Bila sebuah pertemuan menjadi penghubung ukhwah terasa damai yang tersangat indah. Meskipun hanya mengenali secara dunia maya dan berbicara di atas kertas di petik jari dengan papan kekunci,segalanya takkan mungkin menjauhkan dan membinasakan sebuah perkenalan.
Hari ini aku merasa sedikit gembira dan senang dengan kebahagian dari sebuah ukhwah yang mulai terjalin,kadangkala lebih baik mengenali dari sebuah medan penghubung tercanggih seperti ini sekurang-kurangnya kita tidaklah perlu bimbang tentang apa-apa yang menyakitkan andai ianya terputus betul tak...hehhehhe. Ya, bagi aku ada keindahan untuk sebuah perkenalan yang bermula dari laman2 sosial or dari dunia blog sendiri.
Bermulanya aku di dunia blogger ni jugak disebabkan oleh cadangan dari seorang kawan lama... ya sememangnya aku berterima kasih kepda dia sebab membawa aku ke dunia ini. Sememangnya sebagai seorang yng meminati dunia blogger kekadang aku hanya menjadi pembaca kepada penulis-penulis yang terlebih dulu melibatkan diri dalam bidang ini. Namun aku yakin dengan kedatangan aku ke dunia blogger ni sekaligus mendekatkan aku dengan ilmu pengertahun sama ada secara detail or biasa-biasa saja.
Biasalah adab orang baru,seperti sebuah pantun yang sentiasa diperdengarkan dari mulut ke mulut sama ada dari warga tua or muda katanya : Buah cempedak di luar pagar,ambil galah tolong jolokkan,saya budak baru belajar,kalau salah tolong betulkan eikkkk... hehhehhehehe.
Dia merupakan seorang sahabat yang turut datang dari dunia blogger,dan aku hanya pertemuan satu masa yang membawa ke ukhwah. Alhamdullilah,entrenya banyak yang memberikan manfaat dan pengertahuan buat aku.Terima kasih yang tak terhingga atas kesudian perkongsiannya ya. Biarpun hanya aku yang tahu..tapi sesunggunhya allah terlebih menertahuinya.
Berkisah tajuk yang terang2 duk terconggok kat atas tu sebenarnya tangan ini merasa agak kaku untuk menaip setiap patah perkataan bukan kerana apa,cuma tak sejajar dengan apa yang di nyatakan.
Bagi aku,"kau " membawa erti akan adanya dia di sisi sebagai pembakar semangat... ni bukan melibatkan cik abe ko apo ko.... jangn salah faham ye. "Yang selalu ada" pula aku rasakan di sini ialah sentiasa....tak pernah mugkir akan kewujudannya.... macam kata orang terengganu, ado sokmo...hhehhehhe. Dan akhir sekali ialah gambungan semuannya menjadi satu makna "kewujudan seseorang yang selalu je ada sebagai pembakar semangat kepada orang lain".
Bagi diri ini,seseorang yang menjadi tulang belakang dan pembakar semangat sangat penting terutama dan sebuah persahabatan. Oleh kerana itu juga, semoga ukhwah yang terjalin diharapnya akan terus berkekalan sehingga akhir hayat blog ni...hehhehhe, eik tersalah.... hingga akhir hayat...
Ok lah,sampai setakat ni sajalah bicara aku ye...
Senyum and ikhlas sentiasa,semoga kehidupanmu sentiasa diberkati allah....wazapppppppp :)
Dunia hanya sebagai persingahan dan persingahan ini sesungguhnya memberikan makna yang mendalam. Dari sekeping gambar terdapat rahsia di sebaliknya dengan penulisan di dunia pena.
10/11/2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
PERBEZAAN WARNA BUAH DAN KHASIAT NYA #Part 1 : Buah Naga @ Dragon Fruit
Assallamualaikum dan jumpa kembali sahabat MP. Yep... MP kembali di tahun 2021 dan bila mana anda membaca "posting" ni bermakna a...
-
Sajak merdeka..............,for my friend,teacher and my lovely school pada 12hb September 2011 pukul 12.14 pagi Awam Rakan-rakan...
-
Salam sejahtera semua...entry aku kali ni lebih menjurus kepada gambar ni. Kebelakangan ni kita semua dapat tengoklah...kebanyakka...
-
Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com bermula dari hari ini, 2/9/2013, jam 5.00 petang SEHINGGA 9/9/2013, jam 5.00 petang ... Semua b...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan