Jika dahulu disaat kita masih lagi bergelar anak kecil, segalanya tak mungkin kita biarkan masa mencuri ruang kegembiraan di wajah. Namun setelah usia meningkat dan kedewasaan menjadi bahagian hidup, segalanya kita biarkan masa menentukan. Begitukah? Andai saja kita mampu menongkah arus kembali kemasa silam mahukah kita terus disana atau benar-benar meninggalkan segalanya sepertimana keadaan yang sedang kita tinggalkan disini? disaat kesibukan melanda diri.
Ya, mungkin bicara ini hanyalah bicara seorang insan yang masih keanak-anakan dan mungkin juga bicara ini hanya satu bualan yang membosankan. Namun, sedar atau tidak usia itu benar-benar akan mematangkan hanya masa yang menentukan sama ada ianya di kelewatan atau di awalan.

Segalanya bermula pada saat ini, jika usaha yang sedang kita lakukan ini adalah untuk mencari kebahagian di dunia maka yang di dapati hanyalah bahagia yang sementara. Namun seandainya kewarasan masih mencelikkan minda, kita pasti tidak akan sesekali menyesal jika sedikit ke kesusahan di awalannya namun kebahagian di dunia dan akhirat masih utuh bersama.
Sesungguhnya, kebahagian itu bonus kepada kehidupan seseorang insan. Kejarlah kebahagian yang utama dari kekasih yang setia yakni allah s.w.t kerana di penghujungnya pastikan di anugerahkan makhluk ciptaannya di dunia yang setia.
Wassalam.
6 ulasan:
Walau sesempit mana kehidupan kita, seteruk mana perjalanannya, pasti wujud kebahagiaan yang kadang kala tidak pernah kita sedari.
moga bahagia itu jadi milik kita
Insyaallah, pasti bahagia di penghujungnya. Smoga rahmat allah dn bahagia buat smua :)
semoga bahagia di dunia dan diakhirat. Aminnn..
bahagia dunia bahagia sementara. yes betul tu :)
Betul tu MP. =)
Catat Ulasan