Powered By Blogger

1/16/2013

Hati

Bila cinta berputik hati seakan merelakan rasa itu menjalar dan beraja di jiwa.Kata-kata yang diluahkan bgaikan satu puisi indah yang sukar dinyatakan dan diperjelaskan maksudnya. Tiada manusia yang dapat menghurai makna cinta yang sebenarnya kerana ianya suatu yang tidak nampak hanya dapat dirasa getarannya.

Siapa sangka seorang insan yang dahulunya sangat membenci cinta akhirnya berjumpa cinta setelah usianya semakin meningkat remaja dikala teman-teman lain sudah bijak menyusun kata untuk di hadiahkan pada insan tercinta. Siapa sangka cintanya di mula dari laman sosial. Siapa sangka dia kini dilamun cinta dan terlalu menyukai cinta. Siapa sangka dia juga sakit kerana cinta siapa sangka dia juga pasti berkorban kerna cinta... Siapa sangka bukan.

Siapa yang memulakan perlu menyudahkan the end the story! betul ke?

Ye! siapa yang memulakan sila cari penamat yang jelas. Sungguhnya tiada siapa di antra kita mahukan yang terburuk buat dirinya... dia merancang segalanya tapi sesungguhnya penciptanya telah menentukan yang terbaik untuknya. Jadi bagaimana...

SEGALANYA TERLETAK PADA HATIMU KERANA HATIMU YANG PUNYA RAS ITU TAPI LEBIH BAIK LANDASKAN CINTAMU PADA YANG SATU KERANA TUHAN MU TIDAK PERNAH MENINGGALKAN MU WLAUPUN SESAAT PUN

1/08/2013

Realitimu atau Fantasiku ?

Salam dihulur pembuka bicaraku untuk kali ini. catatan kali ini memang akan terus menjurus kepada tajuk utamaku di ats. Apa yang aku akan kongsikan ini tidak ada kena mengena antara yang hidup atau yang telah mati ok.

Tetamu misteri sering kali menjadi bahan bualan masyarakat tidak kiralah dari masyarakat China,India,Melayu bahkan dari golongan bumi putera Sabah dan Serawak sendiri pasti punya kisah dan history sendiri,,hahhahhaa.

Oklah aku terus fokuskan isi penting yang aku mahu kemukakan. Please jangan bergerak dari kerusi anda bahkan jangan bertindak untuk membuang hajat terlebih dulu sebelum aku ceritakan dengan lebih lanjut akan Tetamu misteri yang akan diceritakan ini ok.

Nah.... Apa-apa hal sebelum baca catatan ini marilah kita sama-sama melakukan sedikit senaman otot bagi mengelakkan otot anda mengalami stres dikala membaca catatan ini. Apa lagi buka mulut dan tunjukkan gigi anda yang cantik....dah bagus sekali,itulah dinamakan senaman bau,hehehehe.

Jangan marah ha nanti lekas tua. >_<

Ok lah,aku akan mulakan catatan dan perkongsian ini. Perkara yang berlaku ini tidak membawa rentetan masa yang telah lama tapi sebenarnya baru aje semalam berlaku. Huhuhuhu

Nak dijadikan cerita aku punyalah syoklah bincang-bincang dengan member pasal kajian yang akan kami buat di Tasik Kenyir tiba-tiba bunyi riuh kat luar. Disebabkan aku dan student lain adalah student yang paling senior dan "Tua" kat sini kami mengulangkaji di bilik yang berasingan dan agak berada di hujung blok bawah.

Tiba-tiba aje budak junior masuk dalam keadaan tergopoh-gopoh sampai nak cakap pun rasanya kalau makan buah jambu terlekat biji durian lagaknya macam tu la gopohnya. Kitaorang yang tengah berholiday kat dalam ni tanya la apa pasal kena samput ke,huhuhu. Rupa-rupanya memang ada budak tengah menangis ala tengok filem kabhi kushi kabigam gituh kat luar. Dah lembik sampai tak larat nak jalan.. terpaksa la member-member dia pimpin masuk bilik study kitaorang.

Ada yang bertindak menjauh dan ada gak yang duk sibuk keliling member junior yang nangis ni. Kami tanyalah pasal apa nangis,dia cakap nampak something............... kat tandas bilik study budak form 3. Kitaorang tanya la boleh solat tak? uhhhh!! patutlah ABC rupanya,dah tu pergi tandas sorang-sorang apasalahnya berteman kan elok tapi nak buat macam mana dah berlaku.

Aku  pun try la ajar dia mengucap bila pak jaga datang suruh dia mengucap senyap aje. Aku suara la kat tepi telinga dia dan alhamdullilah dia masih lagi sedar dan boleh mengucap. Aku ajarkan juga al-fatihah janji niatnya zikir. Perhhh dah macam ustazah gitu,hehhehhe. Xde nya nak gaya macam ustazah niat aku cuma nak bantu bila aku tengok semua budak lain senyap aje mungkin takut. Aku takut? perhhh takyah cakaplah tapi aku niatkan dihati dan tekad aku cuma mahu bantu sebaimana yang diminta pakcik jaga ni.

Pak cik jaga ni cakap junior ni lemah semangat, terlalu takut tu yang sampai macam tu sakali tu. Oklah nak dipendekkan citer junior ni pun oklah. kami pun mulai bersurai dan aku takde apa la...dah time makan loceng makan malam pun dah bunyi apa lagi isikan perut yang kosong la...hehhehhhe.

Tak lama lepas tu dengar balik junior tu mulai balik nangis,kali ni aku biarkan orang lain la pulak bantu... Bukan xnak bantu tapi tengah makan. Perut dah kenyang aku dgan member pun ansur-ansurlah naik bilik dah kul 10 lebih nak masuk pukul 11 dah.

Lepas tu aku tak tau dah apa budak tu jadi yang pasti dia ok sekarang.

Situasi kat bilik aku pulak bila dah suasana makin malam dan junior kat dalam bilik ni pun dah ada yang tido aku pun pi la tandas seperti biasa....huhuhu. Nak dikatakan citer time duk dalam tandas tu aku dengar macam bunyi kenderaan. Bising...aku pun keluarlah try la dengar-dengar kot-kot bunyi kereta warden keluar tapi hampeh..senyap xde bunyi apa pun melainkan bunyi air paip. Nak kata bunyi air paip maslahnya bunyi bising kereta... perhh terasa mereman jugaklah,apa lagi seperti biasa keluar dan masuk bilik. Api bilik dah tutup tapi ada la member bilik aku ni tak tido lagi sembang dulu last- last aku jugak yang tido akhir. Ingatkan mata dah gantuk apanya makin terang ada la....aku pun bukak lah laptop and open citer yang aku baru download siang tadi.

 Sampailah citer tu habis,alhamdulillah takde apa aku pun tido.Pagi tadi bangun last sekali...hehhehhe sebab tido lewat.

So apa yang nak disimpulkan kat sini adalah,benda-benda ni kita tak leh nak cakap tak wujub tapi takleh jugak terlalu taksub ok. Apa-apa pun jaga solat dan banyakkan membaca al-quran insyaallah akan selamat.Sesungguhnya allah itu sentiasa ada bersama hambanya cuma kita perlu lebih yakin dan yakin bahawa allah lebih berkuasa dari segalanya kerana dia pencipta sekelian makhluk di bumi ini.

Sekian,wassalam....
                                                       THE END -__-

1/04/2013

Waktu dan aku

 Alhamdullilah,syukur kepada allah di atas segala nikmat dan pemberiannya  dapat jugak aku melaksanakan tuntutan dan kewajiban sebagai hamba mu di muka bumi ini ya allah. Untuk sekian kalinya aku membuka lembaran perkongsian ilmu bersama. Insyaallah,semoga ianya mampu memanfaatkan semua.

Walaupun semanjak dua ini kesihatan agak terganggu,namun tidak sekali pun terasa diri ini untuk jauh dari meneruskan niat hati.

Waktu sering kali menjadi bahan bicara setiap yang bergelar manusia,dan antara salah seorangnya adalah aku. Aku tidak pasti apa waktu itu semakin bergerak secara tidak teratur atau sebenarnya pergerakannya tidak pernah berubah yang berubah adalah aku?

Ya,aku telah mendapat jawapannya.

Sudah pasti kerana manusia itu sendiri,ya kerana diri aku sendiri dan kalian juga sama.

Hakikat sebenarnya manusia itu sering alpa dan sentiasa bercelaru dalam menguruskan masa/waktu. Hari ini kita boleh lihat kesibukan dalam menjalani rutin harian dan tanggunjawab kita kekadang tidak kecukupan waktu padahal hakikat jika kita bijak menggunakan masa tiada istilah tidak cuku masa. Kadang-kadang bila kita kerja dan bertugas kita tak mampu berhenti seketika untuk mengadap yang esa,sedangkan waktu itu miliknya. Miliknya nya yang dimaksudkan adalah waktu yang seharusnya kita melaksanakan kewajiban sebagai hamba allah yakni sembahyang.

Kalau di tanya apa sebab mengapa sampai begitu sekali,wajaran yang menjadi jawapannya sudah tentu tidak cukup waktu tidak sempat. Sedangkan hakikatnya,waktu itu tidak bersalah pun. Kalau saja waktu itu berbicara atau bisa gomong pasti dia akan  kata, : Bukan salah aku! kau tidak cukup waktu tapi ianya adalah salah kamu sendiri kerana tidak bijak menggunakan waktu.

Nah betulkan,kenapa nak salhkan waktu pulak sedangkan kita sendiri yang bertugas dalam mengurus waktu untuk diri kita sendiri.

So macam mana? what we should do?

1. Bersyukurlah kerana kita masih bersama waktu dan masih punya waktu untuk merubahnya menjadi lebih baik.

2. Cubalah dekatkan diri dengan yang esa,di tahu keresahan kamu dan pastinya lebih tahu yang kamu perlukan kelapangan. Itulah yang menjadikan kamu berbeza dengan orang lain,lebih lapang tau.

3. Jangan pernah jadikan masa sebagai penyebab kepada ketidak cukupan kamu dalam kehidupan harianmu.

4.Senyum sentiasa dan cuba perbaikinya sedikit demi sedikit yang penting berfikiran fositif.

5.Allah selalu bersama kamu,yakinlah....

Apa pun dalam hidup ini,kita perlu sentiasa bertindak dan sentiasa mencari jalan penyelesaian dari masalah yang kita sedang tanggung. Jangan putus asa dan paling penting sebenarnya waktu itu amat bermakna dan untuk pengertahuan kamu waktu akan sentiasa bergerak dan kita,aku dan semua perlu tahu apa yang perlu dan apa yang mesti dilakukan.

Sekian,bicara untuk catatan ini.

 Salam ingatan dariku,mustika pena.

GEOGRAFI STPM: SISTEM ATMOSFERA : STRUKTUR, KANDUNGAN, PERANAN, F...

GEOGRAFI STPM: SISTEM ATMOSFERA : STRUKTUR, KANDUNGAN, PERANAN, F...: KONSEP ATMOSFERA   Atmosfera ialah satu lapisan nipis gas tanpa bau , warna dan rasa yang berada di atas permukaan bumi ...

PERBEZAAN WARNA BUAH DAN KHASIAT NYA #Part 1 : Buah Naga @ Dragon Fruit

 Assallamualaikum dan jumpa kembali sahabat MP. Yep... MP kembali di tahun 2021 dan bila mana anda membaca "posting" ni bermakna a...