Powered By Blogger

8/31/2013

''SEGMEN: JOM KLIK IKLAN BERSAMA FARAH SYAMIMI''

Assalamualaikum sahabat.... Segmen ni akan berlangsung selama 2 bulan, so korang janagn risau masi sempat. Jom kita ramai-ramai terjah ini segmen dan join ramai-ramai. Selamat berjaya sahabat!
Jangan lupa klik iklan penganjur seperti yang di minta. Ok... papai :)


Kena klik iklan MP ni tau, jangan lupa!!

8/30/2013

~2nd Giveaway by Hijab Valley~






Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga allah s.w,t melimpahkan rahmat dan hidayahnya untuk kita semua hambanya. Amin..

Sahabat! ayuh kita perangi bangsa yang sedang memperlekehkan islam, sesuka hati mengambil nyawa setiap insan. Bangunlah kita menegakkan kebenaran, boikot segala barangan dari negara kejam. Insyaallah, kemenangan milik yang benar. Semoga allah, permudahkan segala urusan dan memberikan keamanan dan keselamatan buat saudara seakidah kita di luar sana khasnya bumi Mesir yang kian bergetar. Amin.... Ya Rabb.

Tagg to :  Syuhada Baharudin,asyu asyura novelis

Apabila Matinya Akal Seorang Manusia

Assalamualaikum dan salam bual bicara sahabat MP semua. Alhamdullilah sehari yang lepas MP tak dapat nak update entry baru , sukar nak berbicara sekarang memandangkan ada sedikit masalah di sekitar tempat tinggal MP. Semalam pun MP tidur dalam keadaan yang tak berapa lena asyik terkejut dan terkejut jea. Allah huakbar...

Sahabat! beberapa hari yang lepas pada hari isnin ada seorang nenek tua meninggal sebab di pukul oleh cucu tirinya yang sakit jiwa. Apa yang MP tau nenek tua tu tinggal bersama suaminya dan pada kejadian itu, cucunya datang ke rumah mereka dan mungkin terdapat pergaduhan kecil di antara mereka, akibatnya nenek tua itu di pukul dan di pendekkan cerita setelah kejadian itu cucunya lari dari rumah neneknya itu. Nenek tua itu di hantar ke hospital dan ke esokkan harinya lebih kurang dalam pukul 5 lebih, nenek tu meninggal.

Pagi tu juga MP dengar bunyi geduk (Pukulan) menandakan ada orang yang meninggal di kampung MP. Rasanya dalam pukul 6.45 macam tu la pasal masa bunyi geduk tu MP baru jea selesai solat, mak gan ayah pun turut pasang telinga bila bunyi geduk panjang jea... kami pasti tu bunyi menandakan ada orang meninggal. Allah.... terdetak jugak saat tu apa mungkin nenek tua tu yang meninggal. MP seperti biasa bersiap nak turun dari umah nak ke sekolah pasal jadual kelas sebagai budak Stpm sem 3 tak macam budak-budak kolej, kitaorang kena ikut jadual seperti pelajar sekolah menengah.

Semasa di sekolah, member MP ada jugak yang bercakap yang orang kampung yang meninggal tu adalah nenek tua yang di pukul tu. Terkejut jugak MP, lepas jea selesai sesi pembelajaran MP pun balik seperti pelajar lain. Sampai jea umah, mak terus cakap yang memang betul nenek tua tu yang meninggal.

Esok harinya MP dengar cucu nenek tua tu ada sembunyi sekitar umah MP, apa lagi kecut perut jugak Mp dengar. Rasa tak selamat pun ada. MP pendekkan citer lagi ok, Cucu nenek tua tu namanya Daud (bukan nama sebenar) dan abang Daud ni dulunya MP dengar dia ok tapi lepas terkena dengan minyak dagu masa dia tinggal satu umah dengan orang serawak dia terus jadi tak betul tau... apa yang mengejutkan lagi dia siap makan nasi dalam tong sampah lagi. Bila dah jadi macam tu, parent dia bawak balik kampung then  berubat tapi still tak sihat sampai la sekarang. Apa yang MP tahu ada benda yang duduk sekali dengan dia dan dia jugak pernah cakap yang bila dia buat apa-apa bukan dia yang nak tapi benda yang ada kat samping dia tu yang paksa dia buat.

Sambung citer tadi, memang betul dia tinggal kat kebun durian nenek dia tu. Polis jugak buat operasi tangkap tapi still tak dapat. Mak pernah tengok dua hari lepas dia ada kat sungai berhampiran umah MP dan cakap sorang-sorang pastu siap dongak ke atas pokok marah-marah dan panggil entah sape kat atas pokok tu supaya turun bawah dan gaduh dengan dia kalau betul kuat. Hurm.... MP tak tau nak cakap apa, buntu kejap sekarang sampai nak menaip entry pun rasa terganggu pasal dia masih bolos dari polis.

Apa yang menjadikan keluarga kami takut juga hari rabu kemalrin, angsa haiwan peliharaan ayah mati di sembelihnya dan kami sekeluarga pun tak sedar time mana dia mai umah dan tangkap angsa tu. Kami sekeluarga memang tak kurung pasal saya tak suka haiwan belaan di kurung kecuali kalau terpaksa dan hujan lebat.

Malam kejadian ialah hari rabu bersamaan dengan malam khamis, MP yang tidur paling lewat dalam pukul 1 lebih pasal sudahkan assigment. Masa tu ada la bunyi bising kat luar umah tapi tak terasa macam ada orang kat luar pun tapi umah memang dah kunci rapat semua yea la... bimbang jugak.

Esoknya macam biasa MP pergi sekolah tapi tengahari tu bila MP sampai kat umah, mak cakap angsa kami dah mati di sembelih abang Daud tu, sebab masa pagi tu abang tiri kepada abang Daud tu nak pi bagi nasi sebab kesian kat dia tapi dia takde kat pondok kebun tu, yang ada ialah sekor angsa putih yang masih baru dan hampir putus kepalanya. Abang dia pun balik dan kebetulan berjumpa dengan abang ipar MP, dia pun tanyakanlah ada tak orang kampung yang bela angsa putih? abang ipar MP cakap ada, ayah mertua dia. Ayah MP la, apa lagi terkejut abang ipar bila dia cakap ada angsa mati kena sembelih kat pondok tu.

Allah.... tak tau la MP sahabat. Tengahari tu bila MP balik umah, ayah gan mak cakap diorang nak pi tengok jugak angsa kami yang mati tu. Sahabat, kami sayang tak usah cakap lah.. bela dari kecil sampai besar. Kami sekeluarga pun tak sampai hati nak sembelih walaupun boleh dimakan angsa tu tapi sebab kami sayang. Tak sanggup sahabat!

Mak gan ayah beranikan diri takut dia ada lagi kat pondok tu, walaupun polis bekali-kali cuba nak tangkap dan terlepas tak mustahil dia akan terus duduk kat situ sebab dia tahu orang takut dengan dia dan takkan berani buat macam-macam. Mak ayah pergi jugak, hanya doa lah yang mengiringi sebagai jagaan tawakal dan usaha MP. Alhamdullilah semuanya ok dan selamat, mak ayah citer angsa kami tu dah siap di cabut bulunya tunggu masa nak panggang jea ada kat atas bonggol kayu dengan kepala tergantung kebawah dan kat situ jugak ada seekor bangkai burung yang dah busuk, mungkin dah mati beberapa hari. Tak apsti la apa yang sedang dia cuba nak lakukan tapi darah memang takde kat situ. Kami khuatir jika dia minum darah haiwan tu pasal kalau betul dia makan burung tu mesti dia dah panggang burung tu kan, ni tak sampai berulat dan jadi bangkai burung tu.

Sekitar pondok tu jugak ada banyak bulu angsa kami yang mati tu dan ada satu guni kat tepi pondok tu, mak ayah cakap dalam tu banyak bulu angsa dan ada dua ekor puyuh masih hidup. Entah la apa nasib puyuh tu sahabat. Apa yang pasti kami memang tengah berjaga-jaga sekarang, mudah mudahan semuanya selamat dan abnag Daud akan di tangkap dan di hantar ke rumah sakit jiwa secepatnya bagi keselamatan orang kampung dan kami sekeluarga yang berada dekat dengannya sekarang.

Allah! selamatkanlah kami dan permudahkanlah urusan kami. Bantu kami ya allah.... Amin ya allah

8/29/2013

Adakah hanya kerna aku wanita

Assalamualaikum dan salam berbahagia buat sahabat semua sahabat yang sudi menyinggah di laman MP. Syukur kepada allah s.w.t kerana sesungguhnya masih melancarkan pergerakanku dan masih lagi meminjamkan ruang masa untuk MP berbicara. Alhamdullilah... Segala puji-pujian hanya pada allah yang maha mengasihi akan hamba-hambanya.

Sahabat! Sebaik-baik perhiasan indah dunia adalah wanita solehah dan jika demikian itu perumpamaannya samalah juga dengan insan yang bernama lelaki. Allah s.w.t telah menciptakan manusia sebaik-baik kejadian dan jika pasti seorang insan itu mengerti pasti galasan tugasnya dijalankan sebaiknya.

Jika dahulu MP sering membayangkan apakah kerana pangkat dan taraf seseorang insan itu yang menjadikan mereka berbeza dengan insan lain tapi kini sangkaan itu kian meleset kerna apa. Mungkin kerna aku juga salah seorang manusia yang bergelar wanita. Urm.... mungkin kerna itu juga taraf wanita itu pada hakikatnya masih di bawah. Jika rasullulah masih ada mungkin ikhwan mu yang bernama wanita ini tahu diri mereka masih diperlukan. Adalah wanita itu terlalu banyak mengganggu wahai insan....

Jikalau sekalipun pada sepohon pokok kelapa itu punya buah yang rosak masakan semuanya. Jikalau sekalipun pada sebelanga susu itu tertitik setitik nila masakan semuanya rosak. Pada dasar susu itu masih suci bukan. Hanya setitik sahabat! jika benar diketahui pada buah itu punya khasiatnya takkan lah tak boleh diminum langsung sebahagian airnya.

Hanya kerana suatu ketika itu luka itu di mula dengan wanita bagi kalian bagaimana pula dengan keadaannya yang di mulakan dengan lelaki?

Jika kerana darjat itu pada seorang wanita... bagaimana pula situasinya dengan darjat yang dimulakan pada seorang lelaki?

Seandainya luka itu pada seorang lelaki tak tertanggung jiwanya bagaimana pula luka pada jiwa wanita pula?

Di akui jiwa seorang insan yang bernama lelaki di sebalik ke egoaan itu ada jiwa yang lembut dan juga lemah tapi bagaimana tegar dan kuatnya jiwa wanita? Bukankah wanita itu sifatnya juga lemah. Habis apa bezanya... jika susahnya bangkit kerna wanita pasti lebih susah buat wanita bangkit kerana seorang yang bernama lelaki.

Sekian, wassalam untuk bicara entry sekian kalinya.


8/28/2013

Marah kea... ?_?

Salam ukhwah sahabat. Sesungguhnya keindahan dan kenikmatan hidup seorang insan itu bergantung pada apa yang di kerjakannya sehariannya.

Korang rasalah kalau hari-hari kita rasa nak marah. Hari-hari kita rasa menyampah dan hari-hari kita terus tanam dalam jiwa kita rasa marah sebab kenangkan kesalahan orang bila pulak kita nak rasa tak marah. Bila pulak kita nak merasai kegembiraan yang sejati. so mana kenikmatan hidup tu dan kelamaan kita akan menjadi manusia yang tidak tahu bersyukur dengan kurnian yang bernilai. Oppss... lain bunyinya kan. MP juga ada semua perasaan tu, tapi kalau di pendam lama dalam jiwa rosak hati musnah diri.

yea... betul tu. 100% huhuhu

Apa-apa pun kita cuba muhasabah diri pulak... dimana silap kita sehinggakan semua itu terjadi. Hidup ini singkat sahabat. MP sangat sayangkan kehidupan ni... sesetengah orang susah nak percaya sebab manusia itu hipokrit Yepp... kalau nak cakap siapa hipokrit rasanya baik tunding jari kat diri sendiri pun perlu kot  sebab kita jugak hipokrit + ego sebab tak nak mengaku dalam hati tu ada CINTA.

Hah? apa MP mengarut ni... tang mana pulak mai bab cinta nim...hehehehehe.

Sahabat!!

Kalau kita semua nak marah sekalipun cuba fikir balik apa tindakan yang bakal kita lakukan itu akan membuatkan hati insan lain terluka atau tak. Tak kira lah yang berada depan mata kita atau di alam maya sekalipun. Kadangkala melalui penulisan juga kita akan mendapat dosa free sahabat, yea la... dosa yang tanpa kita sedari.

MP masih ingat kata-kata arwah ayahanda Kassim MP yang sifatnya sangat menyenangkan tapi yea la orang yang kita sangat sayang dan baik hati lagi manusia sayang lagilah allah sayang kan sahabat.. Hurm.... semuanya suratan, meskipun pada hembusan terakhirnya MP tak sempat jumpa sebab terlalu sibuk dengan assigmant tapi MP tahu yang jasanya sangat besar dan takkan mudah di lupakan meskipun beliau dah takde MP akan selalu doakan agar rohnya ditempatkan dikalanagn orang-orang yang beriman.Amin... Pernah beliau nak marahkan kitaorang pasal malas nak buat kerja sekolah tapi dia terus cuba senyum dan berdiam diri. Sedari itu kitaorang perasan yang muka dia yang pada asalnya marah tapi tak jadi, tapi kitaorang tahu ada rasa marah tapi di sebabkan CINTA+ SAYANG so semua tu tak mampu nak menandingi untuk marahkan kami. :D

So apa yang kita semua boleh contoh kat sini ialah kita semua sebagai manusia memang tak lepas dari semua ni tapi janganlah jadikan semua ni sebagai laluan untuk kita lepas geram tak tentu pasal bahkan jangan kita cuba menyalahkan orang lain, cuba cek balik kat mana silap kita sehinggakan terjadinya konflik perasaan ni. Huhuhu..

Ok lah... dah banyak rasanya MP lontarkan bicara untuk entry kali ni. Jika ada terkasar bahasa dan tersilap kata harap di maaf yea...

Entry ini tiada kaitan dengan sesiapa cuma peringatan dan ingatan kisah yang banyak mengubah diri ini menjadi orang yang tak cepat melenting lagi. Hehehehe

Oh yea sebelum terlupa.... Senyum sikit. :D

Nah tu dia.... kan comel+ cantik (untuk girl)+ hensem (untuk boy) k...

Sekian... wassalam.




8/27/2013

Nama nabi-nabi dalam sebutan Inskripsi Yahudi_Wajib Tahu!!

Assalamualaikum sahabat...  Kali ni MP nak berkongsi dengan sahabat semua tentang nama nabi-nabi dan sebutannya dalam inskripsi yahudi. Allah.... Sahabat amat berkepentingan kita semua mengambil tahu tentang nama-nama 25 orang nabi kita dalam bahasa dan inskripsi mereka. Agar kita lebih faham dan tidak tercengang-cengag (maksub bahasa terengganu) bila kita terdengar tentang perbualan yang sedang di omongkan orang tentang isu agama. Insyaallah... sebagai pendedahan awal dan pengenalan kita cuba memahami dan mengambil tahu akan hal yang demikian ini.

Tuntutlah ilmu sedari kau masih kecil hingga dikau menginjak usia tua dan akhirnya membawa ke hembusan terakhir pabila sampai masanya. Kukuhkan pegangan pada agama islam dan fahami pergerakan dalam menegakkan kebenaran.

SENARAI NAMA NABI-NABI DAN SEBUTANNYA DI DALAM INSKRIPSI YAHUDI

Kitab-kitab Bani Israel mempunyai sebutan nama nabi-nabi berlainan daripada sebutan Arab. Berikut disertakan senarai nama nabi-nabi dan sebutannya di dalam inskripsi Yahudi.

1.  Adama (Adam)
2.  Idris (Enoch)
3.  Nuh (Noah)
4.  Hud (Eber)
5.  Saleh (Shelah)
6.  Ibrahim (Abraham)
7.  Lut (Lot)
8.  Ismail (Ishmael)
9.  Ishak (Isaac)
10. Yaakub (Jacob)
11. Yusof (Joseph)
12. Aiyub (Job)
13. Syuid (Jethro)
14. Musa (Moses)
15. Harun (Aaron)
16. Daud ( David)
17. Sulaiman (Solomon)
18. Ilyas (Elijah)
19. Ilyasa' (Elisha)
20. Yunus ( Jonah)
21. Zulkifli (Ezekiel)
22. Zakaria ( Zechariah)
23. Yahya (John the Baptist)
24. Isa ( Jesus)
25. Muhammad

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita semua. Amin...
Sekian... wassalam.

8/26/2013

Jika hatiku benci pada CINTA!

Salam ukhwah sahabat MP semua. Thank yepp sebab sudi singgah ke blog ni. Semoga entry MP dapat kunjungan yang banyak sekaligus komen-komen yang bernas yea... Alhamdullilah, hari ni MP sekali lagi berbicara soal hati dan lebih jiwang lah sikit..  :D

Cinta!! ada apa dengan cinta?

Susah lah nak berbicara tentang cinta. Kadangkala kerana cinta seorang anak sanggup menderhaka. Kerana cinta maruah diri sanggup diperlekehkan orang. Kerana cinta jiwa merana. Kerana cinta juga rosak segala-galanya. Allah.... cinta itu kadangkala merimaskan kadangkala sangat mengindahkan. Yupp... hati bagaikan melayang-layang di udara... nasihat usah dikatakanlah... semuanya takleh pakai saat hati di bunai dengan cinta.

Persoalannya sekarang bagaimana jika hatiku benci pada cinta? Wah!! MP dah pandai bercakap soal cinta...hehehe. 

Kalau ditanya pada hati, bohonglah jika MP mengatakan yang benci pada cinta tahap kritikal... Silap tuh, MP tidak suka jika cinta itu menjadikan MP lupa pada tanggunjawab yang perlu di lunaskan. Itu aje...

Jika hati benci pada cinta barangkali dunia ini dipenuhi dengan dendam. Yea la... tiada lagi perasaan kasih dan saynag yang menjadi tali pengikat kepada penyambungan ukhwah.. dan tanda kesabaran seorang insan. Kerana itu jika membenci jangan terlalu membenci jika menyayangi jangan terlalu menyayangi khuatir merosak pada diri sendiri.

Sahabat... cara yang terbaiknya adalah menerima pemberian terindah ini dan bersyukurlah atas kurniaannya ini. Sekaligus sematkan di hati dengan tawakal kepada allah dan utuhkan pegangan kepada ajaran islam. Kerana sesungguhnya allah lebih mengertahui apa yang tidak kita ketahui... 

Sekian... Wassalam sahabat MP. :)

8/25/2013

ELEXANDER THE GREAT @ Zulqarnain Qurani

Salam bicara sahabat MP semua..... alhamdullilah, bersyukur kita kepada allah s.w.t kerana dengan limpah kunianya masih lagi dapat kita menikmati kehidupan pada saat ini dan ketika ini.  Allah huakhbar!!!, Sahabat... bagaimana agaknya insan-insan yang sedang di uji di luar sana ya. Semoga segalanya baik-baik saja dan rahmat allah untuk kita... amin.

Sahabat! MP hanya ingin berkongsi tentang suatu kepentingan yang agaknya masih kabur dan mungkin kita juga masih tidak tahu atau juga terlupa dengan satu kebeneran yang sudah terang lagi bersuluh sengaja di tutup tentang pengertahuan kita semua pada seorang pejuang islam yang kisahnya terdapat di dalam al-quran. Allah.... sahabat masih ingat pada seorang yang bernama Elexander The Great?

Sahabat sekalian.... Elexander The Great juga adalah Zuqarnain Qurani. Zurqarnain Qurani @Elexander The Great adalah putera Raja Philip dari Mecedonia. Jika diteliti dengan teliti, kita akan menemui satu fakta yang jelas dan lagi nyata bahawa al-Quran menyatukan kisah tentang Yakjuj dan Makjuj dengan pengembaraan Zulqarnain. Sedangkan, sumber-sumber dari Bible hanya menceritakan tentang Yakjuj dan Makjuj atau Gog Magog sahaja tanpa mengaitkannya dengan Zulqarnain.

Bible tidak mengisahkan secara jelas tentang watak Zulqarnain. Sahabat MP sekalian... ini jelas membuktikan terdapat beberapa hal yang membezakan antara al-Quran dengan Bible tentang Yakjuj dan Makjuj. Padahal turunnya surah al-Kahfi kepada Nabi Muhammad s.a.w tentang watak Zulqarnain adalah dalam rangka menjawab pertanyaan orang Yahudi. Logiknya para sahabat sekalian, sudah tentu para Rabi Yahudi tahu banyak tentang hal berkaitan dengan Zulqarnain yang kisahnya terkubur berabab-abab. Namun demikian, dalam inskipsi Yahudi di dalam Perjanjian Lama dan Baru tidak ditemui sedikitpun tentang watak Zulqarnain, yang ada cuma hanyalah kisah Gog Magog@ Yakjuj dan Makjuj.

Sahabat! Kita sendiri dapat menilainya bukan... Nabi Muhammad s.a.w yang kita sedia maklum ummi (Buta Huruf) dari padang gurun dan pergunungan Paran Arab membuka tabir rahsia ini. Hal ini membuatkan para pendeta Yahudi pada masa itu terperanjat dan takjub.

"Bagaimanakah seorang yang buta huruf mampu menceritakan kisah Zulqarnain dan Gog Magog dalam satu kisah?"

Hal ini tidak di jumpai dalam kitab-kitab mereka sendiri. Mereka takjub, hairan tetapi pada akhirnya meredka tetap tidak beriman kepada kenabian Muhammad. Sesungguhnya ini semua adalah bukti bahawa al-Quran adalah wahyu dari allah s.w.t , bukanlah karangan dan gubahan Muhammad, dan bukan pula hasil plagiat yang di tuduh oleh para Orientalis dan Evangelis selama ini.

Sesungguhnya kebenaran itu akan tetap terserlah bila sampai saat dan ketikanya.
Allah huakbar!!!
Sekian...



PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY RBAIN

 
 banner dan entri di paku sehingga 30 ogos 2013
setelah 4 bulan menyepi tanpa sebarang segmen akhirnya kathy muncul lagi dengan SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN.kali ini kathy mencari bloglist untuk bulan September sehingga Disember 2013.semua akan di bloglist di Kathy Bloglist dalam kategori bloglist 4 bulan. namun ada syarat2 yang perlu di penuhi untuk melayakkan anda menjadi bloglist kathy iaitu 
1. mempunyai blog dan aktif update entri.buat entri segmen bertajuk PENCARIAN  BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY RBAIN
 2. follow blog INI dan INI 
3. add G+ 
4. like fanpages 
5. setiap penyertaan akan di bloglistkan setelah segmen berakhir. dua orang peserta bertuah yang di pilih secara random akan di review blognya dan menerima hadiah misteri dari kathy.
 6. segmen bermula pada 25 Ogos 2013 sehingga 30 Ogos 2013 jam 11.30 malam.JOM PAKAT JOIN RAMAI2. 

8/19/2013

Bicara Hatiku_ MP

Salam dihulur pembuka tirai,
Nukilan ikhlas dari jiwa,
Bicara hati entry saya,
Maafkanlah jika tersilap kata.



Terdetik juga rasa rindu bila terpandang fon atas meja tulis. Hurm... salahkah jika merindui. Entah la, kadangkala MP pun tertanya-tanya kenapa mengatakan cintan segala bagai kalau tiada buktinya. Bukan maksubnya membuktikan dengan cara muda mudi bercintan hari ini. Cukuplah jika tanyakan khabar. Allah huakbar... fitrah manusia sahabat! MP juga manusia sama seperti insan lain.

Kadangkala segaja disibukkan dengan assigmant bagai... sedangkan tiada apa yang perlu diperbaiki lagi. Semuanya perfect. Cinta dua dunia yang berbeza..hurm. MP bukan nak promok kisah sendiri cuma yea la kadang-kadang kecik hati jugak, cemburu jugak tapi buat tak tau jea. Huhuhu..

MP bukan apa, bila tengok status sahabat-sahabat kat laman sosial fb dan twitter kadang-kadang nak tergelak pun ada jugak. Yea la.. kalau update status cintan tu macam nak rak pulak ayatnya, kalah puisi cintan...hahahahaha.

Tapi yang menjadi masalah kat sini kalau gaduh... nah, kalah harimau dengan gajah... apa la. Kalau ikhlas kita kena tahu bezakan mana yang perlu mana yang tak perlu, cuma kita harus ingat. Bila kita mulai sakit hati dengan dia, ingat waktu mula-mula kita rasa berbunga-bunga dulu. Bila benci ingat waktu mula-mula kita sayangkannya. Bila kita dah tak perlukannya ingat bagaimana kita mula-mula mendapatkannya dulu... mudah atau senang. Jika senang jangan anggap cubaan yang datang juga senang jika susah ingat perih jerih kita mengambil hatinya untuk dimiliki. Sebab tu kalau kita tak sedia nak mencintai dirinya dan juga terima kekurangannya pikir dulu sebelum hati menjadi Cinta.

CINTA itu adalah apabila kita sanggup berkorban dengan cara mencari jalan halal untuk menyuntingnya serta terus berusaha menjaga batasnya selagi dia masih belum sah pada kata hijab dan kabul.

Aku tunggu saat itu,, meskipun terpisah di antara dua dunia... aku tahu ini lebih baik untuk ku. :) demi islam agamaku aku rela menjadi perindu.

Sekian..

Detik itu adalah bukti_ Mesir

Salam ukhwah sahabat MP semua.... apalah yang akan berlaku di Mesir pada berapa detik yang sedang berganjak ini sahabat. Semoga segalanya akan membaik pulih seperti biasa. Allah huakhbar....

Sahabat MP semua... tengok gambar di bawah ni... gambar-gambar ini masih panas dan baru sahabat. Bagaimana kejamnya perbuatan insan-insan yang tidak berperikemanuasiaan. Tidakkah sedikit pun dihati mereka turut merasakan perbuatan yang dilakukan adalah salah....




Sahabat! Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan dan semoga perjuangan menegakkan kebenaran dan membuktikan yang Islam itu benar sebenarnya akan berhasil juga sedetik masa nanti. Allah huakbar...

Sesungguhnya kejayaan dan kemenangan di ciptakan khas buat yang ikhlas dan benar.

Sekian.... semoga segalanya akan membaik. Insyaallah...

8/15/2013

Aidulfitri Asy- Syahid bukti Iman

Assalamualaikum.... sahabat MP semua. Wah!! mentang-mentang dah raya semuanya pakat tukar gambar profil masing-masing. Cantik... MP seronok sangat tengok semua orang senyum dan happy jea.  Apa yang MP nak cakap dalam kita bersenang lenang dan gembira sakang .. jangan lah kita lupa dengan insan-insan seagama dan seakidah dengan kita kat luar negara sana. Allah huakhbar.... meskipun mereka dalam musibah dan dugaan melanda, rasa syukur tidak lepas dari hati insan-insan ini.

Dalam kita tidak sabar menunggu hari raya bakal tiba... mereka pula tak sabar untuk mati sebagai ahli yang dijanjikan syurga dengan memperjuangankan agama allah dan menjadi ahli yang mati syahid. Allah azzawajalla... sesungguhnya tempatkanlah saudara kami di kalangan syahidan yang diterima mu ya rabb... sesungguhnya rasa cinta dan kasih mereka memperjuangankan agama mu dan sanggup mengantikan nyawa mereka telah membuktikan betapa ikhlas dan kasihnya mereka kepada mu ya rabb, maka terimalah pengorbanan ini ya allah.

Sahabat!! meskipun kita mungkin tidak diduga dengan keadaan sedemikian... tapi usah kita leka dan merasa selesa. Jangan kita sesekali kita menyangka yang kita terlepas dari mata pengkhianat agama apatah lagi bangsa yang menanamkan benih-benih perosak bangsa dan agama!

Yea!! bunyinya seperti kasar tapi inilah hakikatnya! kita lupa yang diri kita semua ini adalah benih syurga... ciptaan terindah yang maha esa... kita leka dengan kemewahan dunia... kita terlupa matlamat dan tujuan asalnya. MP bukanlah yang terbaik cuma kadangkala kita perlu saling mengingatkan...  MP bukan menujukan pada sesiapa... tapi MP hanya meluahkan apa yang dirasa. Peringatan untuk MP sendiri dan untuk semua saudara seagama.

Kadangkala MP sendiri pun sukar nak bersuara... terlalu banyak lagha dunia. Terlalu sukar.. tapi MP tahu jika kita semua mahukan islam yang unggul. Muslimah sejati kita perlu berusaha. MP sendiri tak terlepas dari silap tapi MP tahu kalau kita ikhlas dalam agama, kalaupun kita banyak buat salah tapi jiwa kita yang nun jauh di dalam sana kasihkan agama kita Islam pasti allah akan permudahkan segalanya buat hambanya yang disayang. Kita ikhwan rasullulah yang disayang.... lagikan permintaan syaitan laknatulallah yang menginginkan masa hingga ke kiamat untuk menyesatkan ummat islam pun di kabulkan apatah lagi kita ikhwan yang di sayang.

Usah bimbang meskipun sukar kita berusaha menegakkan agama allah. Kerana sesungguhnya pengakhiran segalanya adalah manis. :)

Sahabat MP sekalian... siapa bilang kita lemah! kita semua ummat yang gagah... kita kesayangan rasullulah. Kita membenci perbuatan kejam kaum yahudi itu pahala buat kita meskipun dengan hanya menerbitkan rasa benci di hati. Maka dengan itu... usah bimbang... mari kita semua mulakan dengan membenci perbuatan mungkar amnya... jika kita tak mampu bertindak dengan anggota, mulakan dengan lidah.. jika masih tak mampu hati itu adalah selemah-lemah iman.

Sesungguhnya kita semua ikhwan yang dirindui rasullulah.  Allah huakhbar!!!

PERBEZAAN WARNA BUAH DAN KHASIAT NYA #Part 1 : Buah Naga @ Dragon Fruit

 Assallamualaikum dan jumpa kembali sahabat MP. Yep... MP kembali di tahun 2021 dan bila mana anda membaca "posting" ni bermakna a...