Powered By Blogger

2/11/2014

Giveaway 5K Dunia sebenar Shida

Assalamualaikum sahabat MP semua.....  Gembira rasanya menaip semula, agak lama senyap tanpa coretan tinta pena insyaallah pasti MP akan bergiat aktif kembali. Amin Ya Rabb..

Sahabat, hari ni MP terjah dari satu blog ke satu blog akhirnya hati ni tertarik dengan Giveaway 5K Dunia sebenar Shida. Insyaallah, manfaatnya kita peroleh bersama..amin.

OK, sekarang tengok bawah.. Selamat mencuba dan meriahkan suasana.

Assalammualaikum, peace upon you.
http://www.duniashida.com/2014/02/giveaway-5k-dunia-sebenar-shida.html
Dijemput semua memeriahkan lagi Giveaway 5K Dunia sebenar Shida (klik banner untuk join) dengan hadiah yang cukup banyak dan lumayan serta syarat sangat mudah. Terima kasih juga kepada para Penaja yang sudi menaja untuk giveaway kali ini dan mereka adalah :
Kategori Blogger : 
Kategori Onlineshop :

2/06/2014

Jodoh Itu Milik Allah

Assalamualaikum dan salam ukhwah sahabat semua. Kesempatan yang ada ku celah untuk mewarkahkan utusan buat semua.. Maafkan saya sekiranya dalam penulisan ini terselit bicara yang menguris hati sesiapa. Ini hanyalah bingkisan dari hatiku, mungkin hati ini sedang sakit mungkin hati ini sedang bercelaru. Maafkan saya sahabat.

Dunia ini sememangnya tempat persinggahan, tempat kita mencari erti dan tujuan sebenar. Saya juga awalnya tersilap perbuatan dalam melalui liku-liku kehidupan tapi insyaallah kali ini saya lebih bersedia dan mampu bangkit dengan senyuman ikhlas.. insyaallah.

Bukan saya ingin mempromosi cerita hidup saya apatah meraih simpati tapi inilah sebahagian kehidupan dan pentas lakonan yang perlu kita lakonkan.

Jujur aku akui, bicara ini tentang cinta.. Cinta hatiku.

Usia yang masih muda di alam persekolah memang menjadi cabaran buat aku pada ketika itu, saat yang sama ku pertaruhkan masa depanku. Tapi ini takdir allah dan jalan cerita hidupku. Spm menghampir dan kecanggihan teknologi kian menular hinggakan aku sendiri terpalit dengan kecanggihan itu.

Perkenalan aku dengan faizal atau lebih ku gemar memanggil peja  tidak lama, lebih kurang 2 minggu tapi cukup membuat aku jatuh hati dengannya bahkan hingga kesaat ini.

Dia bekerja di sebuah resort terkemuka tapi demi allah ku katakan aku tidak tertarik dengan pangkat dan rupa parasnya yang boleh tahan itu tapi keikhlasan saat dia meminta maaf kepada aku kerana membohongi aku tentang perakuannya bekerja sebagai cleaner awalnya.

Masa juga kian berganjak dari angka 2011 kepada 2012, entah mengapa dia mulai berubah dan tidak mempedulikan aku. Wajarlah berlaku sedemikian kerana cinta kami berputik di muka buku. Melihat pada sekeping gambar yang mampu menipu,aku akui merasa kesedihan itu. Hari terus berganti dan masa turut berlalu.. bulan-bulan yang berlalu menjadi sepi, cuma kadangkala sms nya dan panggilannya ku terima... itu pun dua tiga bulan sekali call dan dua tiga keping sms dalam dua tiga bulan.

Aku tahu dia sibuk aku juga tahu dia punya orang lain yang sedang memberinya bahagia. Aku, aku seperti mayat hidup yang berpura-pura gembira tapi sebenarnya berada di dunia gelap gelita... sendirian, sedih dan menyedihkan.

Namun takdir allah menyatukan kembali hubungan yang retak. Aku bersyukur dan sesungguhnya demi allah, ianya hadiah hari jadiku yang paling indah pernah ku dapat. Aku membuka facebook untuk melihat ucapan selamat hari jadi dari kenalan tapi satu pesanan ku terima pada tarikh lahir aku iaitu mesej darinya mengatakan...

Maafkan pa, sebenarnya pa masih sayangkan ma.

Perkataan ini tak mampu ku lupa kerana ianya sangat bernilai buatku. Aku menghubunginya, tidak terasa kekok meskipun berbulan lamanya tangan ini tidak mendail no telefonnya. No nya tidak pernah lupus dari ingatan sedangkan aku pernah dikecewakan dan dipermainkan.

Kami berbual dan ianya agak kaku dari awal, aku mengalirkan air mata syukur bila dia mengatakan dia mahu kami seperti dulu. Saat itu, tiada kata yang mampu ku ungkap yang terzahir kala itu hanyalah anggupan kepala aku yang menandakan mahu. Walaupun dia tidak melihat wajahku senyum ku dan bahagia ku kala itu.

Segalanya berlaku seperti dirancang, hubungan kami terus berganjak pada tahun 2013 namun hari raya 2012 adalah yang terbaik kerana baju kami sedondong walaupun berjauhan. Hubungan kami berbeza tiada pertemuan hinggalah penghujung 2012. Aku ke kuala lumpur mencari pengalaman dan menziarahi ahli keluarga. Pertemuan yang tak dijangka, kami bertemu di Old Town Danau Kota, Setapak. Pertemuan itu amat singkat tapi amat bermakna buat aku. Jam ke angka 9 malam.. dan pertemuan kami dibawa saksi. Aku ditemani adik ku yang kebetulan mengikuti perlawan hoki kebangsaan di stadium hoki di UM dan dia bersama rakan baiknya Malik dan seorang lagi sahabatnya yang kurang ku pasti namanya.

Pertemuan ini hanya setengah jam, aku perlu balik kerana besok hari terakhirku kerja, dan aku akan mulakan sem 2 tak lama lagi. Sebagai pelajar STPM aku perlu menghabiskan pembelajaranku.

Hanya sekeping gambar yang mampu dirakam dan itulah kenangan aku dan dirinya. Dia menghadiahkan aku tady bear dan aku menghadiahkannya MP3 rakaman bacaan ayat suci Al-quran. Ianya tidak mahal tapi aku berharap ianya mampu membantu di saat hati memerlukan.

 2013 terus berlalu hari dan bulannya, di awalnya tiada apa yang berlaku tapi tidak lama kemudian sesuatu terjadi dan  hubungan kami digoyang sekali lagi, kehadiran insan ketiga dalam hidupnya cukup mengukir kembali luka dihatiku. 1 bulan lebih lamanya ia pergi meninggalkan aku tanpa alasan yang kukuh, hancur hati ini pabila pembelajaran aku dijadikan alasan ia mahu pergi dari hidupku. Dia meminta aku melupakannya, mengangap tiada apa yang berlaku yang pernah terjadi antara kami. Perbagai bicara yang menguris hati ini dan saat ini hanya allah yang tahu betapa parahnya luka yang dulunya hampir pulih tapi dirobek kembali.

Allah huakbar..... tiada penyesalan dari ahti aku kerana dia rasa yang di anugerahkan allah buatku sebaliknya ku syukuri kenapa diberikan pinjaman merasai derita meskipun dalam bahagia.

Setelah bulan 9 beralih ke 10,  entah bagaimana kami kembali seperti dulu.. kali ini dia katakan padaku, percayakah tentang sihir. Aku akui padanya kewujudan ilmu hitam yang masih diguna pakai oleh orang islam hari ni meskipun ianya salah dan menyekutukan allah.

Dia katakan dirinya disihir dan itulah punca hubungan kami terhenti, tidak perlu aku zahirkan siapa nama yang dia nyatakan tapi dia katakan wanita adalah wanita yang hadir menjadi insan ketiga antara kami.

Waallah hualam, tidak ingin berburuk sangka kerana aku melihat facebook wanita itu baik perilakunya dan indah wajahnya.  Tidak ku mengatakan insan ku kasihi ini membohongi aku tapi cukuplah allah yang maha mengertahui dan sesungguhnya rencana allah itu yang terbaik untuk ummatnya.

Hari ini saat ini aku diminta pergi, entah aku sendiri tidak mengerti tapi yang pasti sebulan yang lalu kami bahagia dan kami rencana ingin berjumpa pada 3 januari tapi waktu itu bukan milik kami... ku terima berita dia berhenti dari kerjanya, tidak ku soal banyak sebabnya kerna aku mahu dia bercerita dengan rela hatinya dan bukannya dipaksa.

Sepanjang bulan 1 yang lalu, siang malam aku bertanya khabarnya moga baik-baik saja dia disana. Memang ku akui sedih kerna tak mampu berjumpa tapi ku pendamkan saja, tidak lama setelah itu dia mengatakan pada aku yang dia akan bekerja di Singapura.  Aku hanya mampu katakan entah mengapa berat sekali hatiku untuk melepaskan dia pergi jauh walaupun hakikatnya dia sememangnya telah lama berjauhan dengan aku. 4 tahun bukan tempoh masa yang singkat, jatuh bangun aku lalui hari-hari dengan hanya gambar dan sebuah telefon. yang belum tentu bersambung dengannya.

Bulan 2 di 2014 bermula, masih segar dan baru buat aku. Tarikh 3 bulan 2  hnaya beberapa hari di belakang. Dia kesana.. dan dari saat itu hinggalah 6 bulan 2 aku masih menghubunginya meskipun tak berbalas. Apa yang aku terima pabila aku buka facebook tadi. sebuah ungkapan

Awak lupakan saya yea. Anggap jea kita takde jodoh. Maafkan saya

Ringkas sekali bicaranya tapi cukup membuatkan aku mengerti. Inilah balasan dari sebuah kecintaan dan kesetian, memang aku terluka tak mampu ku katakan tapi aku sendiri benar-benar sedar ketentuan allah dan takdir allah maha hebat. Semoga dia bahagia dengan pilihannya dan aku rasanya sudah tiba belajar jujur pada penciptaku kerana pernah hati ini melafazkan aku mencintai allah dan rasul ku...

Perancangan aku, aku ingin mengerjakan umrah. Insyaallah dan menyambung pelajaran ke luar negara. Insyaallah.

Sahabat, doakan khatijah yea.

Assalamualaikum.


PERBEZAAN WARNA BUAH DAN KHASIAT NYA #Part 1 : Buah Naga @ Dragon Fruit

 Assallamualaikum dan jumpa kembali sahabat MP. Yep... MP kembali di tahun 2021 dan bila mana anda membaca "posting" ni bermakna a...