Powered By Blogger

1/11/2017

Bukan BENCI tapi SAYANG

Assallamualaikum dan Selamat malam. Alhamdullilah, masih diberikan nafas kan untuk menikmati segala keindahan ini? Ucapkan sedikit terima kasih.Buktikan anda adalah manusia yang masih punya hati. Jika sudah terdetik di hati, bagus la. Sahabat, seringkali kita akan di uji dalam kehidupan ini. Itu bukanlah bererti manusia itu kalah dalam pergembaraan dunia. Harus diakui bahawa cabaran dunia bukan hanya mampu membina kerjaya dan kehidupan sempurna, tapi lebih dari itu wahai insan. Pada saat hatimu merasa jauh dari tuhan mu itu bermakna kekasih yang satu itu sedang mengetuk tangkai hatimu untuk merasai kerinduannya. Ya! Manusia itu sifatnya lalai. Harus bersendirian seketika dan renung kembali dimana diri anda.

Bagi seorang insan yang beragama islam, solat itu sebahagian daripada iman. Itu kata orang bijak pandai. Bila direnung kembali, kata-kata itu benar sahabat. Apabila seorang insan itu lupa untuk menyembah dan memberi puji-pujian keatas penciptanya. Tanpa sedar diri kita sedang perlahan-perlahan menjauh darinya. Allah s.w.t sangat pengasih akan hambanya. Dititikkan sedikit rasa keatas setiap hambanya cuma kita saja yang kadangkala buat-buat tak faham. 

Setiap manusia itu akan ada satu ketika dia akan tersentap seketika apabila ditegur secara segaja ataupun tidak. Sama ada dari sekeping gambar, secebis ucapan atau pun pandangan mata. Hati ini sifatnya sensitive. Walau sekasar apa seorang wanita itu atau se ego apa lelaki itu, jauh di sudut hatinya pasti tersimpan sedikit rasa lemah lembut dan penyayang. Sahabat, tahukah anda sebenarnya rasa sayang yang tak ternampak dimata tu adalah anugerah Allah s.w.t yang paling bernilai.

Sahabat, seburuk apa perilaku kita selama hidup dimuka bumi ini. Sejahat apa perbuatan kita pada pandangan manusia dimuka bumi ini. Sebenci apa mereka pada kita bahkan sejauh mana sekalipun rasa benci itu dilempar. Ingat satu hal yang pasti, allah s.w.t itu maha pengampun. Kasih sayangnya melangkaui rasa benci manusia bahkan melangkaui rasa amarahnya apabila hambanya benar-benar menyesali apa yang selama ini di sia-siakan. 

Pandanglah pada sejadahmu yang tersusun tak berusik.
Lihatlah pada putihnya telekung solatmu itu,
Renunglah kitab suci Al-Quran diantara buku-buku ilmiahmu,
Tanya hati? Tanyakan pada akal warasmu. 
Berfikirlah sejenak sampai bila diri ini jauh dari Allah s.w.t
Tidak malu! Masih sombong! Tiada sedikit rasa insaf!
Jika demikian, pejam seketika mata mu.

TOLONG INGAT SATU HAL.
Apa?

MATI 







PERBEZAAN WARNA BUAH DAN KHASIAT NYA #Part 1 : Buah Naga @ Dragon Fruit

 Assallamualaikum dan jumpa kembali sahabat MP. Yep... MP kembali di tahun 2021 dan bila mana anda membaca "posting" ni bermakna a...