Powered By Blogger

10/25/2013

Kebahagian Itu Bonus Kehidupan

Assalamualaikum dan salam bicara sahabat MP yang dirahmati allah s.w.t sekalian, semoga hari ini lebih baik dari semalam. Jika sebaliknya perbaikilah, insyaallah jika niat dihati adalah sejernih air yang mengalir pasti segalanya akan di permudahkan allah s.w.t. Insyaallah ya, amin.

Jika dahulu disaat kita masih lagi bergelar anak kecil, segalanya tak mungkin kita biarkan masa mencuri ruang kegembiraan di wajah. Namun setelah usia meningkat dan kedewasaan menjadi bahagian hidup, segalanya kita biarkan masa menentukan. Begitukah? Andai saja kita mampu menongkah arus kembali kemasa silam mahukah kita terus disana atau benar-benar meninggalkan segalanya sepertimana keadaan yang sedang kita tinggalkan disini? disaat kesibukan melanda diri. 

Ya, mungkin bicara ini hanyalah bicara seorang insan yang masih keanak-anakan dan mungkin juga bicara ini hanya satu bualan yang membosankan. Namun, sedar atau tidak usia itu benar-benar akan mematangkan hanya masa yang menentukan sama ada ianya di kelewatan atau di awalan.

Sahabat MP semua, masa akan menentukan segalanya samada kita mahu atau tidak pasti suatu hari nanti akan terbit jua suatu keinginan untuk bahagia. Ya, bahagia. Semua insan yang bergelar manusia pasti akan mahukan kebahagian terutama bersama insan-insan yang disayangi. MP juga tidak terkecuali, sahabat juga begitu.

Segalanya bermula pada saat ini, jika usaha yang sedang kita lakukan ini adalah untuk mencari kebahagian di dunia maka yang di dapati hanyalah bahagia yang sementara. Namun seandainya kewarasan masih mencelikkan minda, kita pasti tidak akan sesekali menyesal jika sedikit ke kesusahan di awalannya namun kebahagian di dunia dan akhirat masih utuh bersama.

Sesungguhnya, kebahagian itu bonus kepada kehidupan seseorang insan. Kejarlah kebahagian yang utama dari kekasih yang setia yakni allah s.w.t kerana di penghujungnya pastikan di anugerahkan makhluk ciptaannya di dunia yang setia.

Wassalam.





10/19/2013

" Karikatur Giveaway By Zaza, Ruang Monolog dan Sheila Salim "

Klik Banner







Syarat mudah :

1. Buat entri bertajuk " Karikatur Giveaway By Zaza, Ruang Monolog dan Sheila Salim "
2. Folow blog Ruang Monolog dan Sheila Salim
3. Like page Zaza, Ruang Monolog dan Sheila Salim
                  
                    

Like penaja Fridget magnet  


4. Tampal banner GA dan link kan ke entri ini. Tulislah apa-apa atau copy je syarat-syarat GA ini

6. Tinggalkan url entri korang ke ruangan komen

Hadiah : 

karikatur by ruang monolog ( gambar anda ) x 2orang -
(pemilihan pemenang 1 lelaki 1 perempuan )
shawl x 2 orang pemenang (  zaza )
3biji keychain  x 1 orang pemenang (  zaza )
RM10.00 topup x 2orang pemenang (sheila salim )
Fridget Magnet x 2 orang ( faziedasite )

Contoh karikatur by Ruang Monolog dan keychain mirrow ( belakang ada cermin boleh tilik-tilik ) :P dan keychain beg yang kiut :)


Selamat mencuba :) Tamat pada : 23 Oktober 2013

3 Perkara Tentuan Seorang Hamba

Assalamualaikum dan salam bual bicara, alhamdullilah bersyukur pada allah kerana masih terus meminjamkan sesuatu yang tersangatlah berharga yakni oksigen yang sedang kita gunakan bagi meneruskan kehidupan sebagai seorang hambanya yang masih bernyawa. Allah huakbar.... sesungguhnya tiada satu pun yang lain mampu menandingi kekuasaannya.
Allah hurabbi...

Sahabat, pada ketika ini MP dikhabarkan tentang pemergian seorang insan yang menjadi kesayangan dan dicintai oleh anak-anaknya. Ayahanda kepada abang angkat MP telah pun dijemput kembali kepada yang maha pencipta. Sebesar apa pun kasih seorang isteri dan kasih anak kepada bapanya andai takdir dan ketentuan telah tersurat maka setiap yang hidup pasti merasai mati. Allah huakbar...

Sahabat MP yang dirahmati allah, sebenarnya kematian itu bukanlah sebagai titik pengabisan pada setiap kehidupan tapi yang sebenarnya ianya satu permulaan dimana setiap amal yang kita kerjakan akan dikira . Pelbagai andai sesetengah orang menyangkal bahawa setelah seseorang itu mati, dirinya tidak akan lagi terbeban dengan apa yang dikerjakannya di dunia. Semua sangkaan itu silap, sebagai ummat islam, kita sendiri ketahui bahawa pabila matinya seseorang anak adam yang dibawanya hanyalah 3 perkara.


1: Amal Jariah
2: Ilmu yang bermanfaat 
3: Doa anak-anak yang soleh

Tiada satu pun di sini menyatakan kita akan membawa harta kekayaan dunia, kereta mewah, isteri yang cantik, apatah lagi pangkat yang mampu membezakan seseorang hamba allah itu. Segalanya sama di sisi yang maha pencipta. 


MP masih ingat pada kata-kata seorang guru agama, katanya"  ramai orang mendengar perkhabaran tentang kematian namun tidak ramai yang mengambil iktibar pada setiap kematian".

Sahabat MP yang kasihi allah semua, sebenarnya kita hidup ini membawa matlamat dan tanggunjawab. Sebagai hamba allah, kita perlulah berusaha sentiasa membaiki dan menambah baik segala perbuatan. Kita tidak akan terlepas dari sebarang kesilapan namun usah kita berputus asa dalam membaiki diri. Insyaallah segalanya akanmenjadi lebih baik selagi kita tidak berputus asa dan berpaling dari kasih allah s.w.t. 

Sahabat, di kesempatan ini marilah kita sama-sama menghadiahkan al-fatihah buat ayah kepada abang angkat MP. Semoga segala amal perbuatannya diterima allah dan rohnya ditempatkan dikalangan hamba-hambanya yang beriman. Amin Ya Rabb.

Di sebelah kanan ni gambar kesayangan milik abang angkat MP. Sebelah hujung sana, arwah pakcik iaitu ayah kepada abang angkat MP, Meor Syahrul Azmi.

Abg Mior memang sangat sayangkan ayah dan ibunya namun kasih yang maha pencipta melebihi kasih setiap hambanya. Insyaallah, segalanya akan baik-baik saja. Insyaallah, semoga abg mior dan keluarga bertenang dan terus bersabar dengan setiap cubaan yang mendatang,amin.

Sekian, Wassalam.


10/18/2013

Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida


Assalamualaikum, peace upon you.





Dengan ini shida wakil dari www.reddelima.com menganjurkan Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida yang akan berjalan selama 2 minggu bermula hari ini 15.10.2013 bersamaan Hari Raya Aidiladha dan akan tamat pada 29.10.2013. Pengumuman pemenang akan diumumkan selepas Part 2 Giveaway dijalankan pada 30.10.2013 dan akan tamat 12.11.2013 (2 weeks). Shida berharap GA ini akan mendapat sambutan dan meriah seperti GA sebelum ni. Inshaa Allah. Kita tengok syarat-syarat wajib korang kena follow :





 syarat-syarat wajib : 


  1. Like dan Add Facebook Sponsors :  

  2. Like dan Follow Blog Shida :

  3. Buat satu entri bertajuk :  Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida

  4. Copy dan paste kod dalam entri korang

  5. Submit link entri dekat komen entri Giveaway ini










10/12/2013

Keindahan Pada Solat Dan Kerinduan pada Jiwa

Assalamualaikum, syukur alhamdullilah pada allah s.w.t kerana masih memberikan kenikmatan hidup yang tiada galang gantinya. Sesungguhnya yang maha kuasa telah memberikan begitu banyak kelebihan dan keindahan untuk di syukuri oleh hambanya di muka bumi ini. Galasan kita sebagai hamba hanya sedikit berbanding dengan pemberian kenimatan dan kemewahan yang diberikan allah s.w.t kepada kita sahabat. MP juga seringkali merasa hampa dan kegagalan bila segala usaha yang dilakukan masih belum mampu memberikan apa yang di idamkan.

Merasai kegagalan bukanlah satu perhentian yang memurtamadkan segalanya tetapi itu semua simpulan seorang hambanya yang di minta bersimpuh mengadap kekasihnya yang esa, agar hamba itu tahu pada setiap keadaan tuhannya sentiasa ada buat hambanya.

Mungkin bicara MP kali ini agak jauh berbeza dengan penulisan pada bicara sebelumnya. Entahla sahabat, tiba-tiba mata ini terasa panas dan ikhlas MP sedang menfalirkan air mata.

Hehehehe.. amukan kegilaan apa yang sedang membolak balikkan hati ni ya ilahi, gangguan sedikit terjejas pabila mata ini tak mampu meneruskan ulangkaji. Teringat pada tanggunjawab yang masih belum dilaksanakan. Wudhuk di ambil dan solat didirikan. Mengapa begitu tenang wahai hati pada kala itu, ketenangan yang sukar dicari. Sesungguhnya diriku begitu beruntung kerana hamba mu yang daif ini adalah salah seorang insan yang dikau pilih menjadi hambamu yang benar-benar berada pada agama yang benar.

Ya allah, selamatkanlah insan-insan yang ku sayang. Selamatkanlah saudara-saudaraku di mana pun mereka berada ya allah. Limpahilah rahmatmu dan hidayahmu pada setiap khalifah yang dikau ciptakan di muka bumi ini ya tuhan. Oh tuhan ku, ampunilah dosa ibu bapaku, adik-beradikku, sahabat andaiku dan seluruh ummat manusia ya allah sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Ya ilahi, seandainya kehidupan ini seumpama takbir dan salam maka dikau sudahkanlah solat yang didirikan ini dengan sempurna dan terimalah segala amal perbuatan kami ya allah. Segala ujian dan halangan yang dikau berikan pada setiap hambamu adalah bertujuan untuk menjadikan hambamu seorang insan yang mengenal penciptanya. Segala kesakitan yang dikau ciptakan adalah bertujuan menjadikan kesabaran itu sebagai penahan dari kesakitan dunia dan akhirat adalah sebenar-benar keperluan dan tempat untuk setiap hambamu mengira keuntungan atau kerugiannya.

Semoga keampunan dan amalan kami dikau terima ya ilahi, amin. Rahmati dan jadikanlah kami ikhwan rinduan rasullulah yang memberikan khabar gembira buatnya. Amin Ya Rabb.

Waallahualam, sekian.

10/10/2013

STPM/ Angulia Beach Resort, Marang. Terengganu.

Assalamualaikum sahabat MP semua. ;) Apa khabar sahabat hari ni, semoga segalanya baik-baik saja kan. Insyaallah, dipermudahkan segalanya. Amin.

Oh yea, hari berganti minggu dan minggu berganti tahun tak lama lagi MP akan tamatkan pembelajaran MP di peringkat STPM. Wah!! tak sangka hampir dua tahun MP bergelar student sekolah kan. Namun insyaallah MP tidak akan hanya berhenti setakat ini, masih banyak yang perlu dilalui. Insyaallah, pasti ada tuah dan rezeki buat MP nanti bersama teman-temen seperjuangan di peringkat yang lebih tinggi. Amin. Doakan yea.. :)

Oh yea, hari ni baru MP dapat update entry baru. Yea la 3hari 2malam berada kat kem ni. Semalam pulak seharian habiskan masa dengan anak buah tak sempat lak nak update, just write and draft jea. Nak tak nak hari ni jugak baru dapat update, nak buat macam mana status pelajar sem akhir memerlukan MP berkerja keras untuk menambah baik serta tangkap sebanyak mungkin
 info yang lebih. Yea la, buat bekal untuk exam bulan November nanti.

Sahabat! memang benar  bak kata pepatah yang menyebut tuntutlah ilmu sampai ke negeri Cina, kerana apabila kita sudi menjadikan ilmu itu sebagai teman sejiwa pasti kita akan dapati lebih banyak benda yang rupanya kita tak tahu dan perlu kita dalami. Alhamdullilah, kem yang MP sertai kali ni memberikan banyak info berguna bahkan menambah baik diri MP buhkan hanya pada aspek lahiriah bahkan kekuatan mental dan fizikal buat persedian exam nanti. Alhamdullilah, syukur pada kekasih yang satu atas pemberiannya.

Resort yang MP pergi untk kem kali ni memang cantik pasal di belakang rumah tumpangan MP terbentang luas keindahan pantai Marang. Kapal-kapal pelaut mengindahkan lagi potret disini dan apa yang menarik bagi MP suasana kat resort ni cukup cantik. Memang sesuai untuk hilangkan stress dan masalah kerja tau.

So walau apa pun  sekali MP just nak cakap. Dimana pun kita or apa jea yang sedang kita buat jangan sesekali lupa pada yang esa. Insyaallah selagi kita menjaga batas pergaulan sebagai seorang hamba yang mengalas tanggunjawab sebagai khalifah di muka bumi ini dan sesungguhnya kita punya senjata yang paling hebat setelah usaha yakni "DOA".


Doakan MP yea sahabat semua, semoga kejayaan juga buat MP amin. :)
Kenangan untuk last kem for student sem3 2013.
Guys, all of u really make me happy, i hope after this moment we will can walk together to get the better position in our life . Ok\, cayang u all. I will miss u teacher Tengku Aziati.

Perjuangan yang sedang kita tempuhi pasti diberkati allah kerna inilah sebahagian daripada jihad dalam menuntut ilmu untuk din aplikasikan pada kerjaya dan dunia, insyaallah. Amin ;)

Thank u all. 6/10/2013-8/10/2013

"Contest Original Vintage for Ladies by LaishCloset4u"


15 Sept ~ 15 Oct 2013

Tag: Zack HoyaEmas Putih,Syakira

Klik Banner, tau
Assalamualaikum, apa khabar sahabat MP semua. Ha... contest lagi. Jom semua sahabat MP kita join ramai-ramai, tak rugi tau kalau mencuba.   Memandangkan hadiah yang tawarkan juga berbaloi so takyah pening-peningkan kepala. Singgah dan join jea.

Oh yea, contest ni memakan masa sampai sebulan tau. Sempat la nak buat entry yang the best gitu. Pendapat MP la untuk tuan penganjur contest ni, langkah yang bijak untuk promosi barang tambahan lagi memang cara yang terbaik la untuk majukan bisnes. Bagi MP bisnes online ni memang berbaloi. Jimat masa dan cara kerja. :D

Teringin pulak MP nak buat bisnes online:p

Bila MP singgah lak laman yang tuan penganjur anjurkan ni, apa lagi terbuntang mata ni haa.. fesyen yang digayakan dan di pertonjolkan memang kena dengan cara pemakaian MP. Serius rasa macam nak borong jea semua fesyen yang cantik-cantik tu. :D

Tuan penganjur, MP take photo tau. Ambil berkat. :D

10/06/2013

"GIVEAWAY ULANG TAHUN PERTAMA GREENAPRICOT"


 Assalamualaikum, Hye. GA gempak. Jom join :)

Hadiahnya :-

^_^*****^_^
Tempat pertama : Sepasang Baju Kurung Pahang Cotton
Tempat kedua : Sehelai gaun kanak-kanak. (English Cotton) 
Hadiah misteri : Top referral _ (Apalah hadiah misteri tu yea ;)


Tarikh Tamat : 17/10/2013

"Segmen : Saya Nak Novel! Part 2 By Zahirah"


Tarikh Tamat: 31/10/2013

Salam, sahabat mai join sama-sama. Hadiahnya novel, wah menarik. Jom ramaikan kenalan dan eratkan silaturahim ;)
* Dapat hadiah tu bonus yang penting ukhwah terjalin, insyaallah.


10/03/2013

‘Mini Giveaway By Wada’

assalamualaikum semua :)


Mini Giveaway By Wada
Bermula pada 1 Oktober 2013 - 7 Oktober 2013
sila klik banner untuk join :)

*tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu*
*untung sabut timbul, untung batu tenggelam*

10/02/2013

" Duo Giveaway By AmiLia "





-Tekan Banner-

Saya Join Giveaway Ini
Giveaway Ini Anjuran 2 Budak UPSR Amirah & Lia Dan Disponsor Oleh Lilly Lolly , Sofyy Lavender , Adam Faiz , Mama , Koleksi Cinta Raff , Aimi Wardina , Tasha Aqisha , Fans Of Blogger , Izzah Aliya , DK Blog & Falova Outlet



" MINI GIVEAWAY by T-SHIRT MUDAH TERENGGANU PART 2"


Assalamualaikum, klik banner untuk join  tak terlambat pun :)
29 - 03 OKTOBER 2013

1ST G.A OF GANGENTRY

Assalamualaikum semua..


Objektif segmen ini :
1. meningkatkan kenalan blog selain dapat mengeratkan silaturrahim
2. dapat berkenalan dengan blogger-blogger baru & lama
3. dapat meningkatkan trafik/followers di blog


Syarat & Peraturan:
1. Follow blog dan fanpage sponsor
2. Buat entri bertajuk "1st G.A of Gangentry"
3. Copy coding di bawah dan paste di ruang HTML entri.

Follow blog Geng entry & Plus|Like Fan Page
ref="https://www.facebook.com/pages/Geng-entry/215205611870710" target="_blank">Fan Page 

Like fanpage sponsor :




Join Group Blogger:

4. Publish dan tinggalkan link di ruang komen ya
5. Jika rajin anda patut pergi ke blog- blog rakan yang sertai segmen ini

Minions Mini Segmen


Assalamualaikum, jemput join GA. Klik banner OK :)
Sekian.

"Giveaway: Dapatkan Jam Dari Santai Leeza"

Giveaway: Dapatkan Jam Dari Santai Leeza
Giveaway yang simple saja... Jam Tangan untuk diberi kepada mereka yang bertuah....
     Untuk mudahkan kalian menyertai GIVEAWAY ni... kalian copy paste sahaja coding yang leeza bagi di bawah nanti kat ENTRY HTML kalian.. Cuma kalian perlu lengkapkan ayat yang leeza minta tu... ^_^
SYARAT PENYERTAAN : 
  1. Blogger Berakyat Malaysia 
  2. FOLLOW my FB PAGE
  3. Buat Entry Yang BERTAJUK "Giveaway: Dapatkan Jam Tangan Dari Santai Leeza"
  4. Letak BANNER Giveaway: Dapatkan Jam Dari Santai Leeza
  5. Sambung Ayat ni " Saya Mahu Dapatkan Jam Tangan Dari Santai Leeza kerana ..................................... "
  6. Tinggalkan Link Di Entry ni.....
  7. Berikan pendapat tentang blog Santai Leeza... (Tiada paksaan)
  8. PROMOTE BLOG dan GIVEAWAY (Tiada Paksaan)
  9. SUMBANGKAN TRAFIK Untuk SantaiLeeza.com (Tiada Paksaan)
 Hadiah Yang Disediakan : 
  • Jam Tangan = 2 orang pemenang bertuah
  • Saguhati = 4 orang peserta bertuah
Saya Mahu Dapatkan Jam Tangan Dari Santai Leeza  kerana (Lengkapkan di sini jawapan anda)
Assalamualaikum, pertama sekali MP nak ucap terima kasih kepada tuan penganjur kerana sudi anjurkan segmen ni. Saya mahu dapatkan jam tangan dari Santai Leeza kerana MP masih dalam pencarian nak sediakan hadiah untuk adik MP yang sedang menduduki PMR sesi last 2013. Walau apa pun keputusan exam adik kesayangan MP, hadiah yang MP dapat ni pasti akan tetap bertukar tangan. Jika tuah untuk MP la. Lagi satu MP nak buat suprise kat adik sebagai hadiah birthdaynya yang masih belum MP berikan walaupun dah lepas 3/5/2013 tempoh hari. Apa la, MP ni... ^_^. Keduanya, MP nak berikan pada adik MP ni pasal dia punya jam dah rosak , so sekarang tak takde jam..huhu. Harap-harap kat dewan peperiksaan jamnya OK. :)
Ketiganya, MP berharap sangat dapat jadi winner untuk segmen ni sekaligus bertambah kenalan MP. :D
Last yang keempat, doakan kejayaan adik MP dalam PMR yea semoga dia dapat jawap dengan jayanya dan cemerlang keputusannya, begitu juga MP pada last exam Penggal 3 2013/STPM .
Sekian, Wassalam.

    10/01/2013

    AWESOME GIVEAWAY BY TASHA AQISHA



    Assalamualaikum kawan-kawan MP semua, jom singgah dan join sekali nak. :)
    Bagus! mulakan sekarang masih sempat.

    Tamat: 10/10/2013

    Entry Menarik MP
    http://selendandangputihku.blogspot.com/2013/01/realitimu-atau-fantasiku.html


    "Kawaii Giveaway By Arina Azman"


    KLIK PADA BANNER

    GRAND PRIZE FROM MY SHOP 
    ANYTHING KPOP STUFF UNDER RM 30 by AH K-SHop
    JOM JOIN ? :)

    Bersuara Dari Kotak Minda Pencetus Nasihat Berguna :)

    Assalamualaikum semua sahabat MP yang baik hati.:) Sedang buat apa tu yea agaknya, oh yea. Beberapa
    hari tak update apa-apa rasa janggal pulak tapi masa yang terluang walaupun singkat tetap jugak MP singgah. Beberapa hari sibuk dengan study list sampai tak berkesempatan nak bukak citer baru kat sini, so bila sempat bukak MP just blogwalking jea kat laman blog blogger lain.

    Hari ni MP ada ujian kat sekolah, yea la sebagai pelajar sem akhir STPM 2013 memang agak terkejar-kejar jugak la. Ujian hari ni alhamdullilah, MP dapat buat dengan suksesnya. Rasa berbaloi pulak bersengkam mata dan berjaga malam untuk study. Benarlah apa yang orang cakap kalau seseorang manusia itu berusaha dan berjaya melakukannya dengan cemerlang itu semua adalah tandanya usahanya membuahkan hasil dan berbaloi. Insyaallah, jika dimakbulkan hajat dan impian tahun hadapan pasti MP akan tetap menjejakkan kaki ke menara gading. Amin...

    Doakan MP yea.. sahabat yang manis dan hansem yang duk baca entry MP nie.

    Apa-apa hal pun, dalam kita berusaha jangan lupa kita bermunajat kepada allah s.w.t, kekasih yang utama agar apa yang kita kerjakan sehar-hari membuahkan hasil dan mampu di tuai dengan nilai yang tinggi bila tiba masanya. Berkat doa dari ayah dan ibu juga penting, semua itu adalah tulang belulang di sebalik kejayaan seorang anak. Haa.... betul tak apa MP cakap, yea la.. Tak guna jika kita seorang yang bijak pandai tapi akhlak dengan ayah ibu sebaliknya. Wallahualam.

    Nampaknya setakat ni saja la dulu wadah bicara MP untuk kali nie, ada urusan yang perlu di laksanakan nanti kalau ada masa MP singgah sini lagi dengan giveawey dah wadah santapan kerohanian serta minda yang bermanfaat lagi ok. Sekian, wassalam.


    Lucky Draw By NadyaBubble


    Assalamualaikum, hye... semua. Jom sertai sama-sama. Kalau ingin join please klik this banner OK:)

    MP dah follow dan sertakan bukti, ;) Twitter pun ada tapi tak dapat nak tarik nak save kat sini, huhuhu. Ruang agak terhad. It ok la.

    Selamat bersegmen semua.

    Followers

    mustika pena
    Members (1758More »






    NadyaBubble

    NadyaBubble
    1,062 menyukainya · 12 sedang memperkatakan mengenainya

    PERBEZAAN WARNA BUAH DAN KHASIAT NYA #Part 1 : Buah Naga @ Dragon Fruit

     Assallamualaikum dan jumpa kembali sahabat MP. Yep... MP kembali di tahun 2021 dan bila mana anda membaca "posting" ni bermakna a...