Powered By Blogger

1/15/2020

SOLO BACKPACKER KE MELAKA 2D1N


Bismillahirahmanirahim...

Assallamualaikum tahun 2020. Syukur alhamdullilah, kembali semula Mp ke blog unsang tapi masih menjadi tempat karya Mp ye kawan-kawan. Haa... dengar kata 2020 ni kereta dah terbang. Haa... camne kawan-kawan? Seronok 😂😂

Hehehe... Melawak saja ye. 

Okey, blog kali ni tak mau cerita-cerita sedih. Nak citer pasal trip Mp hari tu je... Haa, kemana yepp? MELAKA okeii...Tapi specialnya Mp pergi Solo ok. Mp pun ada sediakan dekat korang sedikit Vlog perjalanan Mp ye kawan-kawan. Rajin-rajin support, like, komen and subcribe tau yea kawan-kawan. Lama tak menulis rasanya masih ligat otak ni membuah isi di blog kecil ni. 

Okey geng.. Ramai dari kita selalu kalau pergi Melaka dengan family atau kawan-kawan mesti dengan kereta kan. Ye la, senang kalau nak ubah haluan tu merayap panjang sikit kaki nya. Hehehe..
Walaupun macam tu, buat para pengemar ketenangan dan kaki sejarah dan historical macam Mp ni. Haa.. stay di Bandar Hilir Melaka atau lebih tepat Melaka Town. Mehh...Mp share dekat korang perjalanan Mp ok.

Ok...langsung saja Mp share dekat korang link video Vlog Mp ok.


Part 1  ye kawan-kawan. Maaf kalau Mp terkumat kamit baca mentera...hahaha. Bukanlah... Mp sebenarnya tengah cakap dan bercerita dekat korang yang tengok video Vlog tu tapi suara xde sebab Mp lupa yang record pakai monopod and Mp link kan wayar control remote auto record ke phone. Haishhh... buat penat je cakap... berterabur air liur tapi video nya bisu...hahaha 😆😆😆😆


Sebenarnya.. Mp tak plan pun nak datang Melaka tapi memandangkan minggu peperiksaan menjelang bagi student yang dah setahun tak menghadap buku pelajaran ni. Haishhh..stress juga sikit. Jadi sebelum bertempur di dewan peperiksaan, elok la kira nya Mp buat tour Melaka sekaligu jalankan misi jadi Youtuber keci-kecilan. 

Hahaha...

Secara ringkasnya, korang kalau nak pergi melaka kan. Jangan risau kalau pakai public transport. Naik je bas, korang pilih sesuai selera korang nak naik bas apa. Tiket pun murah, bawah RM25 ringgit pergi balik dah selamat da pun. Nanti turun je dekat Melaka Terminal Bas, jalan sikit tak tau tanya orang sebelah mana nak ambik bas No. 17... Memang bas ni akan pergi ke A'Famosa, dan sekitar kawan sungai Melaka sana ye geng.

Mp punya cara walaupun pergi last minit tap sehari sebelum dah booking.com bagi penginapan Mp ye. Pilihan kali ni The Jiong House, lebih kurang rumah kedai yang dijadikan tempat penginapan camtu la. Malam-malam korang boleh jalan sepanjang sungai Melaka sama ada jalan kaki atau naik bot, terserah korang la ye. Makan? Punya la banyak sana tapi kalau masuk Jonker Street , jangan la pelik kalau asyik nampak masyarakat Cina je yang banyak meniaga nama pun kawasan pelancongan.

Walaubagaimanapun, cehhh wahhh..ayat buku...Hehe..,

Jangan la risau sebab ada je dalam pasar malam ni orang melayu yang meniaga tapi mata kena alert la...jangan jalan nonong je. Ada banyak juga kedai macam News, 7e dan kedai-kedai runcit lain. Kalau nak beli buah tangan semacam gelang, pelekat peti ais, topi, baju dan macam-macam lagi memang banyak sangat-sangat la ye. 

Ok geng...

Tips dari Mp untuk korang kaki travel or sejenis suka jalan tapi nak jimat. Boleh bawak ration makanan sendiri tau. Mp ni sejenis malas nak keluar bilik dah kalau nampak katil bantal. Liat nak merayap apa lagi kalau sorang dan malam. Jadi bila lewat malam maka keluarlah poket ajaib dari bagpack Mp..hehe.

Total perjalanan Mp untuk kali ni Rm150 SAHAJA yea tendang tolak bagai...

Bas dari Tbs-Melaka, Melaka-Tbs (Rm22 Pergi balik )
Bas No.17 (Rm 2 Sehala)
Makan-makan + Souvenir ( Rm60 Sejenis makan tak banyak)
Penginapan (Rm47 ringgit di Booking.com semalam yea + dapat sarapan free k)

Nih Mp share link alamat nya ok. Bye-bye geng, jangan lupa Subcribe channel Mp ok11|👌👋



PERBEZAAN WARNA BUAH DAN KHASIAT NYA #Part 1 : Buah Naga @ Dragon Fruit

 Assallamualaikum dan jumpa kembali sahabat MP. Yep... MP kembali di tahun 2021 dan bila mana anda membaca "posting" ni bermakna a...