Powered By Blogger

2/04/2013

Pakcik Cool_ Gadis Manis ( Bicara )

  Salam senyum pada semua.. meskipun begitu bnayak halangan dan ujian yang datang melanda diri kita jangan sesekali kita tunduk mengalah. Bak kata pujangga "Setelah hati miliki cinta usahlah biarkan kecewa menyakitkan jiwa". Walau apa pun masalah yang datang senyum sentiasa jangan biarkan hati merasa luka dek kerana dunia.

Aku tak mampu untuk mengatakan yang kita semua akan lepas dari sebarang ujian tapi kita boleh jadikan ujian yang kita hadapi itu sebagai suatu yang mematangkan diri kita sendiri.Usah terlalu berduka dengan apa yang terjadi. Katakan saja aku manusia berjaya! ya manusia yang berjaya kerana diri kita telah berjaya merasai kenikmatan hidup di sebalik seribu halangan.

Kadang-kadang hati merasa sedih!

Kenapa nak biarkan hati itu sedih. Jangan terlalu manja dengan kesedihan. Ya memang tak selamanya kita akan merasai nikmat kegembiraan ada kalanya kita akan dihampiri oleh kesedihan yang berpanjangan tapi seperti yang biasa kita dengar jika anda pernah melihat satu babak cerita .

Gadis manis: Pakcik! tengok tu kesian dekat perempuan tu kan sebab kurang waras. Mesti dia tak dapat nak melalui ujian yang begitu berat bagi dia kan.

Pakcik Cool: Pakcik tak kesian kat dia sebab dia sendiri yang menjadiakan dirinya macam tu!

Gadis manis: Tapi pakcik semua tu terjadi sebab dia tak mampu nak menanggung kesedihan dan masalah yang dihadapinya kan?

Pakcik Cool: Kamu silap sekali. Manusia dikurniakan akal untuk berfikir bila hati mempunyai masalah yang tak tertanggung rasanya perkara pertama yang perlu dia buat adalah mengingati penciptanya. Kembali pada al-quran dan sunnah. Biarkan hati bersimpuh pada yang esa bukan merajakan hati yang terguris dek kerana dunia.

Gadis manis: habis ianya salah perempuan tu sendiri la ye?

Pakcik Cool: Ya... Akhirnya kamu faham. Bagaimana dengan hati kamu sendiri?

Gadis Manis: Hati ini merasa syukur kerana tidak membawa diri ke dunia fantasi. Merosakkan akal dan membunuh hati pemberian allah ini. Terima Kasih Pakcik.

Pakcik Cool: Terima Kasih pada yang esa kerana kita masih lagi diberikan panduan.

               THE END...................@_@


So macam mana? betul kan apa yang di katakan oleh pakcik tadi kan. Hati itu terlalu mudah terusik dan mudah juga berubah hanya kerana sedikit maslah yang medatang. Kalau lah kita semua berada di zaman rasullulah dan sahabat baginda, apakah hati ini masih lagi mampu berpegang dan bertahan demi agama. usahkan dikata untuk membayangkan berada di zaman itu. Lihat saja di mana kita berada sekarang. Terlalu besar ujiannya kan.

Jadi usahlah membuai hati yang kesedihan itu. Bangkit kembali!! Kita semua mampu. Ya mampu menjadikan hati ini selembut salju dan seindah mutiara di laut tanpa biarkan ianya di sentuh sebarangan.


     @_@ SEMOGA KITA BERADA DALAM RAHMATNYA, AMIN.

1 ulasan:

Mustika Pena berkata...

Jangan sentiasa bersedih kerana orang yang gagal adalah orang yang tak mampu untuk mengawal emosinya. :)

PERBEZAAN WARNA BUAH DAN KHASIAT NYA #Part 1 : Buah Naga @ Dragon Fruit

 Assallamualaikum dan jumpa kembali sahabat MP. Yep... MP kembali di tahun 2021 dan bila mana anda membaca "posting" ni bermakna a...