Assalamualaikum sahabat MP semua. Syukur alhamdullilah, setelah beberapa hari berdiam diri MP kembali berbicara pada kotak catatan ini. Kehidupan adalah suatu yang indah dan pengalaman itu adalah hadiah dari sebuah kehidupan. Banyak orang memikirkan hidup dan hala tuju dalam perjalanan hidupnya. Ramai orang berfikir namun tidak ramai yang bertindak seperti apa yang difikirkannya. Allah huakbar, tinta MP hanyalah dari luahan lubuk hati MP saja. MP adalah pemerhati, bukan takut untuk menonjolkan diri tapi tidak terlalu kuat untuk kembali seperti dulu. 

Sahabat yang dikasihi allah sekalian, pernah kalian berfikir mengapa manusia itu sering merasa tidak puas dengan apa yang dimilikinya. Pernah kalian berjumpa dengan insan yang terlau fanatik dengan Cinta?  Pernah kalian berjumpa dengan manusia yang sangat membuatkan kalian kembang tekak bila teringat padanya. Pernah kalian berfikir mengapa manusia ini terlalu banyak rahsia dan keanehannya?

Pernah?

So apa tindakan kalian, lari dari semua kenyataan yang memeningkan tu?

Silap tu, jangan pernah larikan diri. Hadapi sebagai seorang manusia yang berani.

Apa yang perlu dilakukan. Kembalilah pada pengangan kita. Pada Al-Quran dan hadis. Masih banyak yang tidak kita dalami. Hakikat kehidupan ini terlalu asing bagi sesetengah manusia. Masih kabur bukan. Kadangkala kita hanya memperagakan wajah demi kemasyulan, demi wang, demi kemewahan. Namun apa kesudahannya. Apa mampu kita kekal sebagai insan yang bahagia dengan semua itu. Tak... Satu hari kita akan di kejutkan dengan realiti kehidupan dan erti keikhlasan. 

Sahabat kesayangan MP semua. Bukan bebelan yang ingin di bicarakan bukan juga tormahan yang berupa propaganda namun inilah bingkisan dari sekeping hati yang sering memerhati. Kadangkala kita lupa, dalam kita bergembira dengan kehidupan kita masih ada di luar sana yang tidak lena, tapi kenapa? apa yang membuatkan tidurnya tidak lena.

Kesempitan hidupnya saudara saudari semua. Kesempitan hidup yang bukannya dari masalah wang ringgit, bukan juga harta benda namun kesempitan hidup yang hakikatnya masih ramai yang tidak sedar meraka dalam kesempitan. Kesempitan "ketenangan jiwa".

Marilah kita sama-sama berjuang, berjuang menegakkan agama allah. Agama kita sahabat. Bicara ini mungkin di salahfahami, bukan kisah MP yang menjadi perbualan pada setiap catatan MP tapi maksub sebenarnya. Mencari kasih ilahi dan keikhlasan hati dalam mematangkan jiwa itu suatu yang masih perlu di panjangkan. Biarlah segalanya membawa kita semua dalam mengenal kasih ilahi. 

Ya allah, kembalikan hati kami pada kasih sayang akan agama kami dan rahmati serta perkenankanlah doa kami ya allah. Lembutkanlah hati-hati kami agar kami mampu menerima teguran yang membawa kami kepada mengenal kasih ilahi dan insan yang diberikan sakinah. Amin Ya Rabb.





MP suka sangat bunga matahari biar tak wangi mahupun cantik seperti mawar ,ros mahupun lavendar tapi si bunga matahari ini sangat istimewa, ianya punya suatu yang berbeza kerana ianya memberikan senyuman dan kegembiraan buat MP. Bila terpandang bunga matahari ingatlah senyumanmu adalah senyumanku, bila hatimu senyum si matahari bumi  juga mekar seindah senyuman di wajahmu.. :)                        

Sekian bicara MP                                                           

9/08/2013

Segmen: Klik-2 Iklan by Miss Kawaii


Assalamualaikum. Jom sahabat semua kita join. Klik banner kat atas tau kalau nak join... tapi sblum tu... klik la iklan kat bawah dulu... Klik "saya sayang allah" tau... jangan lupa ^_^

1. Saya
2. Sayang
3. Allah

Tag to: Farah Syamimi

9/06/2013

Suara rakyat _ Minyak? Oh yea.. Minyak.

Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia.
Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.
Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.
Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.
Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar pagi balik dinihari.
Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?
Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.
Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.
Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.
Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.
Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.
Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?
Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan....


*~*~*~*
Salam ukhwah sahabat MP yang comel, hensem kat depan pc tu. Alhamdullilah, syukur pada allah kerana masih memberikan ruang dan masa untuk kita sama2 berinteraksi antara satu sama lain bagi merapatkan ukhwah. Alhamdullilah..... korang dah baca petikan atas tu, apa pandang korang semua... betul x apa yang di luahkan tu. Bukanlah dengan berbicara macam ni bertujuan saja nak provok mahupun nak memperlekehkan tindakan kerajaan, jangan salah faham... tak sama sekali tapi suara rakyat... perlu jugak kita  dengar, tu semua kan bagi menstabil dan mengharmonikan negara. Allah huakbar.... saling lah kita memahami dan sedari. 

MP terbaca satu luahan dari sahabat kita di laman sosial.... hanyalah bicara ikhlas dari hatinya, yang bagi MP ada betulnya.

sekian... wassalam

segmen ayu : UPSR oh UPSR


 

Assalamualaikum sahabat.... hye semua, sihat? alhamdullilah.. kalau tak sihat cepat-cepat makan ubat k. 

Oh yea... segmen atas ni? klik banner tu nanti dia akan backlink ke penganjur ok. MP di minta menjawab soalan yang di tanya so jawapan dari MP seperti berikutnya :


tahun bilakah anda menduduki peperiksaan UPSR?
~ MP punya tahun bagi UPSR of course sama dengan derjahnya, iaitu 2006. MP time ni pun derjah 6.. :p

b) apakah keputusan UPSR anda?
~ Urmm... urmm malu lak nak bagitau, 3A1B1C jea. Kalau tuan penganjur kita cikgu Ayu best dalam matematik, mp lak tak sehebat tu dalam matematik that why MP dapat C dalam math. Hehe.. ^_^

c) apakah subjek yang anda paling suka?
~ Time ni belum ada matapelajaran sejarah, time dah kenal sejarah dari derjah 4 but sebab seja dikecualikan of course la bahasa melayu.  Dapat result pun yang A pun bahasa melayu... dua2 paper tu. Penulisan dan pemahaman. :D

OK... DONE

MKM MINI SPECIAL GIVEAWAY





Syarat Penyertaan Giveaway
1. Follow blog Add/Follow FB Izzat Syahir dan Like Fanpage Mujahadah Kalam Muslim
2. Like Fanpage 4Life Transfer Factor Pantai Timur Besut & Batu Pahat
3. Buat entri bertajuk MKM MINI SPECIAL GIVEAWAY
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri INI.
6. Pemenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah secara manual.
7. Giveaway ini akan berlangsung dari 5/9/2013 sehingga 10/10/2013


Hadiah Giveaway 
1. TOP REFERRAL: HADIAH MISTERI
2. 12 FELT BOOKMARK
3. 2 MAJALAH JOM
4. 1 BUAH BUKU KANAK-KANAK
5. 10 HADIAH MISTERI
6. 5 BUTTON

30 HADIAH UNTUK DIMENANGI

Pesanan Nabi kita....

Assalamualaikum.... salam ukhwah sahabat semua..., dalam sibuk nak join gan segmen2 kekawan tak salah rasanya kita baca dan fahami dengan teliti apa yang MP sempat ambil kat laman sosial FB MP. Insyaallah, perkongsian ilmu yang bermanfaat untuk kita bersama. Amin.... 


sahabat... cantik lak kan permandangan ni, MP suka dengan warna hijau. Cantik...


Ingat tujuh pesan Rasulullah



Seorang sahabat Baginda yang terkenal dengan gelaran ahli suffah, iaitu golongan sufi yang sentiasa mencari peluang untuk berjumpa dengan Baginda SAW bagi mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar ialah Abu Zhar r.a.

Berkata Abu Zhar r.a bahawa Baginda SAW telah mewasiatkan kepadanya dengan tujuh perkara.

Pertama, Baginda menyuruh aku mencintai orang miskin dan mendekati mereka. Dalam setiap masyarakat pasti ada golongan yang kurang berkemampuan iaitu fakir dan miskin, kerana itu kita diperintahkan dengan ibadah zakat untuk membantu mereka.
Mengasihi golongan miskin adalah tuntutan agama sebagai tanda syukur kita kepada nikmat ALLAH dan kita membantu sesama insan. Begitulah keindahan hidup bermasyarakat yang dianjurkan oleh Islam atas tanggungjawab saling membantu.

Kedua, Baginda menyuruhku agar tidak meminta-minta sesuatu kepada seseorang. Rasulullah SAW mengajar kita untuk berdikari, iaitu berusaha mendapatkan segala nikmat yang datang daripada anugerah-Nya. Budaya meminta-minta tidak disukai oleh manusia tetapi disukai oleh ALLAH. Oleh itu kita disuruh memperbanyakkan berdoa kepada-Nya. Mintaklah hanya pada-Nya yang Maha Berkuasa lagi Maha Kaya.

Ketiga, Baginda menyuruhku agar melihat kepada orang yang nasibnya lebih teruk daripada aku, jangan melihat kepada orang yang nasibnya lebih baik daripadaku.

Dalam soal kehidupan kita di dunia, kita tidak mampu untuk menandingi kekayaan dan kemewahan hidup yang dimiliki oleh orang lain.

Justeru Baginda mengajar bersyukur dan reda dengan apa dikurniakan ALLAH kepada kita. Jika melihat kelebihan yang ada pada orang lain dibimbangi akan mengundang perbuatan yang salah seperti menipu, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya demi untuk mendapatkan kesenangan seperti orang lain.

Keempat, Baginda SAW menyuruhku menghubungkan silaturahim walaupun orang itu membenci aku. Persaudaraan Islam adalah suatu kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh umat Islam. ALLAH SWT mengingatkan kita dengan firmanNya bermaksud,

“sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, maka perelokkanlah persaudaraan antara kamu”.  Hadis Baginda yang lain, menyatakan “tidak akan masuk syurga seseorang itu sehinggalah dia beriman, dan tidak beriman sehingga ia berkasih sayang”

Persoalan silaturahim umat Islam terhakis disebabkan ketaksuban fahaman politik sehingga sanggup memutuskan silaturahim dan menyemai kebencian, dendam serta berpuak-puak yang akhirnya merugikan umat Islam. Oleh itu janganlah kepentingan fahaman politik mengatasi tuntutan syariat.

Kelima, Baginda menyuruhku berkata benar walaupun pahit. Kebenaran yang mutlak adalah apa didatangkan ALLAH, iaitu al-Quran dan hadis Baginda SAW. Prinsip kebenaran inilah menjadi tonggak bagi umat Islam dalam melaksanakan segala urusan kehidupan mereka. Menyokong atas perkara yang benar, bukan kerana ia datang daripada ahli kumpulan atau jamaah yang sama, bukan kerana lambang atau logonya, tetapi pada benar atau salahnya sesuatu perkara.

Keenam, Baginda menyuruhku agar tidak gementar menjalankan apa diperintahkan ALLAH walaupun mendapat cercaan manusia. Memang akan ada manusia yang tidak bersetuju dengan sesuatu tindakan, namun keredaan manusia bukanlah matlamat utama kerana kita adalah hamba ALLAH, bukan hamba manusia.
Oleh itu jangan berasa terhina apabila ada manusia menghina dan mencerca kerana para Nabi dan Rasul juga dihina dan dicerca oleh sebahagian manusia yang memusuhi mereka. Apa diperintahkan ALLAH dan Rasul itulah keutamaan diambil kira. 

Ketujuh, Baginda menyuruhku agar perbanyak ungkapan la haula wala quwwata illa billah. Bergantung haraplah kepada-Nya. Dialah menentukan setiap perkara, baik buruk datang daripada keizinan-Nya. Banyakkan mengucapkan kalimah ini sebagai tanda perhambaan kita hamba yang lemah lagi hina.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memperingati diri kita kembali kepada pesanan dan menambah kecintaan kita kepada Baginda bagi mendekatkan kita kepada reda-Nya.
...............................................................................................................................................................................................................
Sekian sahabat dari MP :)

9/05/2013

MINI GIVEAWAY BIRTHDAY ieta

GIVEAWAY BIRTHDAY ieta, MINI GIVEAWAY

MINI GIVEAWAY BIRTHDAY ieta terbuka kepada semua rakan blogger. MINI GIVEAWAY BIRTHDAY ieta bermula pada hari ini, 28 Ogos 2013, iaitu tepat jam 8 pagi sehingga 11.59 malam 28 September 2013. Semua dijemput menyertainya.

Syarat-syaratnya :
  1. Wajib Follow blog, Like Fanpage dan Add Google+ semua sponsor (rujuk senarai sponsor).
  2. Buat entri bertajuk MINI GIVEAWAY BIRTHDAY ieta
  3. Copy coding entri yang telah disediakan, paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Senarai sponsor :
 Ieta | Fanpage Google+
 Potia | Fanpage | Google+

Senarai hadiah :
 5x Voucher Discount makanan Arab
❤ 1 x Topup RM30
 6 x Topup RM 10
❤ 3x Button Badge 
❤ 3 x Paper clip comel

Jom support Blog ieta ya... sertai MINI GIVEAWAY BIRTHDAY ieta dengan klik banner di atas...

MENANGI RM250.00

RM50 Menangi RM250.00

Assalamualaikum.... guys jom, still sempat la korang post terus sekarang jugak k...
Just klik banner atas ni... Korang nak menag tak RM50? Nak... k jom sertai sekarang.
Klik kat Enter Now tu tau, tak jumapa? ada.... kat sebelah kanan. Ha.. dah nampak so tunggu apa lagi sertai sekarang. Iku panduan yang di minta tau... start dari Punch Tab. OK... :)

' Half Year Giveaway by Nafaa '

Click Banner !

Twitter : lupa la, lama tak bukak tak ingat paswrd...huhu
Instagram : -

"First Giveaway CikNyoonyalita"

' Sticker melekat sehingga 14 September 2013 '



Dengan lafaz "Bismillah" saya lancarkan segmen "First Giveaway CikNyoonyalita" . Giveaway ni bermula pada 1/09/2013 (Ahad) sehingga 14/09/2013 (Sabtu) . Harap dapat sambutan buat kali pertama ni .



9/04/2013

Giveaway Gempak by Eyqin, Bilah and Vanida



Salam semua..... hye guys, thank a lot tau cos sudi singgah sini. Meh join giveawey ni, xrugi pun .
selamat mencuba semua.
serius harap sangat2 MP punya terkena panahan hati penganjur, luck to me and all blogger.
Sekian, wassalam.

*Review tempahan Softly Shop


RM 60 * PM HERE
CK 10154 ~ Long Sleeve Chiffon Jubah 
Color Available: Pink/Light Blue/Blue
Measurement: Length: 140cm Bust: 80-92cm Waist: 60-90cm Shoulder: 38cm Sleeve: 59cm
Material : Chiffon With Full Inner Lining

POSTAGE : RM 7







HARGA ASAL RM 85
HARGA PROMOTION RM 80 sahaja


POSTAGE RM7(SM) / RM10 (SS)





Harga asal RM 98
Harga Promotion RM 95 *save rm3 

 
 APA2 TEMPAHAN BUAT DISINI 

Menarik la u all, jom la girls... Boys? urm..... setahu MP takde maslah pun lagi sweet bila boys beli untuk girls . Apa salahnya boleh bagi sempena hari jadi ye dak...hehehe. Abis bila lagi nak beli  kat yang teristimewa. So tunggu ape lagi... Sekarang lah. :)

Sekian. :)

Softly Shop Dress Giveaway


Salam ukwah sahabat. :)
Jom sertai.... ;)

Klik banner kata atas ok. Sebelum tu tinggalkan la jejak... ;) huhuhu. Peraturan untuk sertai tak susah pun.... 
Cantik tau.... rugi kalau tak cuba. So selamat mencuba semua sahabat.



'Mini Giveaway by Sfaezah'.



Assalamualaikum..... MP follewer 129.
Wah!! nak gi jejalan eik.... nak ikut,,, huhuhu.  Sebelum tu nak ucap terima kasih sangat kat tuan punya penganjur ni. Oh ye nak tau tak kat mana best untuk bercuti, kalau tanya dengan MP mestilah di negeri bawah bayu. Kat sana lak, MP pilih Sabah sebab dia punya budaya agak berlainan dengan semenanjung. Kalau ke kundasan cuacanya yang dingin... sangat best. Kalau ke pasar filipine riuh dengan orangnya dan ikan segar yang murah. Boleh tengok budaya dia yang takde kat semenanjung, ramah... tak yah cakap la. Kalau ke kota belut best dengan makanannya., pokoknya banyak tempat best la... oh yea, kalau pergi sana jangan lupa singgah Hot Spring kat Kundasan. Dapat pulak buat trip gan family daki gunung... lagi syok.

Banyak lagi tempat best kat sana tau...  Lagi satu tempat menarik MP nak share ialah Tasik Kenyir, Terengganu. Dekat dengan MP sebenarnya tapi banyak benda boleh buat untuk aktiviti riadah dan sekaligus melapangkan minda dengan pemandangan yang menghijau gitu, kalau minat mancing ada tempat dia.... leh  gi gua bewah serta kalau nak rest tu memang berbaloi la... Ok sampai sini dulu yea, papai. 

Sekian .

Tag

Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com

Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com bermula dari hari ini, 2/9/2013, jam 5.00 petang SEHINGGA 9/9/2013, jam 5.00 petang... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tak, retis atau tak dijemput untuk memeriahkan segmen ni... Tujuan? Nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow dan juga review entri2 terbaik dari blogger2 yang menyertai segmen ini yang dipilih oleh Pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com 
2. Buat entri bertajuk Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ini, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak. 

 Kemudian pastekan ke ruang HTML seperti di bawah:

4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini.

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org) 
2. Pemenang akan diumumkan pada 10/9/2013.
3. Para pemenang akan diminta untuk memberikan link satu entri terbaik mereka untuk direview oleh Cik Puan Bubbly dalam tempoh 3 hari dari tarikh pengumuman pemenang. If not... Pakcik Random akan roll the dice once again... ^_^

Jom2 korang..... tarik anak panah ke segmen ni jap. Sila la tinggalkan jejak ok... apa2 pun selamat mencuba dan berjaya yea... amin.

PERBEZAAN WARNA BUAH DAN KHASIAT NYA #Part 1 : Buah Naga @ Dragon Fruit

 Assallamualaikum dan jumpa kembali sahabat MP. Yep... MP kembali di tahun 2021 dan bila mana anda membaca "posting" ni bermakna a...