Powered By Blogger

6/27/2013

Mencari Cintanya


Assalamualaikum dan salam ukhwah untuk semua. Syukur alhamdullilah kerana sesungguhnya kita masih diberikan peluang untuk menikmati keindahan pada saat ini. Mungkin sebahagian dari kita telah pun dibawa kembali pada yang maha pencipta. Alhamdullilah, selamat jua para muslimim dan muslimat  di perjalanan ini. Bagi kita semua hambanya yang masih dipinjamkan dengupan untuk berbicara pada sekian kalinya... alhamdullilah, allah masih mahu kita mencari cintanya.

Para sahabat yang dirahmati allah. Hidup ini umpama antara takbir dan salam. Ianya sungguh singkat.. yang kekal abadi sesungguhnya disana kelak. Beruntunglah bagi yang mengertahui dan insyaallah kita semua adalah hambanya yang diberikan keuntugan itu. Mencari cinta pada tiga jiwa, pertama adalah jiwa mukmin yang sihat. Kedua pada jiwa mukmin yang sakit. Ketiga ialah pada jiwa mukmin yang mati.

Pada jiwa yang sihat, sesungguhnya istimewalah pada akhirnya. Pada jiwa yang sakit berusaha teruslah agar dilindungi allah s.w.t dari segala tipu daya. Pada jiwa yang mati, sesungguhnya segala rasa dan hidayahnya telah tertutup oleh dunia yang sementara.

Allah!! sesungguhnya kami hambamu seringkali alpa dan tanpa sedar seringkali terlupa tujuan utama kami didunia. Ampunilah kami seluruh hambamu kerana hanya kasihmu penyuluh kejalan yang benar.

Jiwa yang sihat ialah pabila segala yang mulia dan pada kebaikan tidak sesekali dijauhi. Segala keindahan dunia adalah pinjaman baginya. Akhirat jua lah saham yang dikejarnya. Pada jiwa yang sakit sungguh bergoncang imannya.. diuji dengan keinginan dunia dan akhiratnya. Jiwa ini punya dua perkara dan sering kali menjadi milik yang lebih kuat diantaranya. Jiwa ini punya iman, keikhlasan dan keindahan saham akhirat namun pada jiwa ini juga ada kekusutan, kegoyahan, dan kemunafikan. Allah huakhbar.. sesungguhnya lindungilah ya allah jiwa yang sedang sakit ini menjadi sebahagian jiwa sihat yang dikurniakanmu. Muslimin dn muslimat yang dirahmati allah, pada jiwa yang mati pula sungguhlah pedih jika dilihat kedalam hatinya. Jiwa ini kosong dan gelap. Bagaikan tin minuman yang kosong isinya. Bagaikan pokok yang kering kontang tanpa air dan cahaya matahari. Ianya seperti tanah gersang yang akan disapu angin dibawa kemana-mana saja hendaknya.

Pernahkah engkau bertanya pada rasa yang sama,
Pada jiwa yang terleka akan erti dunia fana,
Jika embun membasahi wajahnya mungkinkah alpa terus bersama,
Jika dipasti jawapan ikhlasnya sedarlah kita petunjuk bersama hambanya.

Sahabat yang dikasihi allah, kita seringkali merasa kotor pabila terkena lumpur. Seperti biasa rungutan pasti keluar dari mulut. Lumpur yang busuk, kotor, hitam dan  macm-macam lagi lah. Tapi pernah tak kita sedar yang lumpur itu asalnya dari tanah yang prosesnya bermula dengan tanah yang kering, dihujani dengan air hujan dan menjadinya lumpur pada akhirnya. Itulah suatu yang kita katakan jijik, kotor, busuk tapi sedar atau tidak kita juga berasal dari tanah. Usah takut berpijak pada dunia yang nyata, usaha hambanya memperbaiki langkahnya takkan mungkin disia-siakannya kerana allah itu maha pengasih dan terlalu cintakan hambnya. Tidak mahukah kita menjadi ikhwan yang dirindui rasullulah. Insyaallah, selagi kita berusaha mencari cintanya pasti kita ketemu dengan kekasih yang utama. Allah huakhbar... wassalam.

PERBEZAAN WARNA BUAH DAN KHASIAT NYA #Part 1 : Buah Naga @ Dragon Fruit

 Assallamualaikum dan jumpa kembali sahabat MP. Yep... MP kembali di tahun 2021 dan bila mana anda membaca "posting" ni bermakna a...