Powered By Blogger

2/05/2013

Bagaikan Coklat Cinta


 Salam bersua kembali....  Tengah kemas-kemas folder ni tertiba je tertengok pic ni. Pejam celik pejam celik dah masuk empat tahun pun anak buah aku ni. Sejuk je mata memandang kan bila tengok gambar budak kecil kan. Sesiapa pun pasti terasa damai bila tengok gambar or something yang mengingat kita dengan seseorang tu kan. Bagi aku setiap apa yang aku paparkan adalah kenangan indah buat ku dan ada kisahnya tersendiri.

What do you thing bout your life? It something beutiful or not?

Bagaikan coklat cinta kan. :)

Apa yang paling penting dalam hidup ni kita mesti sentiasa bersemangat dalam melakukan apa pun jua tak kira lah di mana kita berada.
Bahagia itu seperti warna, tumbuh dalam segala hati dan mata terus membuka perspektif kehidupan, taman direndangi bebunga peribadi, hayat menjadi senja dan pelangi takkan pernah terpadam selagi bahagia itu milik kita. Jangan jadi seperti hikayat yang pernah dikarang berkisah mungkinkah pelangi selepas hujan.



Aku kongsikan satu doa yang seringku amalkan untuk kita semua bersama

"Ya allah ya tuhanku,ku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, yang tidak boleh ditembusi oleh orang yang baik dan yang jahat, dari kejahatan semua makhluk, dari kejahatan semua yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan semua yang tumbuh di dalam bumi dan yang keluar daripadanya, dari kejahatan fitnah yang berlaku di waktu malam dan siang dan dari kejahatan yang datang (pada waktu malam) kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.

Always thing positif ok, everything will be ok. Get your own word for your happy ending.

Ohh ye,sebelum aku lupa apa yang aku terapkan dalam hati adalah IKHLAS. Penting tau sebab orang menyayangi dan mengcintai juga bermula dengan ikhlas. Ikhlas untuk menerima kita seadanya.


Ikhlas  memang sangat mudah untuk diucapkan tapi sangat sukar untuk dilalui. Kerana itu, ia memerlukan satu proses yang panjang sehingga dapat membimbing kita pada sebuah keikhlasan.

Ketika cinta terhalang dengan restu orang tua, ketidakmampuan dan ketika harus menerima kenyataan orang yang di sayangi berkahwin dengan orang lain. Ketika rancangan hanya tinggal sebuah rancangan yang tidak akan wujud, maka adalah tidak mudah untuk menerima kenyataan itu, bahkan mungkin sangat sukar untuk kita menerimanya. Hari demi hari dilalui dengan air mata dan kesedihan.

Di kesunyian dan keheningan malam, kita menangis di hadapanNYA bukan untuk menyesali apa yang terjadi, tetapi menyesal kenapa kita belum dapat menjadi hambaNYA yang ikhlas menerima kenyataan ini.
Tetapi itulah hidup. Adakalanya kita harus mengalami sesuatu yang pahit. Apa-apa pun yang terjadi itulah yang terbaik buat kita meskipun kita sedih, kecewa dan merasa tidak adil.

Kita hanya berusaha untuk redha dengan semua ketentuan yang telah digariskan oleh ALLAH. Menerima apa-apa pun yang terjadi bukan bererti tidak berusaha untuk meraih sesuatu yang lebih baik. Tetapi berusaha untuk ikhlas dan menyerahkan semua ini kepadaNYA.

Ini akan menenangkan hati yang gelisah. Kerana disebalik kejadian ini pasti ada hikmahnya dan Insyaallah ia akan membimbing kita untuk menjadi seseorang yang kuat, sabar dan ikhlas dalam menjalani hidup.

Ketika kita ikhlas dan bersyukur dengan semua yang diberikan, Allah akan memberikan ketenangan yang luar biasa pada hati kita. Sesungguhnya sesudah kesulitan pasti ada kemudahan dan DIA akan memberikan jalan yang terbaik. Yakinlah bahawa rencana Allah itu lebih baik.

Buat sahabat yang sedang bersedih, kuatkanlah semangat, kerana Allah sayang kepada hambaNYA yang kuat dalam menjalani ujian dariNYA. Kerana sebenarnya begitu banyak anugerah dan nikmat yang diberikan olehNYA yang harus kita syukuri.

Selalulah berprasangka baik kepadaNYA dan bersyukur Allah masih memberikan ujian kepada kita. Itu bererti kita termasuk dari kalangan orang-orang yang masih diperhatikan olehNYA. Allah selalu memberikan sesuatu yang kita perlukan, bukan sesuatu yang kita inginkan. Oleh itu, DIA lebih tahu mana yang terbaik buat hambaNYA.

Ikhlas, sabar dan bersyukur adalah 3 kunci kehidupan. Tidak mudah tetapi sangat sukar. Tetapi tiada yang tidak mungkin jika kita mahu berusaha dan mencuba untuk menjalaninya dalam kehidupan kita.

Terima Kasih Ya ALLAH untuk kasih sayang, kekuatan dan semua yang sudah Engkau berikan kepada kami. Berikan petunjuk dan bimbinganMu kepada kami seperti yang telah Engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang Engkau sayangi. 
Izinkanlah kami untuk untuk lebih dekat dan mencintai



Tiada ulasan:

PERBEZAAN WARNA BUAH DAN KHASIAT NYA #Part 1 : Buah Naga @ Dragon Fruit

 Assallamualaikum dan jumpa kembali sahabat MP. Yep... MP kembali di tahun 2021 dan bila mana anda membaca "posting" ni bermakna a...