Powered By Blogger

5/10/2015

PUSAT PERKELAHAN SUNGAI BIL, KG SLIM, TANJONG MALIM,PERAK.

Assallamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdullilah, kali ni MP muncul dengan artikel yang menarik untuk di baca. Tidak mahu membazir waktu, katakan saja jika pencarian adalah entry tentang kawasan perkelahan bagi kaki mandi sungai mahupun geng explorasi air terjun.

Ok la, MP bagi peta kepada kalian yang da tak sabar-sabar nak pi jejak kaki kat sungai bil ni. Ok.

Bagi yang datang dari KL korang mestilah melalui Tol. Tanjung Malim kan, pandu terus dan belok la ke kiri pada lampu isyarat pertama. Korang akan nampak Uninversiti Perguruan Sultan Idris, kampus lama iaitu tempat MP belajar sekarang. Kemudian akan nampak juga kedai makan Yik Mun.Kedai makan ni... yum-yum...

















Orang cakap sedap pau dia... mai2...singgah pas mandi tu :)




Sebelum jumpa tanda ni, mesti lalu sekolah rendah dan ladang kelapa sawit milik Sime Darby dulu. Ni da sampai..korang akan jumpa papan tanda kampung sungai bil, kg.slim. 


Bersih aje, tak rugi datang dan bayar RM 1 untuk motosikal dan RM2 untuk kereta. Kita macam bayar parking la.. Ok la tu, berbaloi dengan tenpatnya.  

 Hati-hati, jalan agak sempit dan berliku. Penduduk sekitar yang datang ke sini kebiasaannya menaiki motosikal, jadi perlu waspada.


 Bersihkan...Caya la.. tak lagi seperti pada tahun 2010 yang pernah di gambarkan oleh rakan penulis. Alhamdullilah, mungkin para penduduk tempatan sedar akan kelebihan yang mereka punya jadi segala kemudahan di sini dibaik pulih. Buktinya, semakin ramai pengunjung yang datang menjengah.


Pondok tempat makan pun ada, bersih dan selamat untuk diduduki. Boleh sewa RM3 jea..


Kemudahan tandas juga disediakan, bersih dan aman. 




 Tengok, siap ada jual-jual lagi. Bagi yang terlupa nak beli makanan ringan @ jajang masa nak datang tu boleh la singgah beli.  Mak cik yang jaga situ pun baik hati, siap ada makanan goreng-goreng lagi. 



 Ok da ready nak terjun sungai, sebelum tu meh snap gambar papan tanda ni dulu. Bila tengok gambar bunga raya tu teringat pesanan sorang kawan. Malaysia ni banyak tempat menarik, cuma kena rajin teroka baru kau akan sedar bertapa beruntungnya kita masih punya khazanah yang bernilai.

Betul tu betul..

 Nampak macam cetek, hurmmm...jangan sangka ok. Dalam k, MP ketinggian 153 ok tapi paras bahu. Kalau bawa anak-anak jangan terlepas pandang sebab syok mandi.


Batu-batu di sini juga agak licin, jangan semberono je pijak batu di air.

Ada ikan yang sedia menanti di sini, besarnya lebih kurang tiga jari. Sangat seronok bila di beri makan penuh aje datang.  Klau rajin tangkap la..boleh bakar2 sebab isinya sangat sedap.

Tips# pada kaki pancing jangan lupakan jorang anda. MP ni da plan nanti datang lain kali mesti bawak pemanah ikan..hehe.



 Sejuk air hingga ke tulang sumsum. Tapi sebab nyaman dengan flora yang menghijau. Kesejukan tidak menjadi halangan, jernih air hingga ke dasar yang berpasir boleh dilihat.

Sesungguhnya inilah sebahagian nikmat yang tidak akan ditemui di ibu kota dan bandaraya yang sentiasa sibuk dengan manusia.

Jenggah la sebentar dan kamu akan merasai betapa seronoknya.








Nampak tak ikan tu.. Kena cakap nampak sebab kalau korang nampak depan mata lagi seru. Serius akan rasa tak nak balik.














   Makan nasi di atas batu, mendengar kicauan burung-burung. Sesekali ternampak unggas di hujung denai yang berhampiran gigi sungai. Rasa macam kembali ke kampung, ke zaman kita masih kecil.

Jagalah keindahan sungai kita..

 Setelah penat mandi manda. Tiba waktu balik, rasa macam tak nak balik. Azam nanti datang lagi tapi kali ni datang bakar-bakar pulak. Coppp...bukan bakar-bakar tu tapi ber BBQ la. Hehehe.

Pemandangan dari atas jambatan. Di bawah ni ada kawasan yang cetek dan boleh mandi bagi kanak-kanak tapi masih perlu di bawah perhatian ibu bapa.





Pemandangan berlatar belakangkan kawasan parking dan bersebelah dengan chalet. Bagi yang sememangnya mahu rehatkan minda dari beban kerja dan masalah. Boleh sewa chalet untuk menginap. Kawasan sekitar chalet tu juga kelihatan bersih.

MP da siap mandi, belanja gambar sikit. Hehehe. 


 Jangan marah haa.... Jelous? Apa lagi datang dan rasai la sendiri.

Kalau nak MP datang sekali pun boleh.. boleh bersahabat dan tubuh team kaki jejak. Hahaha..

Tengok MP da mula buang tebiat..hehe. Gurau-gurau je.

 MP balik dulu. Hari juga sudah mahu senja, rasanya elok balik. Lagi pun kebetulan hari sabtu boleh la singgah ke pasar malam tanjong malim. So datang la hari sabtu lepas mandi singgah pasar malam, tak cukup parking habakk kau... bagi yang tak suka kesibukan tukar hari lain.. tapi serius seronok. Makanan yang dijual nampak sedap-sedap belaka..hehe.


Selamat tinggal, aii..aii..cip. Next time datang lagi.










 Terima kasih kepada teman yang satu ni, sebab sudi berkaki dengan MP menjejak sungai Bil. Hehehe, rezeki jumpa teman se universiti yang suka menjejak sungai dan air terjun. Tapi katanya, mendaki tak suka..hehehe.











Matahari mulai nampak kecik tandanya hari da mau malam. 


Ayuh pulang ke kediaman yang ku sayangi. Kab,proton city, tanjomg malim,perak. Anak terengganu ini merasa bahagia dan senang berada di ranau ini, kerana Perak adalah negeriku yang ketiga yang di sayangi.




 SEKIAN.










10 ulasan:

Jamlal berkata...

Kotor laa beb..sorry..sampah merata rata pada hujung minggu

Hajar Syarha berkata...

skrg daa bersih blom? kitorang rancang nk ke sana nanti

Mustika Pena berkata...

Assallamualaikum. Hajar Syarha...MP ada prgi dalam awal bln 3 slps Jamlal bgtau kotor... MP pergi hr biasa bkn hujung mnggu. Alhamdullilah brsih, ada pakcik yg mmbersih... mngkn sblum n..masa Jamlal prgi tu diorg blum smpat membersih.

Unknown berkata...

Bleh memancing ke kt ctu ye

Mustika Pena berkata...

Boleh je mancing... setakat ni belum ada larangan di nyatakan :)

Unknown berkata...

Da bersih ke tmpat tu..dalam sbtu ni sye nk ge ..

Unknown berkata...

Da versih kn tmpat tu..minngu ni sye nk ge..an family..bile x

Unknown berkata...

Da beraih kn..dalam minggu ni sye nk ge situ

Unknown berkata...

Boleh berkhemah dan bermalam disitu ?

Unknown berkata...

Boleh berkhemah dan bermalam ke dekat situ ?

PERBEZAAN WARNA BUAH DAN KHASIAT NYA #Part 1 : Buah Naga @ Dragon Fruit

 Assallamualaikum dan jumpa kembali sahabat MP. Yep... MP kembali di tahun 2021 dan bila mana anda membaca "posting" ni bermakna a...