Powered By Blogger

12/03/2017

MENCINTAI ATAU DICINTAI

Assalamualaikum..sahabat alam maya.

Alhamdullilah,setelah hampir genap seahun MP hilang dari dunia penulisan, kini tergerak kembali hati kecil ini untuk berkarya dan menggerakkan papan kekunci ini. Terasa kaku seketika, mencari kata untuk dibicarakan. Alhamdullilah, sekai lagi MP ucapkan syukur kehadrat ilahi kerana mengizinkan MP bernafas dimuka bumi ini. Begitu banyak kenangan, pengalaman, masa lalu dan hal-hal yang terjadi dalam tempoh hampir dua tahun ini. Drastik sekali, tidak la dapat MP menceritakan segalanya. Cukuplah kiranya dikhabarkan MP masih lagi diberikan allah s.wt.t peluang untuk berbicara di alam maya.

Sahabatku, berkisah pada tajuk entry MP. Apa agaknya persepsi pertama kali sahabat mengenai MENCINTAI atau bahkan DICINTAI. Mari MP bicarakan tentangnya, buat pemahaman kita semua yang bernama manusia.

Sahaabat, mencintai itu adalah suatu perasaan yang dimiliki oleh seseorang individu khususnya manusia yang mempunyai akal dan hati serta nafsu untuk memiliki sesuatu perkara yang menarik minatnya. Begitu pula dengan dicintai adalah suatu perasaan yang dimiliki oleh seseorang individu khususnya manusia yang mempunyai akal dan hati serta nafsu untuk dihargai, disayang serta dilindungi.

Perasaan itu adalah ciptaan yang paling unik dan istimewa pernah dimiliki oleh makhluk allah s.w.t yang bernyawa. Bukan saja manusia, bahkan kehidupan lainnya juga mempunyai perasaan istimewa ini. Bezanya kita, allah s.w.t mengkurniakan manusia dengan akal berbeza dengan makhluk yang lagi satu. Tujuannya adalah untuk membezakan antara baik dan buruk, antara akibat dan sebab, antara zahir dan batin, antara halal dan haram,serta antara syurga dan neraka.

Sahabat, MP berdoa semoga allah s.w.t melapangkan sesaknya dada hamba-hambanya yang dipagut rasa pilu, gelisah, tersisih, duka, takut,marah, benci, iri hati, buntu, dan sebagainya. Semoga allah s.w.t memberikan jalan kepada keredhaannya. 

πŸ’˜πŸ’˜πŸ’˜cinta itu indah,

madu 🍬itu manis, ibarat pelangit selepas hujan tetap cantik.πŸŒ„ Racun itu menyakitkan, seperti kenyataannya menghacurkan setiap urat saraf dan sel tubuhmu.πŸ’‰Pahit itu ubat, menyembuhkan. Umpama masa yang mengubah segalanya. Terapi hati dari dosa.πŸ“Œ

*dunia hari ini manusia sering berbicara soal hati dan perasaan, tentang hak mencintai dan dicintai. barangkai rasa sabar itu tipis sekali. Redha pula bermain di bibir tapi tak terikut pada perbuatan. Ikhlas menjadi tanda tanya entahkan bila berjaya. Tidak apa-apa, mulai dari awal. Allah s.w.t sentiasa ada untuk hambanya.

Sekian, wassalam. 

PERBEZAAN WARNA BUAH DAN KHASIAT NYA #Part 1 : Buah Naga @ Dragon Fruit

 Assallamualaikum dan jumpa kembali sahabat MP. Yep... MP kembali di tahun 2021 dan bila mana anda membaca "posting" ni bermakna a...