Powered By Blogger

3/11/2013

Kota Lama Duyong, pusat perkembangan Islam Terengganu



Assalamualaikum dan salam bahagia semua. Kali ni selepas agak lama aku tidak mencatat pada lembaran ini maka dengan segala bersuka rianya aku ingin mengkongsikan perjalanan aku menjelajah negeri yang kau naung ini. Terengganu bukanlah suatu yang asing pada pengertahuan luar , tidak kiralah di dalam Malaysia sendiri mahupun luar negara.

Aku tidak teragak-agak untuk mewarwakan pengalaman aku ini kerana memangnya Terengganu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Ok,aku bicarakan pada pokok pangkal isinya sajalah. Tahun ini merupakan tahun akhir aku berada di tingkatan 6 so sebagai budak tahun akhir aku digalaskan dengan tugasan yang turut menentukan kepada keputusan akhir aku dalam exam nanti. Satu kajian yang berkaitan sejarah menjadi tugasan penting buat kami , bagi aku ianya suatu yang menyeronokkan dan aa lagi aku pun memilih lokasi kajian dan apa yang ingin dikaji. Aku telah memilih Kota Lama Duyong sebagai artikal yang akan aku karang pada penghujung kajian aku dan akan dihantar pada bulan empat nanti.

Apa yang aku ingin cerita ialah kesenian yang terdapat pada Kota Lama Duyong ini. Bentuknya sangat unik dan sungguh menarik sekali. Kota Lama Duyong ini terletak di Pulau Duyong Kecil, Terengganu. Kawasan ini juga merupakan tempat pertandingan monsun cup yang memperkembangankan lagi kemajuan negeri Terengganu sendiri.

. Ciri-ciri Kota Lama Duyong ialah mempunyai 9 buah bumbung yang menutupi beberapa bahagian yang bersambung dengan dapur, bilik mandi, sorong(anjung), beranda, tangga dan titian. Reka bentuknya mirip Istana Kecil Raja Melayu tetapi diperkayakan dengan memasukkan unsur-unsur seni bina asing seperti Corinthian atau Mesir. Tiang dan dinding batunya pula memperlihatkan Bentuk rumah tradisional Melayu Terengganu,iaitu Bujang Berepeleh , Lima Bungkas dan Potong Belanda dengan ukiran sobek di keliling Beranda.

Apa yang menarik juga bagi aku, seni ukirnya begitu halus dan teliti. Memang memaparkan kecantikan pertukangan orang melayu serta menjadikan ianya suatu yang tidak sia-sia untuk di kaji.

Kota lama Duyong ini sangat istimewa, kalau korang nak tau struktur Kota Lama Duyong ini diperbuat dari putih telur dan madu tau. Ianya bahan yang wajib.

 Terdapat dua bilik kat dalam rumah ni. Keadaannya agak menyeramkan dan unsang mungkin kerana agak kurang terjaga. Namun tetap bersih. 

Itu yang penting Mustika. :)

Selain dari tu yang aku dapat perhatikan terdapat kolah yang menakungkan air untuk tujuan membasuh kaki dan mengambil wuduk. Di atas rumah juga terdapat perigi....

Dalam woooo..... Jangan terjun tak selamat!

 Kalau nak dihuraikan memang banyak la... oleh itu aku menyarankan kalian semua datang la sendiri tengok keindahan yang ada padanya. Disamping kita mengenali tokoh yang mengembangkan agama Islam di negeri ini.

So apa lagi... jom!





1 ulasan:

Mustika Pena berkata...

Apa yang pasti banyak pengalaman baru dan memori yang takkan dapat di lupakan. Datanglah sendiri dan rasai pengalam yang manis ini.

PERBEZAAN WARNA BUAH DAN KHASIAT NYA #Part 1 : Buah Naga @ Dragon Fruit

 Assallamualaikum dan jumpa kembali sahabat MP. Yep... MP kembali di tahun 2021 dan bila mana anda membaca "posting" ni bermakna a...