Assalamualaikum semua sahabat MP yang baik hati.:) Sedang buat apa tu yea agaknya, oh yea. Beberapa
hari tak update apa-apa rasa janggal pulak tapi masa yang terluang walaupun singkat tetap jugak MP singgah. Beberapa hari sibuk dengan study list sampai tak berkesempatan nak bukak citer baru kat sini, so bila sempat bukak MP just blogwalking jea kat laman blog blogger lain.
Hari ni MP ada ujian kat sekolah, yea la sebagai pelajar sem akhir STPM 2013 memang agak terkejar-kejar jugak la. Ujian hari ni alhamdullilah, MP dapat buat dengan suksesnya. Rasa berbaloi pulak bersengkam mata dan berjaga malam untuk study. Benarlah apa yang orang cakap kalau seseorang manusia itu berusaha dan berjaya melakukannya dengan cemerlang itu semua adalah tandanya usahanya membuahkan hasil dan berbaloi. Insyaallah, jika dimakbulkan hajat dan impian tahun hadapan pasti MP akan tetap menjejakkan kaki ke menara gading. Amin...
Doakan MP yea.. sahabat yang manis dan hansem yang duk baca entry MP nie.
Apa-apa hal pun, dalam kita berusaha jangan lupa kita bermunajat kepada allah s.w.t, kekasih yang utama agar apa yang kita kerjakan sehar-hari membuahkan hasil dan mampu di tuai dengan nilai yang tinggi bila tiba masanya. Berkat doa dari ayah dan ibu juga penting, semua itu adalah tulang belulang di sebalik kejayaan seorang anak. Haa.... betul tak apa MP cakap, yea la.. Tak guna jika kita seorang yang bijak pandai tapi akhlak dengan ayah ibu sebaliknya. Wallahualam.
Nampaknya setakat ni saja la dulu wadah bicara MP untuk kali nie, ada urusan yang perlu di laksanakan nanti kalau ada masa MP singgah sini lagi dengan giveawey dah wadah santapan kerohanian serta minda yang bermanfaat lagi ok. Sekian, wassalam.
Dunia hanya sebagai persingahan dan persingahan ini sesungguhnya memberikan makna yang mendalam. Dari sekeping gambar terdapat rahsia di sebaliknya dengan penulisan di dunia pena.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
PERBEZAAN WARNA BUAH DAN KHASIAT NYA #Part 1 : Buah Naga @ Dragon Fruit
Assallamualaikum dan jumpa kembali sahabat MP. Yep... MP kembali di tahun 2021 dan bila mana anda membaca "posting" ni bermakna a...

-
Assallamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdullilah, kali ni MP muncul dengan artikel yang menarik untuk di baca. Tidak mahu membazir waktu...
-
"Datin Maimun! Yea, aku mesti cari tahu siapa sebenarnya datin Maimun ni kenapa dia asyik nak cari tau jea siapa aku. Memang tak boleh ...
-
Salam bersua kembali.... Tengah kemas-kemas folder ni tertiba je tertengok pic ni. Pejam celik pejam celik dah masuk empat tahun pun ...
3 ulasan:
semoga segalanya dipermudahkan dilancarkan oleh Allah buat MP yer...
Ye la. MP akan berjaya nanti. Caiyok2....
Terima kasih, amin... MP doakan semua sahabat MP juga akan dirahmati allah selalu, amin. :D
Catat Ulasan