Powered By Blogger

3/18/2013

Apa yang menjana kepenggunaan: Permintaan atau Bekalan di pasaran



Salam bual bicara dan salam 1 Malaysia. Perbualan kali ini adalah menjurus kepada tajuk di atas iaitu apa yang menjana kepenggunaan. Permintaan ataupun bekalan di pasaran.

Bekalan bermaksud suatu barangan yang dibekalkan bagi menjalankan sesuatu aktiviti, program ataupun projek. Bekalan merangkumi bekalan habis guna seperti makanan, minuman, pakaian dan harta tetap (boleh alih) seperti alatan makmal, alatan saintifik, kelengkapan pejabat ataupun pembelajaran dan komputer. 


Wikipedia pula menyatakan bahawa sebuah barangan adalah sebuah produk yang boleh digunakan untuk memuaskan kehendak atau keperluan. Lebih teliti tapi biasanya, satu barangan adalah produk fizikal ketara yang boleh dibezakan dengan sebuah perkhidmatan yang tidak ketara. Oleh itu, ia boleh dihantar kepada pembeli dan pemilikan penjual kepada pembeli.



Ok lah, semua tengok kata-kata dari Startup Sifu di bawah.


Ok, semua dah baca kata-kata di atas kan. Dah? bagus.. Senyum sikit >_<

Katakanlah anda telah menjual barangan yang diperlukan oleh pengguna seperti mana yang di sukai oleh mereka. Apa yang akan berlaku seterusnya? 

Permintaan!!

Betul tu, permintaan daripada daripada para pengguna kan. Jadi kita boleh nampak dekat sini yang permintaan merupakan penyebab kepada bekalan barangan di pasaran.

Manusia hari ini memang tak dapat dipisahkan dengan kemajuan dunia. Seiring dengan itu juga pelbagai keperluan tidak lagi memakan masa yang panjang untuk di ketahui kerana dunia ibarat dihujung jari. Jadi fokus perbincanngan yang dapat dilakukan adalah permintaan dan bekalan di pasaran merupakan punca utama kepada tajuk iaitu apa yang menjana kepada kepenggunaan.

Apa yang menarik di sini lagi disini adalah masyarakat dunia pada hari ini begitu mengilai sesuatu barangan contohnya seperti, telifon pintar ataupun ipad sehinggakan sanggup membelanjakan wang di dalam akaun mereka semata-mata untuk memiliki sesuatu barangan. Seringkali juga kita mendengar hebohan kes-kes yang berlaku membabitkan para pengguna kesan daripada permintaan dan bekalan barangan di pasaran pada hari ini. Namun demikian perkara ini masih berterusan. 

Bekalan di pasaran juga dilihat semakin memenuhi ruang dan tempat. Jika di bandingkan sekarang dan dahulu perbezaannya begitu ketara kerana bekalan barangan ini terdapat di setiap corot pelosok dunia. Di negara kita Malaysia sendiri,dapat dilihat bahawa kawasan - kawasan yang berada di pendalaman dulunya kini sudah terdapat sejumlah kepenggunaan yang tinggi. Peningkatan dalam jumlah yang banyak ini disebabkan oleh jumlah permintaan masyarakat pada hari ini.

Selain daripada itu juga, bekalan hari ini bukan saja tertumpu kepada aspek barangan sahaja bahkan ianya juga turut menghubung kepada rangkaian bekalan tenaga elektrik dan air. Manusia hari menggunakan sumber ini untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka sekaligus mempertingkatkan kepenggunaan di tahap yang lebih tinggi. Oleh itu kesimpulan yang dapat ditulis disini adalah faktor utama apa yang menjana kepenggunaan sudah pastilah permintaan daripada orang ramai.

Somaga info dah penyebaran maklumat ini memberikan manfaat bersama. Wassalam.


3/16/2013

Kebersihan nilai seorang insan

Salam bual bicara dan salam 1 malaysia. :)

Ok, perbualan kita kali ini ingin sekali aku menyentuh tentang kebersihan. Yupp, kebersihan. Kenapa agaknya aku berkisar soal kebersihan. Kebiasaannya aku berkisarkan tentang hati yang jiwang gitu.... >_<

Apa yang aku ingin katakan ini sebenarnya penting sekali dan jika perhatian itu adalah suatu yang membijakkan anda maka apa yang aku katakan in i mampu membetulkan diri kita semua, insyaallah.

Seperti yang aku bicarakan sebelum ini, manusia itu indahnya di lihat daripada akhlaknya jika akhlaknya buruk maka buruklah segalanya. Kebersihan itu sangat penting. Kebersihan bukan saja bertumpu pada pakaian,wajah dan penampilan yang di tonjolkan tetapi dari aspek ersekitarannya.

Tengok gambar ini!!


So apa yang korang semua fikir? Kotor kan!! yupp, aku pun sangat sedih bila lihat semua sampah ni... dari mana ia datang? dari mana lagi kalau bukan dari kita manusia ni yang suka buang sampah merata-rata dan suka cemarkan suatu yang sangat bernilai. So mana nilai seorang insan kat situ.

Tiada apa yang mampu aku katakan, sampah ni mungkin dah agak lama kat sini dan tiada sebarang tindakan di ambil... aku takde kekuasaan untuk mencegahnya kecuali malalui penulisan ini... so hopely , kita semua mampu hindarkan pantai kita dari terus tercemar macam ni...

 aku haraplah, satu hari nanti akan ada tindakan untuk membersihkannya kembali... dan aku harap kita semua mampu kerja sama. itu harapanku..., amin

3/11/2013

Kota Lama Duyong, pusat perkembangan Islam Terengganu



Assalamualaikum dan salam bahagia semua. Kali ni selepas agak lama aku tidak mencatat pada lembaran ini maka dengan segala bersuka rianya aku ingin mengkongsikan perjalanan aku menjelajah negeri yang kau naung ini. Terengganu bukanlah suatu yang asing pada pengertahuan luar , tidak kiralah di dalam Malaysia sendiri mahupun luar negara.

Aku tidak teragak-agak untuk mewarwakan pengalaman aku ini kerana memangnya Terengganu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Ok,aku bicarakan pada pokok pangkal isinya sajalah. Tahun ini merupakan tahun akhir aku berada di tingkatan 6 so sebagai budak tahun akhir aku digalaskan dengan tugasan yang turut menentukan kepada keputusan akhir aku dalam exam nanti. Satu kajian yang berkaitan sejarah menjadi tugasan penting buat kami , bagi aku ianya suatu yang menyeronokkan dan aa lagi aku pun memilih lokasi kajian dan apa yang ingin dikaji. Aku telah memilih Kota Lama Duyong sebagai artikal yang akan aku karang pada penghujung kajian aku dan akan dihantar pada bulan empat nanti.

Apa yang aku ingin cerita ialah kesenian yang terdapat pada Kota Lama Duyong ini. Bentuknya sangat unik dan sungguh menarik sekali. Kota Lama Duyong ini terletak di Pulau Duyong Kecil, Terengganu. Kawasan ini juga merupakan tempat pertandingan monsun cup yang memperkembangankan lagi kemajuan negeri Terengganu sendiri.

. Ciri-ciri Kota Lama Duyong ialah mempunyai 9 buah bumbung yang menutupi beberapa bahagian yang bersambung dengan dapur, bilik mandi, sorong(anjung), beranda, tangga dan titian. Reka bentuknya mirip Istana Kecil Raja Melayu tetapi diperkayakan dengan memasukkan unsur-unsur seni bina asing seperti Corinthian atau Mesir. Tiang dan dinding batunya pula memperlihatkan Bentuk rumah tradisional Melayu Terengganu,iaitu Bujang Berepeleh , Lima Bungkas dan Potong Belanda dengan ukiran sobek di keliling Beranda.

Apa yang menarik juga bagi aku, seni ukirnya begitu halus dan teliti. Memang memaparkan kecantikan pertukangan orang melayu serta menjadikan ianya suatu yang tidak sia-sia untuk di kaji.

Kota lama Duyong ini sangat istimewa, kalau korang nak tau struktur Kota Lama Duyong ini diperbuat dari putih telur dan madu tau. Ianya bahan yang wajib.

 Terdapat dua bilik kat dalam rumah ni. Keadaannya agak menyeramkan dan unsang mungkin kerana agak kurang terjaga. Namun tetap bersih. 

Itu yang penting Mustika. :)

Selain dari tu yang aku dapat perhatikan terdapat kolah yang menakungkan air untuk tujuan membasuh kaki dan mengambil wuduk. Di atas rumah juga terdapat perigi....

Dalam woooo..... Jangan terjun tak selamat!

 Kalau nak dihuraikan memang banyak la... oleh itu aku menyarankan kalian semua datang la sendiri tengok keindahan yang ada padanya. Disamping kita mengenali tokoh yang mengembangkan agama Islam di negeri ini.

So apa lagi... jom!





PERBEZAAN WARNA BUAH DAN KHASIAT NYA #Part 1 : Buah Naga @ Dragon Fruit

 Assallamualaikum dan jumpa kembali sahabat MP. Yep... MP kembali di tahun 2021 dan bila mana anda membaca "posting" ni bermakna a...