Powered By Blogger

1/06/2016

MP DALAM SEBUAH PERJALANAN

Assallamualaikum dan selamat malam semua. Alhamdullilah, akhirnya laptop MP da ok. Yeahhh, alhamdullilah la kan, susah tau nak buat kerja bila semuanya terbantut dek masalah laptop yang buat onar. Apa boleh buat MP bukannya tau sangat bab repair2 ni. 

Terima kasih pada sahabat2 yang masih sudi menjengah laman DUNIA PENA. Insyaallah, MP akan update ilmu2 yang boleh kita manfaatkan bersama yep. 

Namun untuk malam ni, MP nak lari sikit dari sharing info2 boleh kan :) , hehehe. 

Kali ni MP nak share beberapa kenangan2 yang hampir terlepas untuk MP simpan di DUNIA PENA. Kadangkala kesibukan menjadikan MP asyik tertangguh berceloteh di sini. Tapi, walau sesibuk apa sekali pun. MP sering mencari kesempatan untuk mencelah masuk. Sebenarnya tengah fikir2 jugak la kan, dari mana MP nak bercerita. Ahahaha...tu la lama sangat tak update, lupa apa yang nak dikongsi. banyak kot.

Ok la..mari kita tengok..hehe


Ni masa kecik, dalam umur 6 tahun macam tu la kot...hehe. 

Hermm...mula dari sini je la. Seorang budak comot...kasar dan lasak. Namun punya juga ciri2 ayu-kayu gitu...haha. 

Bawah ni, pic da besar sikit. Masa ni derjah 6. Kalau tak silap..baru lepas habis exam UPSR ni, ready menunngu giliran nak naik bas nak pergi lawatan sekolah. Ye la kan, da penat perah otak berperang dengan paper so turn rest la pulak sebelum bercuti panjang menunggu tahun baru.

Kenagan lama sering menimbulkan kelucuan kan. Biasa la muka budak-budak.

Korang pun mesti sama gak kan... :P


Ok, yang ni pulak masa tingkatan 3. Memang tengah kemuncak akif bersukan la ni. Pelari jarak jauh dan sampai sekarang masih berlari tapi dah kurang la dengan event larian. Penat, dah rasa berat tulang belulang la...hehe.

 Tapi bila tengok kawan2 duk join event larian. Rindu pulak. Ni pic 2009 kalau tak silap.

Kalau budak-budak sekarang, derjah 6 tu da bermekap bagai kan. Ini la bezanya orang-orang dulu dengan budak-budak sekarang, cehhhh...macam la tua sangat.

Hahahaha... MP.....MP..

Apa lagi...tu next pic la...tuh yang duk berdiri tegak. Bukan kena denda la, dapat medal tuh..

Pasukan rumah hijau always berikan persaingan yang sengit pada pasukan lain. Hehe..seronok juga kan, femesssss gituhhh pi mana2 cikgu kenal..

Amboi...bukan main lagi kan...ahaha. Jangan mengutuk...kah2

Bab kasut tak payah cakap la...asyik tertanggal tapak je..habis ganas sangat. Hahaha..apa yang best jumpa boys hensem2 bila training..haha.




Ok next, next....hehehe

Haa.... tuh, bawah tu. Time khusus untuk persediaan exam SPM 2011. 

Masa ni...sukan2 da slow da, bukan pancen tapi fokus pada exam SPM la pulak kan. Tapi tak aktif sukan kita aktif berpidato, syarahan, sajak, syair, menulis cerpen dan bukak mata dengan dunia blog pulak.

Sempat jugak persiapkan diri dengan seni pertahankan diri ( tekwando) meskipun separuh jalan. Tak pernah mengecewakan, alhamdullilah.


Ni masa tingkatan 6, happy betul. Hampir final year da pun. Bila habis tingkatan 6 masing2 mulai ikut haluan sendiri namun masih saling bertanya khabar hingga ke hari ini. Alhamdullilah la kan.. Kenangan yang takkan kembali, semoga ikatan persahabatan kekal ke akhir hayat.

Damai sungguh berada di tepi pantai, suka MP dengan pantai. Anginnya..bunyi ombak yang mehempas gigi pantai. 

Tergiang-ngiang pulak di telinga...


Ok, yang berbaju merah itu MP. Hari akhir kerja...bersempena pulak dengan sambutan hari raya. Aishhh... bila menjadi pandangan mata-mata sekeliling risau pula. Yea la kan....comel kot. Hahaha, perasan...takde la gurau je. Mana la tertarik menariknya..tapi kan time ni memang MP sangat la bersifat profesional. Kerja ofis kan, kalau kira MP ni bukan jenis yang berfesyen tapi memandangkan kerja di sebuah syarikat besar. Faham-faham la yea... tak boleh tunjuk perangai kasar-kasar..ahaha.

Pengalaman indah ketika bersama mereka. Begitu banyak pengalaman baru MP dapat.

NEXT...NEXT...




Bila da habis zaman sekolah. Merasa zaman kerja seketika dan kini kena move on lagi. Melangkah la MP ke zaman universiti pulak. Jejak menara gading la orang cakap.

 Dalam susah payah berusaha, alhamdullilah hasrat hati ini menyambung pelajaran dan tunaikan keinginan ayah dan ibu tercapai juga.

 Mereka ini adalah kawan-kawan baru MP di sini, namun sahabat lama masih dalamhati. Ketika ini, kami dalam satu kem pendidikan luar. Kumpulan yang best.

Kenangan paling best saat ni. Mulai detik itu jugak, MP teringat kembali mana diri MP yang aktif dulu..so start aktif balik dengan dunia outdoor. Thank pengalaman,sebab sedarkan MP.


Ni geng MP yang always ada di belakang. Walaupunkami datang dari latar belakang yang berbeza tapi semangat geng tetap utuh. Alhamdullilah. 

Mana MP? Nak tahu kea...hehe

Ada je kat barisan teguh berdiri ha...hehe. Berseluar merah tu,dua dari kiri tu la MP. 

Gambar bawah ni adalah mahasiswa dan mahasiswi dari course psikologi sukan. Dari program MP, fakulti sains sukan &kejurulatihan. Batch Zircon.. MP di barisan paling belakang tujuh dari kiri.

Rasanya da banyak kan MP bercerita malam ni, kalau mahu di tunjuk memang takkan habis apatah lagi kalau nak diceritakan satu persatu.


Perjalanan akan diteruskan lagi. Insyaallah, jumpa MP di lain waktu yea.

Assallamualaikum, dan selamat malam sahabat MP semua. Semoga malam anda tenang dan mendamaikan.

BYE...

PERBEZAAN WARNA BUAH DAN KHASIAT NYA #Part 1 : Buah Naga @ Dragon Fruit

 Assallamualaikum dan jumpa kembali sahabat MP. Yep... MP kembali di tahun 2021 dan bila mana anda membaca "posting" ni bermakna a...