Powered By Blogger

11/15/2012

Opick - DenganMu Ku Hidup (Ost Tentang Dhia)

Kuala Lumpur


Alhamdullilah,syukur kepada allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya dan kasih sayangnya aku berjaya menjejakkan kaki ke kuala lumpur dan berada di sini saat ini.Hurmm,kuala lumpur engkau adalah bandar impian warga dari segenap pelosok bandar ataupun desa. Namun bagi aku dan mungkin jugak sebahagian dari yang lain,engkau bukan lah bandar pilihan kami. Tapi saat ini aku merasa kehadiran ku ke sini adalah suatu keperluan dan permintaan. Kuala Lumpur engkau memberikan aku seribu kenangan. Engkau bagaikan suatu sumpuhan yang tak dapat aku menjauh. Kenapa? dan apa yang menjadikan seperti itu.... : /

Biarlah aku lakarkan di sini tentang aku dan engkau wahai bandar metropolitan.

 Di sini aku mengenal akan erti kehidupan. Ya erti kehidupan,yang merubah begitu banyak tentang aku. Aku bukan seorang yang dilahirkan di kota besar namun kehidupan aku dipenuhi dan begitu banyak dikaitkan dengan kota ini. Di sini kehidupannya jauh berbeza dengan kehidupan kampung, di kota besar ini begitu banyak kekurangan dalam kelebihan. Rasa hormat dan integriti masyarakatnya begitu rendah. Dan sebahagian besar masyarakatnya salasilahnya berasal dari bandar -bandar kecil bahkan dari kampung yang nun jauh dari kemajuan. Insan dikurniakan akal berbeza bahkan jauh sekali beza fikirannya dengan hidupan tak berakal yakni haiwan yang punya otak tapi tidak punya akal. Pelbagai cara dan situasi melanda insan di kota besar sebegini.

 Sambungan bicaraku kembali. Hakikatnya aku tidak mampu berada jauh dari kota ini bahkan tak mampu di lenyapkan sama sekali kenangan-kenangan itu. Biar aku terus bicarakan apa yang sebenarnya. Di sini aku mengenal perbagai kerenah insan lain yang selama ini tak pernah aku bayangkan akan terlibat dengan mereka sama sekali. Di kota ini kekayaan menjadi ukuran dan di atas kekayaan itu terletaknya pangkat dan taraf kemampuan. Apakah seseorang itu mampu menjadi sebahagian insan lain yang punya kemampuan itu dengan hanya berpandukan kejujuran dan nilia murni?  Di kota ini jugak aku belajar akan erti kepercayaan,kejujuran dan keikhlasan yang menjadi prinsip aku dalam menilai seorang insan lain punya kualiti sebagai seorang hamba allah.

Tidak sama sekali aku bersangkal bahawa semua insan yang punya pangkat dan kekayaan itu sebahagian dari insan yang berjalan mendongak kelangit dan malu menunduk ke bumi, bukan juga aku mengatakan maksudku bahawa antara nilai itu aku punya yang terbaik. Bicaraku hanyalah untuk membicarakan rasa hati aku mengenai kenangan dan pengalaman hidupku.

Tidak semuanya manis seperti gula dan tidak semuanya masam seperti cuka. Kehidupan di kota ini mencabar keimanan seorang hamba untuk memantapkan kekuatan rohaninya. Kesabaran tonggak kemenangan dan niat penentu kehidupan seorang insan di kota besar ini.

Dan tidak semuanya keburukan yang menghiasi kehidupan. Dalam kenangan yang menyakitkan aku punya kenangan manis yang lebih bermakna dan lebih mematangkan aku. Di sini juga kewujudan insan yang jujur dan berakhlak unggul itu tetap ada cuma ianya seolah tengelam dalam kesesakan insan yang jauh dari landasan. Dunia memberikan pelbagai keadaan.

Apa yang menjadi mutlak adalah Kuala Lumpur,engkau bandar pilihan masyarakat  dan menjadi pembuka cerita kepada manusia.

Dan aku akan tetap melakar dan melakar kisah ku di kota ini
                                                   Siti Khatijah Binti Mat Hussin (Mustika Pena)

11/08/2012

Aku,dia dan kamu

 Bukan senang dalam kehidupan ini untuk kita bangkit setelah pelbagai ujian datang menyesakkan dada. Aku  tahu allah itu maha adil . Sering juga aku mendengar keluh kesah dari hamba-hambanya termasuk juga aku. Memang sebagai hamba kita takkan mampu melarikan diri dari kesilapan dan sebenarnya kesilapan itu mengajar kita untuk menjadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya. Aku tidak mengatakan aku seorang yang sempurna bahkan berdusta la aku jika aku mengatakan akulah manusia yang terbaik dari insan lain. Apa yang aku tahu setiap dari kita diberikan peluang kedua untuk membaiki setiap apa yang salah. Syukur alhamdullilah semuanya  semakin pulih dan sebahagian dari kenangan pahit itu akan menjadi pembakar semangat untuk aku lebih bertakwa dan bersabar dalam hidup ini.

Kenapa kita mesti malu untuk menangis di hadapannya,diakan kita katakan sebagai yang kita sayang. Dia yang kita katakan kekasih tapi pernahkah kita... anda semua dan aku sendiri mengerti apa yang kita sendiri katakan. Malu dan takut pabila melihat,membaca dan mendengar bait-bait kata yang terhias indah di kitab suci al-quran tapi setelah kembali ke realiti,masihkah ada pegangan dan rasa yang sama ketika bait-bait itu kita hayati.

Aku ialah diriku. Dia ialah tuhan ku, yang menguasai seluruh alam dan pemilik hati sekelian makhluk ciptaannya. Dan kamu... andalah  anda. Bukan maksudku menjatuhkan sesiapa jua yang membaca penulisan ini tapi mahu ku... kita semua mengerti di mana cinta kita. Ya... bicaraku mengenai cinta. Mencari cinta pada yang esa memcari cinta yang hakiki kerana manusia di anugerahkan rasa cinta yang kadang-kadang kita alpa dan tersesat dalam mencari kemana arah tujuan asalnya.

Kehilangan suatu yang menyakitkan,tidak kiralah kehilangan ibu bapa,sahabat,kekasih,guru-guru tetapi suatu yang lebih menyakitkan dan melukakan adalah apabila kita kehilangan cinta allah dan pengertian makna cinta.

Entah la,cinta ini memeningkan cinta bukan....hehehehehe. Aku,kamu dan kalian pasti merasai yang sama. Cuma bezanya skrip yang kita pegang sama ada penghujungnya luka atau gembira.Dalam islam sendiri sememangnya meminta kita berkasih sayang dan merasai rasa cinta namun jangan pula kita membeli cinta sehingga kita lupa bagaimana cinta itu seharusnya berlandaskan ajaran islam. Jangan buta kerana CINTA!

Sebelum kita cuba mencintai sesiapa sebaiknya kita mula mencintai diri kita sendiri dahulu dan selepas itu ,belajar mencintai kedua ibu bapa mu,belajar mencintai alam di sekeliling,belajar mencintai rasulmu,dan paling penting belajar mencintai pencipta mu dengan mengikut suruhannya dan belajar meninggalkan larangannya. Walaupun seburuk mana perlakuan kita pasti akn terdetik rasa menyesal dan taubat itu dari sudut hati yang paling dalam bukan.... kalau ragu cub atenangkan hatimu dan imbas kembali semuanya dan lihat ke dalam diri mu apa yang kamu rasa. Kerana itu ada dalam satu riwayat daripada Anas daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda yang bermaksud :

"Tidak sempurna iman salah seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri" ( Riwayat al-bukhari).


Jadinya di sini,konsep cinta itu terlalu luas dan sebelum kita mencuba rasa itu betulkan niat dihati. Jangan pula pabila kita gagal menjalaninya semuanya kita hilang tempat bersimpuh... jangan kita menjadi hamba cinta sehinggakan tidak mampu melihat cinta yang lebih agung dari allah s.w.t

Wassalam,untuk bicara ku kali ini... fikir-fikirkan lah bersama. Aku,dia dan kamu

10/17/2012

Happy Ending





  Sebagai warga baru aku memang agak kaku pada mulanya . Terasa agak kurang berkeyakinan untuk melalui hari-hari mendatang maklum saja aku bukanlah seorang yang terbiasa tinggal di asrama. Kini aku perlu mengakui bahawa aku seorang pelajar stpm yang tinggal di asrama bukan lagi  di rumah. Rasanya tak lengkap catatan aku kali ini jika aku tidak menceritakan apa yang di tonjolkan di atas dan apa perkaitannya sama aku dan gambar di atas.

   Semalam aku mengikuti jamuan akhir tahun asrama bagi 2012. Terasa satu kegembiraan bila ianya berakhir dengan penutup yang menyeronokkan. Seperti yang aku kata,aku bukanlah seorang yang terbiasa dengan kehidupan di asrama.Dan bagi aku ianya suatu pengalam yang terpaksa aku tempuhi bagi mematangkan dan mendewasakan aku...hahhhh. Wooooo.....puitis sekali ayatnya. Memang tak dapat dinafikan perasaan sedih yang timbul bila terpaksa berpisah dengan family, memandangkan aku tidak pernah mempunyai tempat tinggal lain selain rumah. Aku bukan lah seorang anak bongsu ok,cuma antara adik beradik aku memang tidak pernah membawa diri tinggal di asrama. Bukan kerana apa,cuma apa yang aku tahu ketika itu aku belum ditakdirkan untuk meninggalkan mereka sendirian. Mungkn juga tanggaunjawab aku untuk berbakti pada kedua orang tua ku masih perlu.

   Tapi sekarang dengan tinggal di asrama tidak bererti aku tidak lagi bertanggunjaewab ke atas kedua ibu bapaku,cuma tanggunjawab aku untuk menunaikan hasrat ibu bapaku dan merealisasikan cita-cita aku telah membawa aku untuk keluar dari kepompong berkepit dengan family....hhhehhehehe. Anak manja jugak la kiranya berbanding adik bongsu...hahhahha. Tak malu betul...

    Ok dah bab ni,kita sambung catatan sebelumnya. Jamuan yang aku hadiri ni di sebuah Marina resort&spa,terengganu. Datang bersama ahli keluaraga baru memang menyeronokkan sebab aku boleh lihat suatu yang lain dan unik iaitu kemesraan yang berbeza. Di sini kami belajar erti menghormati antara satu sama lain. Saling bantu membantu dan apa yang penting adab.

   Satu kepuasan bagi aku apabila sesi penyampaian hadiah bagi pelajar sahsiah terbaik.Ia nya bukan saja mencerminkan akhlak seseorang tapi menonjolkan kredibiliti seorang insan yang jarang ditemui hari ini. Kehidupan di asrama memang agak mencabar dan dipenuhi dengan pelbagai agenda namun di sebalik semua yang terlakar. Suatu intipati yang jelas yang dapat aku ambil adalah walaupun hidup dalam satu unit yang kecil mampu melahirkan kualiti yang sangat baik.

    Tiqa! apa kau dah mulai sayangkan sekolah baru kau sekarang? mungkin ye.... ye aku sayngkan keluarga baru aku. Dan ayahanda dan bonda,kalian berdua insan yang sangat aku sayangi tak terbalas rasanya setiap apa yang kalian berdua curahkan padaku,anakmu ini.

      Pasti akan aku lunaskan janjiku...ya allah,aku tahu aku mampu dan takkan ku persiakan...trima kasih atas nasihat yang bernas rakan2 blog... :) ianya akan menjadi peyunting semangat buat aku menjadi lebih baik.

'

10/15/2012

Aku Seorang Wanita


  


   Salam pertemuan semua,penulisan ini agak serius dan detail.. cehhh wahhh. Bicara aku kali adalah menjelaskan kenapa wanita sukar sangat nak melupakan seseorang lelaki tu, meskipun dia tahu lelaki itu tak sepadan dengan dia tak kiralah dari apa aspek sekalipun. Bicara kali ni jugak menyatakan mengapa wanita itu sukar menduakan seorang lelaki. Dan apa yang seorang wanita itu mahukan dalam hidupnya.

      Masuk bab yang di nyatakan tadi...huraian pertama kenapa  seorang wanita tu sukar sangat nak lupa kat seorang lelaki tu,walaupun masalah datang menimpa. Dan perpisahan adalah sebagai jalan terbaik buat mereka. Kalau korang betul2 serius mengambil berat akan apa yang aku cuba sampaikan ni insyaallah anda akan faham kalau tak teruslah dengan kesombongan anda untuk melalui perkara pertama iaitu kehilangan mereka pula. Oklah, korang tau tak makna sayang begitu penting buat golongan hawa. Kenangan yang korang bagi kat kitaorang sebagai wanita bukan boleh di padam macam sekeping nota harian. Bayangkan kalau anda baru beli kereta baru pastu kena curi macam mana... boleh korang lupakan macam tu aje... Takpe la dah nak hilang besok beli kereta baru pulak....macam tu senang je ke... tak kan.

       Korang tau tak. Wanita bukanlah sengaja mengalirkan air mata hanya untuk menarik perhatian korang kaum adam. bukan juga sebagai senjata nak melemahkan korang tapi senjata untuk kami golongan hawa menjadi lebih tabah atas setiap dugaan yang datang.Kenangan tu kalau di lukis di awan mesti takkan pernah habis bukan kerana luasnya langit tapi kerana tak larat melakar memori yang terpendam.


    Yang keduanya kenapa seorang wanita tu sukar menduakan seorang lelaki. Jawapan yang sangat mudah untuk korang teka sebenarnya,sebabnya ialah mereka sangat ikhlas menyayangi korang. Kebahagian yang sangat di idamkan oleh seorang wanita ialah dapat bersama dengan insan yang disayangi dan di kasihinya.Cinta bukanlah boleh di tukar ganti dan cinta juga bukannya suatu ayang palsu untuk kau ketahuinya....faham.

    Ada kenyataan mengatakan wanita perlu faham apa yang seorang lelaki mahukan dalam suatu perhubungan.Namaun di sini aku jugak ingin menegaskan kaum hawa juga perlu mengertahui apa yangseorang wanita perlu. Wanita tidak perlukan harta yang melimpah untuk menjamin rasa kasih dan bahagia mereka bersama kamu.. sebaliknya  yang mereka perlukan adalah keikhlasan dan kejujuran kasih korang terhadap mereka.

    Cinta buakn boleh dijual beli.....korang...

    Aku nak bagitau jugak la, wanita ni takkan menduakan kekasih diorang jika diorang ikhlas dengan mereka. Dan bagi segelintir wanita yang memang jenis playgirl tu kebanyakkan mereka ni niat yang utamanya nak balas apa yang seorang lelaki tu buat kat mereka iaitu pada hati mereka. So korang pun kena faham kenapa wanita ni berubah laku andai kata merka menjadi seperti golongan berkenaan yang aku nyatakan kat atas tu.

    Namun hakikatnya wanita adalah golongan yang suka berubah kasih... tu pun kalau korang ni jenis yang betul-betul faham dan suka perhatikan siapa sebenaranya wanita.

    Ynag terakhir aku nak bagitau adalah apa yang seorang wanita tu nak dari seorang lelaki.

1 : perhatian yang wajar dan ikhlas bukan hanya hangat2 tahi ayam.
2 : Sentiasa tersenyum bukan maknanya naik miang tak tentu pasal tapi ikhlas lahir dari hati.
3 : Menjadi seorang yang mampu membimbing diri mereka memperkemaskan pegangan agama yang ada pada diri.
4 : Jujur dengan hati dan perasaan yang ada. Jika korang betul2 tak merasa baik berterus terang jangan sesekali bohong kerana ianya racun berbisa buat mereka...ianya mungkin menjadi racun buat anda juga.
5 : Menjadi sebahagian insan teristimewa mereka,menjadi suami kepada mereka dan pemimpin kepada diri mereka dan anak2.
6 : Menjadi pelindung kepada mereka dan anak2
7 : Dan mencuba memberi bahagia kepada meraka selagi hayat dikandung badan.
8 : Serta menjadi sesuatu yang paling bernilai dalam hidup

    Korang sendiri pun boleh pikir kan apa yang seorang wanita tu mahukan. Janganlah kalian mencuba untuk mempermainkan perasaan mereka. Memang bukan senang nak mencari permata dalam timbunan kaca ia nya juga sama saja antara lelaki dan wanita.Oleh kerana itu,masing2 cubalah meneliti hati insan lain terutama insan yang kita sayangi dan kasihi.

    Biar ikhlas dan jujur dalam mencintai...barulah kasih itu kekal abadi hingga akhir hayat. Waallahualam...


     Sekian,,selamat menilai....wazapppppp :)





  

10/13/2012

Nikah kawin...








 Salam sejahtera semua...entry aku kali ni lebih menjurus kepada gambar ni. Kebelakangan ni kita semua dapat tengoklah...kebanyakkan muda mudi lebih suka kawin awal...cuma aku....belum lagi la...hhehhehhe.Promo lak pulak...huhuuhuu

    Sebenarnya aku baru je lepas makan nasi minyak member lama aku ni...sedar tak sedar rupanya aku dah boleh di ketegorikan sah nak nikah...tapi takkan la se awal tu kan...hahhahhahhha.

    Macam biasa bab nikah kawin ni....memang suatu yang menyeronokkan tapi dalam kita duk syok nak kawin2...nak nikah2....perkara penting yang pertama ialah faham apa itu perkahwinan...Kita tak boleh main terjah je...bukan nak hidup sehari dua dengan bakal suami tapi bertahun2...sampai akhir hayat. Kalau setakat hari ni kawin besok out baik pikir masak2 kan...

   Aku sendiri pun bukan power bab2 kawin ni...aku pun belum kawin...hahhahaha...masuk peribadi sendiri la pulak...hahahhha. Ok...stop....meh sambung ayat tadi.

   Macam yang aku cakap tadi banyak yang kita semua dapat tengok hari ni.... ramai yang kawin tapi lagi ramai yang bercerai....apa sebabnya.... entah la, macam2 la...tu tak kira yang main perang2 lagi dalam rumah tangga...

    So pada yang nak berkahwin ataupun yang dah kawin... perkemaskan diri dalam semua aspek baik dari segi agama mahupun pengertahuan. Bukan apa...takut nanti bila dunia rumah tangga tu tunggang tebalik kita tahu apa yang perlu dilakukan..

   Pada yang terasa aku minta maaf sangat2 tau.....,bicara aku kali ni takde kena mengena dengan sesiapa sama ada yang dah berkahwin mahupun yang nak kawin...hhuhuhuuhu.

    Jika terkasar bahasa dan tersilap type.....sorry ok.

    Wassalam....,selamat berfikir sejenak....Wazapppppppp


Target ku.....bagaimana target mu







     Salam... selamat tengahari semua,,, urmmm mana2 yang baru bangkit tidur pi basuh muka dulu ok...mana dah memang siap cuci muka meh sini kita sembang2 sambil dengar tiqa bagi kaunseling sikit...hehhehhhe.

    Mengada2 betul kan....wahahhahhaha

    Ok...kali ni aku nk share la gan korang semua apa yang aku nak target la...,yang pertama aku nak skor result stpm aku penggal 1 ni pling skit 3.50 so tak la rendah dan tak tinggi sangat.Aku tahu bukan senang nak berjaya dan bukan susah nak down betul tak....

   Setiap kemahuan jika diselit dengan usaha pasti kita akan berjaya.....itu yang aku dapat dari member aku bila aku cakap aku nak skor resul tu pengal 1 ni. Katanya aku bukan lah tak mampu cuma kadang2 aku terleka...terleka dengan hal dunia dan terlalu asyik nak dapat apa yang di idam sampai aku lupa kepentingan diri sendiri.So katanya kau perlu kurang kan sedikit....urmmmmm,boleh tahan jugak member aku kaunselingnya.

   Memang lumrah manusia suka kan suatu yang hebat...aku pun takkan terlepas dari semua tu. Apatah lagi bila kita dikelilingi dengan semua yang memberikan kita situasi yang sukar dkawal....contohnya tengok orang beli ipad... kita pun nak jugak...bila tak dapt mula la frust menonggeng.

   So perkara pertama kita perlu buat,sasarkan yang tertinggi dalam kemahuan kita....dan dengar pandangan orang lain... macam yang member aku buat...peringkat awalnya memang agak sukar nak dengar dan faham sebab kita ni memang dilahirkan dengan sifat ego....

   Jadinya buang perasaan menyampah bila member nasihat dan ambil intipati yang baik dari nasihatnya tu.Insyaallah berjaya.Macam sahabat aku ni... dah samapi pun ke Mesir. Siap sambung buat medicine kat universiti al-azhar lagi beruntung kan...

    Aku bila pulak nak jejak kaki kesana sebagai pengkaji dalam bidang arkiologi.... cemburu lah....
 Fahmi....sorry la klau tiqa masukkan kamu sekali dalam entry kali ni...saja je...huhuhuuhuuhu.
 
    Insyaallah jika apa yang aku hajat tercapai.... pasti aku akan sampai jugak....fahmi,awak jadi juru pandu saya eikkkk....hehhehehe. Opppp,lupa dah belajar bahagian perubatan mesti sibuk....hahhahhaha.
Gatal pulak aku....ok lah gurau saja.

  
    Yang kedua,bila dah berjaya dapat apa yang di hajati...jangan lua orang yang selalu bagi sokongan kat kita.... Orang pertama yang perlu kita ucapkan terima kasih sudah tentu kedua ibu bapa kita.Tanpa mereka kita takkan berjaya...samalah macam kita dengan golongan yang kedua...yang amat perlu kita hargai pengajaran mereka...iaitu guru2 kita. Dan jangan lupa dalam solat sentiasa berterima kasih dan salalu berdoa yang terbaik dalam kehidupan...apa yang penting keberkatan dalam hidup.







 




       Yang terakhir...carilah pasangan yang mampu membimbing diri kita ke arah yang baik.Sentiasa letakkan target yang tinggi dalam hidup...semoga sukses....
walallalallallal...

hehhehehhehe.


    
      Oklah,,,sampai sini saja penerangan aku sekali ini...wassalam...dan selamat berjaya.....wazappppppppppp.
   

  

gambar isi sebagian dalam piramid mesir - Peristiwa Dunia - Politik & Peristiwa - CARI Malay Forums - Powered by Discuz!

gambar isi sebagian dalam piramid mesir - Peristiwa Dunia - Politik & Peristiwa - CARI Malay Forums - Powered by Discuz!

10/12/2012

Hadiah untuk mu

     Kebahagian suatu yang sememangnya di idamkan semua orang namun tak semua manusia itu
berjaya mendapatkannya. Sebagai manusia biasa kekadang kita perlukan setiap perjalanan ini di bantu oleh insan lain. Setiap manusia begitu.. namun bila tangan yang dihulur tak bersambut terasa sangat sedih bahkan rasa yang lebih parah adalah terluka.

     Manusia memang tak pernah serik dengan apa yang terjadi. Manusia itu insan yang lemah tanpa bimbingan dia akan terjerumus ke dalam jurang. Kerana itu manusia di bekalkan dengan panduan untuk merempuh hidup yang penuh dengan cabaran ini. Kalau di fikirkan kemana arah tuju pengakhiran kehidupan kita pasti akan tahu makna kehidupan kita kat dunia ni....

      Ok lah....bnyk sangat ceramah...nanti tak pasal-pasal diketegorikan suka membebel betul tak....hhehhehe.

      Memang kita sering alpa.... memang itu sifat manusia takkan lepas dari membuat kesilapan tapi kalau kita punya niat untuk berubah pasti allah permudahkan.


   Jom kita masuk bab yang yang sepatutnya.. kali ni aku lebih terarah kepada kata2 yang di paparkan dalam imej kat atas tu. Kita memang tak mampu membahagiakan semua orang tapi kita mampu mendoakan untuk kebahagian mereka. Ye memang itu yang sewajarnya.Kali ni aku nak tanya korang lah berapa kali korang korbankan perasaan korang semata-mata nak jaga hati orang lain. Dunia ni kejam kan....hehhehhehe.

     Mana ada la dunia yang kejam , yang kejam itu adalah diri kita sendiri. Macam yang saya katakan tadi manusia tu tak sempurna. Kita pasti akan ada khilafnya. Kita bukannya malaikat yang tak pernah buat silap tapi kita di berikan bantuan dengan akal untuk membezakannya agar kita tak pilih kesilapan sebagai jalan kehidupan. Korang pernah baca cerita romeo and juliet.... adam dan hawa. Keduanya menunujukkan pengorbanan dan kasih sayang kan... namun kadang2 kita tak mampu memilikinya.

    Namun tak semestinya kita mesti mengakhiri kehidupan dengan kesedihan yang tak berkesudahan. Apa yang perlu ketika itu adalah mencari kekuatan yang tersembunyi jauh di dalam diri kita. Kalau kita bijak,kita akan menjadi penguasa kepada akal dan tindakan tapi kalau kita seorang yang memang tak mahukan sebarang perubahan dan kesudahan yang baik maka jadilah hamba kepada kekecewaan dan rasa sedih yang tak sudah.

    So macam mana,korang nak jadi seperti cerita cinta dunia yang kadang kala agak jauh dari maksud dan makna yang asal atau mahu menjadi seperti cerita cinta rasullulah s.a.w dan isterinya khadijah a.s.


    Berapa banyak pengorbanan yang kita lakukan untuk kebahagian orang lain?

    Answer : Sebagai seorang insan yang punya akal yang waras rasanya tak perlulah di hintung berapa banyak pengorbanan yang perlu anda lakukan untuk puaskan hati dan perasaan orang lain.Tapi cukuplah anda terus mendoakan kebahagian mereka hingga akhir hayat mereka sebab itu adalah sebaik-baik pengorbanan seorang insan kepada insan lain. Dan insyaallah kita juga akan diberikan kebahagian oleh allah s.w atas setiap pengorbanan yang kita lakukan. Ikhlaskan di hati,doakanlah dan senyumlah kerana itu adalah hadiah yang paling manis buat anda kepada insan yang anda sayangi dan bukti anda memberikan kebahagian pada mereka.

   Satu saat kau kan pasti dia lah teman terindah dah kekasih dunia yang perlu kau dampingi untuk bersama-sama melabuhkan layar islam yang hakiki. waallahualam.....Sekian.

10/11/2012

Kau yang selalu ada

    Bila sebuah pertemuan menjadi penghubung ukhwah terasa damai yang tersangat indah. Meskipun hanya mengenali secara dunia maya dan berbicara di atas kertas di petik jari dengan papan kekunci,segalanya takkan mungkin menjauhkan dan membinasakan sebuah perkenalan.

 Hari ini aku merasa sedikit gembira dan senang dengan kebahagian dari sebuah ukhwah yang mulai terjalin,kadangkala lebih baik mengenali dari sebuah medan penghubung tercanggih seperti ini sekurang-kurangnya kita tidaklah perlu bimbang tentang apa-apa yang menyakitkan andai ianya terputus betul tak...hehhehhe. Ya, bagi aku ada keindahan untuk sebuah perkenalan yang bermula dari laman2 sosial or dari dunia blog sendiri.

   Bermulanya aku di dunia blogger ni jugak disebabkan oleh cadangan dari seorang kawan lama... ya sememangnya aku berterima kasih kepda dia sebab membawa aku ke dunia ini. Sememangnya sebagai seorang yng meminati dunia blogger  kekadang aku hanya menjadi pembaca kepada penulis-penulis yang terlebih dulu melibatkan diri dalam bidang ini. Namun aku yakin dengan kedatangan aku ke dunia blogger ni sekaligus mendekatkan aku dengan ilmu pengertahun sama ada secara detail or biasa-biasa saja.

    Biasalah adab orang baru,seperti sebuah pantun yang sentiasa diperdengarkan dari mulut ke mulut sama ada dari warga tua or muda katanya : Buah cempedak di luar pagar,ambil galah tolong jolokkan,saya budak baru belajar,kalau salah tolong betulkan eikkkk... hehhehhehehe.

    Dia merupakan seorang sahabat yang turut datang dari dunia blogger,dan aku hanya pertemuan satu masa yang membawa ke ukhwah. Alhamdullilah,entrenya banyak yang memberikan manfaat dan pengertahuan buat aku.Terima kasih yang tak terhingga atas kesudian perkongsiannya ya. Biarpun hanya aku yang tahu..tapi sesunggunhya allah terlebih menertahuinya.

    Berkisah tajuk yang terang2 duk terconggok kat atas tu sebenarnya tangan ini merasa agak kaku untuk menaip setiap patah perkataan bukan kerana apa,cuma tak sejajar dengan apa yang di nyatakan.

    Bagi aku,"kau " membawa erti akan adanya dia di sisi sebagai pembakar semangat... ni bukan melibatkan cik abe ko apo ko.... jangn salah faham ye. "Yang selalu ada" pula aku rasakan di sini ialah sentiasa....tak pernah mugkir akan kewujudannya.... macam kata orang terengganu, ado sokmo...hhehhehhe. Dan akhir sekali ialah gambungan semuannya menjadi satu makna "kewujudan seseorang yang selalu je ada sebagai pembakar semangat kepada orang lain".

    Bagi diri ini,seseorang yang menjadi tulang belakang dan pembakar semangat sangat penting terutama dan sebuah persahabatan. Oleh kerana itu juga, semoga ukhwah yang terjalin diharapnya akan terus berkekalan sehingga akhir hayat blog ni...hehhehhe, eik tersalah.... hingga akhir hayat...

     Ok lah,sampai setakat ni sajalah bicara aku ye...
  Senyum and ikhlas sentiasa,semoga kehidupanmu sentiasa diberkati allah....wazapppppppp :)
   

10/07/2012

Nilai Seorang Insan

     Di dunia ini kita seringkali menyangka bahawa kita sudah bertemu dengan seorang sahabat sejati. Namun dalam kegembiraan itu pasti ada lukanya,memang secara lumrahnya manusia itu tidak akan sanggup menerima kenyataan seandainya dia mengertahui bahawa dia bukanlah sesiapa pada seseorang yang dianggap sahabat sejati. Bagaimana pula dengan kasih sayang yang di berikan kepada teman sejati itu apakah berbaloi di biarkan seperti kertas yang diterbangkan angin meskipun punya nilai dan kepentingan, namun tidak bermakna sekali. Oleh itu perlu sekali kita sebagai insan yang bergelar manusia bijak menggunakan akal untuk melihat siapa teman yang mampu dikatakan teman sejati. Bijak mencari nilai peribadi bijak maka akan bijak juga pemikiran yang diri.

PERBEZAAN WARNA BUAH DAN KHASIAT NYA #Part 1 : Buah Naga @ Dragon Fruit

 Assallamualaikum dan jumpa kembali sahabat MP. Yep... MP kembali di tahun 2021 dan bila mana anda membaca "posting" ni bermakna a...