Powered By Blogger

11/15/2012

Kuala Lumpur


Alhamdullilah,syukur kepada allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya dan kasih sayangnya aku berjaya menjejakkan kaki ke kuala lumpur dan berada di sini saat ini.Hurmm,kuala lumpur engkau adalah bandar impian warga dari segenap pelosok bandar ataupun desa. Namun bagi aku dan mungkin jugak sebahagian dari yang lain,engkau bukan lah bandar pilihan kami. Tapi saat ini aku merasa kehadiran ku ke sini adalah suatu keperluan dan permintaan. Kuala Lumpur engkau memberikan aku seribu kenangan. Engkau bagaikan suatu sumpuhan yang tak dapat aku menjauh. Kenapa? dan apa yang menjadikan seperti itu.... : /

Biarlah aku lakarkan di sini tentang aku dan engkau wahai bandar metropolitan.

 Di sini aku mengenal akan erti kehidupan. Ya erti kehidupan,yang merubah begitu banyak tentang aku. Aku bukan seorang yang dilahirkan di kota besar namun kehidupan aku dipenuhi dan begitu banyak dikaitkan dengan kota ini. Di sini kehidupannya jauh berbeza dengan kehidupan kampung, di kota besar ini begitu banyak kekurangan dalam kelebihan. Rasa hormat dan integriti masyarakatnya begitu rendah. Dan sebahagian besar masyarakatnya salasilahnya berasal dari bandar -bandar kecil bahkan dari kampung yang nun jauh dari kemajuan. Insan dikurniakan akal berbeza bahkan jauh sekali beza fikirannya dengan hidupan tak berakal yakni haiwan yang punya otak tapi tidak punya akal. Pelbagai cara dan situasi melanda insan di kota besar sebegini.

 Sambungan bicaraku kembali. Hakikatnya aku tidak mampu berada jauh dari kota ini bahkan tak mampu di lenyapkan sama sekali kenangan-kenangan itu. Biar aku terus bicarakan apa yang sebenarnya. Di sini aku mengenal perbagai kerenah insan lain yang selama ini tak pernah aku bayangkan akan terlibat dengan mereka sama sekali. Di kota ini kekayaan menjadi ukuran dan di atas kekayaan itu terletaknya pangkat dan taraf kemampuan. Apakah seseorang itu mampu menjadi sebahagian insan lain yang punya kemampuan itu dengan hanya berpandukan kejujuran dan nilia murni?  Di kota ini jugak aku belajar akan erti kepercayaan,kejujuran dan keikhlasan yang menjadi prinsip aku dalam menilai seorang insan lain punya kualiti sebagai seorang hamba allah.

Tidak sama sekali aku bersangkal bahawa semua insan yang punya pangkat dan kekayaan itu sebahagian dari insan yang berjalan mendongak kelangit dan malu menunduk ke bumi, bukan juga aku mengatakan maksudku bahawa antara nilai itu aku punya yang terbaik. Bicaraku hanyalah untuk membicarakan rasa hati aku mengenai kenangan dan pengalaman hidupku.

Tidak semuanya manis seperti gula dan tidak semuanya masam seperti cuka. Kehidupan di kota ini mencabar keimanan seorang hamba untuk memantapkan kekuatan rohaninya. Kesabaran tonggak kemenangan dan niat penentu kehidupan seorang insan di kota besar ini.

Dan tidak semuanya keburukan yang menghiasi kehidupan. Dalam kenangan yang menyakitkan aku punya kenangan manis yang lebih bermakna dan lebih mematangkan aku. Di sini juga kewujudan insan yang jujur dan berakhlak unggul itu tetap ada cuma ianya seolah tengelam dalam kesesakan insan yang jauh dari landasan. Dunia memberikan pelbagai keadaan.

Apa yang menjadi mutlak adalah Kuala Lumpur,engkau bandar pilihan masyarakat  dan menjadi pembuka cerita kepada manusia.

Dan aku akan tetap melakar dan melakar kisah ku di kota ini
                                                   Siti Khatijah Binti Mat Hussin (Mustika Pena)

Tiada ulasan:

PERBEZAAN WARNA BUAH DAN KHASIAT NYA #Part 1 : Buah Naga @ Dragon Fruit

 Assallamualaikum dan jumpa kembali sahabat MP. Yep... MP kembali di tahun 2021 dan bila mana anda membaca "posting" ni bermakna a...