Powered By Blogger

2/16/2013

Cinta Terakhir

Salam bertemu kembali... kenangan yang datang mengusik tiba-tiba menjadikan aku terpesona sebentar manakan tidaknya bila saja otak ini memutarkan kembali kenangan itu mulai lah hati merasa rindu. Aku selalu mengulang lagu ini apabila sunyi kerana hati ini ingin mengatakan aku rindu padanya.

Sebagai manusia biasa kita semua tidak akan terlepas dari perasaan rindu. Sesungguhnya aku merindui seorang teman dan kekasih iaitu seorang sahabat yang begitu banyak memberikan semangat dan nasihat selama dia masih hidup dahulu. Namun cinta aku dan perasaan kasih pada temanku ini mungkin tidak mencukupi seperti mana cinta dan kasih sayangnya pada ilahi dan aku tahu allah juga lebih menyayangi dia melebihi aku mengasihinya. Aku redha :)

Amir seorang yang baik hati dan jiwanya dipenuhi dengan nilai seorang pemuda islam. Aku bersyukur meskipun wajah yang kacak itu lebih pantas di panggil anak orang putih tapi dia lebih memilih menjadi seorang pemuda melayu sejati... itulah katanya yang masih aku ingat.

Mamanya berbangsa potugis dan ayahnya anak jati malaysia dan beragama islam, itulah yang di namakan jodoh meskipun bumi malaysia terlalu jauh nun di seberang sini namun kalau dah takdir tetap juga bertemu. Ye tak... Aku bangga kerana mengenali mereka semua. Pakcik Amran memang seorang muslim yang bijak membhagikan keperluan dunia dan saham akhirat sana.

Ya aku bangga sekali... :)

Walaupun amir dilahirkan di malaysia namun bumi kelahiran mamanya tak mungkin dapat dijauhi. Mak cik Maria memang seorang wanita yang tabah... penghijrah yang berani dan ikhlas.

Dan aku dikala pertemuan itu masih lagi seorang gadis yang terlalu asing dengan liku-liku kehidupan. Mungkin... :)

Kalau lah masih kamu ada pasti aku banggakan pada semua :(

Terima kasih  Tengku Amirzan Bin Tengku Amran. Doa saya untuk awak semoga bahagia di sana kerana saya tahu cinta terakhir awak adalah mencintai pemberi cinta suci, Allah s.w.t. :)

Tiada ulasan:

PERBEZAAN WARNA BUAH DAN KHASIAT NYA #Part 1 : Buah Naga @ Dragon Fruit

 Assallamualaikum dan jumpa kembali sahabat MP. Yep... MP kembali di tahun 2021 dan bila mana anda membaca "posting" ni bermakna a...