Powered By Blogger

8/15/2013

Aidulfitri Asy- Syahid bukti Iman

Assalamualaikum.... sahabat MP semua. Wah!! mentang-mentang dah raya semuanya pakat tukar gambar profil masing-masing. Cantik... MP seronok sangat tengok semua orang senyum dan happy jea.  Apa yang MP nak cakap dalam kita bersenang lenang dan gembira sakang .. jangan lah kita lupa dengan insan-insan seagama dan seakidah dengan kita kat luar negara sana. Allah huakhbar.... meskipun mereka dalam musibah dan dugaan melanda, rasa syukur tidak lepas dari hati insan-insan ini.

Dalam kita tidak sabar menunggu hari raya bakal tiba... mereka pula tak sabar untuk mati sebagai ahli yang dijanjikan syurga dengan memperjuangankan agama allah dan menjadi ahli yang mati syahid. Allah azzawajalla... sesungguhnya tempatkanlah saudara kami di kalangan syahidan yang diterima mu ya rabb... sesungguhnya rasa cinta dan kasih mereka memperjuangankan agama mu dan sanggup mengantikan nyawa mereka telah membuktikan betapa ikhlas dan kasihnya mereka kepada mu ya rabb, maka terimalah pengorbanan ini ya allah.

Sahabat!! meskipun kita mungkin tidak diduga dengan keadaan sedemikian... tapi usah kita leka dan merasa selesa. Jangan kita sesekali kita menyangka yang kita terlepas dari mata pengkhianat agama apatah lagi bangsa yang menanamkan benih-benih perosak bangsa dan agama!

Yea!! bunyinya seperti kasar tapi inilah hakikatnya! kita lupa yang diri kita semua ini adalah benih syurga... ciptaan terindah yang maha esa... kita leka dengan kemewahan dunia... kita terlupa matlamat dan tujuan asalnya. MP bukanlah yang terbaik cuma kadangkala kita perlu saling mengingatkan...  MP bukan menujukan pada sesiapa... tapi MP hanya meluahkan apa yang dirasa. Peringatan untuk MP sendiri dan untuk semua saudara seagama.

Kadangkala MP sendiri pun sukar nak bersuara... terlalu banyak lagha dunia. Terlalu sukar.. tapi MP tahu jika kita semua mahukan islam yang unggul. Muslimah sejati kita perlu berusaha. MP sendiri tak terlepas dari silap tapi MP tahu kalau kita ikhlas dalam agama, kalaupun kita banyak buat salah tapi jiwa kita yang nun jauh di dalam sana kasihkan agama kita Islam pasti allah akan permudahkan segalanya buat hambanya yang disayang. Kita ikhwan rasullulah yang disayang.... lagikan permintaan syaitan laknatulallah yang menginginkan masa hingga ke kiamat untuk menyesatkan ummat islam pun di kabulkan apatah lagi kita ikhwan yang di sayang.

Usah bimbang meskipun sukar kita berusaha menegakkan agama allah. Kerana sesungguhnya pengakhiran segalanya adalah manis. :)

Sahabat MP sekalian... siapa bilang kita lemah! kita semua ummat yang gagah... kita kesayangan rasullulah. Kita membenci perbuatan kejam kaum yahudi itu pahala buat kita meskipun dengan hanya menerbitkan rasa benci di hati. Maka dengan itu... usah bimbang... mari kita semua mulakan dengan membenci perbuatan mungkar amnya... jika kita tak mampu bertindak dengan anggota, mulakan dengan lidah.. jika masih tak mampu hati itu adalah selemah-lemah iman.

Sesungguhnya kita semua ikhwan yang dirindui rasullulah.  Allah huakhbar!!!

7/21/2013

Anak

Assalamualaikum.... salam ramadan sahabat MP semua. Bersempena dengan ramadan kali ni insyaallah perkongsian enrty sekian kali ini juga lebih menjurus kepada keindahan ramadan. Allah huakhbar.... kalau nak dikira banyaknya kelebihan dan fadhilat ramadan memang tak terhintung oleh kita sahabat MP sekalian.

Sahabat! cuba tengok balik tajuk kali ni... anak?

Ye anak.... :)

Sahabatku sekalian.... anak itu saham akhirat. Bertuah la bagi ibu bapa yang punya anak soleh dan solehah yang mendoakan kesejahteraan ibu bapanya, apatah lagi di bulan ramadan yang penuh keberkatan ini. Tapi bagaiman pula dengan anak-anak yang masih lagi tidak tersedar akan tangunjawab dan kelebihan mereka sebagai seorang anak.  Kelebihan seorang anak untuk menitipkan walaupun hanya bingkisan doa untuk ibu bapa tersayang. Allah huakhbar...sahabat... saban hari dan setiap saat hadiah yang satu ini dinantikan oleh seorang ibu yang banyak berjasa. Sahabat... setiap detik utusan yang satu ini didambakan oleh seorang ayah yang tidak pernah mengira penat lelahnya mencarikan anaknya sesuap makanan disuatu ketika dulu.

Apa yang didambakan hanya bingkisan doa dari anak untuk bekalannya. Pernah seorang ibu meminta duit berjuta sebagai balasan melahirkan anakanya? pernah seorang ayah meminta batu permata sebagai balasan lelahnya mencari rezeki menyara keluarganya? habis... sesukar apa untuk seorang anak untuk mendoakan ibu bapanya. Ya allah.. sungguh tak terbalas dengan duit berjuta dan batu permata dunia untuk dibayar pengorbanan hambamu yang ku kenali sebagai ayah dan ibu.

Sahabat! sesungguhya sebahagian dari kita sudah tidak punya ibu dan ayah, sebahagian yang lain pula masih punya tapi dalam sedar atau tidak pernahkah kita bertanya pada diri sedari diri ini berusia sehingga kini menginjak dewasa pernah atau tidak kita menghadiahkan hadiah indah ini untuk ibu dan ayah.

Hairan juga bila dilihat bilangan ibu dan ayah yang ditempatkan dirumah orang-orang tua. Tidak sedarkah anak-anak itu, bapamu menunggu kedatangan mu... tidak sedarkah setiap masa ibumu menangis kerana merinduimu... alangkah sombongnya anak itu. Tidak sedarkah dia juga akan menjadi si tua pabila masanya. Sahabat semua... tidak mustahil perbuatan itu akan terjadi pada diri pula kan.... allah huakhbar.... sayangilah keduanya dan doakan kesejahteraan untuknya, moga doa itu menjadi hadiah terindah dari seorang hamba yang bergelar anak.

Pernah juga MP mendengar bicara seorang petugas yang bekerja dirumah orang-orang tua. Katanya yang datang menghantar ibu-ibu tua... dan ayah-ayah tua ini bukanlah seorng yang miskin apatah lagi fakir, semuanya punya kereta mewah. Alasannya tak sempat nak uruskan ibu ayahnya... kerja banyak... sibuk lah kononnya... sedih, dijanji pula akan datang kembali mengambil ayah ibunya bila semua urusan selesai... Sahabat, ibu ayah ini mengerti kesibukan anaknya bahkan tak sekali pun hati orang tua ini menaruh rasa prangsangka buruk terhadap anaknya.

Hari berganti minggu... bulan berganti tahun tapi wajah anak itu tak juga kelihatan.... sedih kan. Ingatlah... walaupun sesusah apa kita, walau sesibuk apa kita sebagai seorang anak tugasmu baru saja bermula... sudah masanya ibu dan ayahmu merasa belaian kasih sayangmu sebagai seorang anak yang suatu ketika dahulu pernah dibelainya jugak... anak yang kecil itu telah besar, kekuatannya lebih tangkas dari seorang ibu tua... kudratnya lebih kuat berbanding ayah tua itu...jadi kitalah anak yang menjadi saham ibu bapa itu...

Kembali la menjadi anak yang dirindu itu yang dirinya pernah punya ciri-ciri permata syurga suatu masa ketika telapak kaki itu masih kecil. :)

Wassalam.

7/02/2013

Semut Hitam VS Keikhlasan

 

 "Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat"

Assalamualaikum dan salam bual bicara semua. Indah sungguh kata-kata di atas bukan... ia lah keikhlasan, suatu yang umum untuk dipertikaikan namun ianya penting dan amat berguna dalam hidup. Sahabat tahu tidak, keikhlasan bukan boleh di perkatakan dengan sesedap rasa dan semanis gula. Keikhlasan sentiasa di benarkan dengan tindakan seseorang individu tanpa melihat kepada balasan. 

Uhh!!! susah nak faham? pening dengan kata-kata MP. Jom baca lagi....

Begini maksub saya ialah keikhlasan takkan mudah kita ketahui jika hanya bermain pada kata tapi jika ditonjol dengan perbuatan maka itu dinamakan keikhlasan. MP bagi contoh yang mudah kita faham ok. Katakan saja yang hati telah dicuri oleh pencuri cinta, apa kalian yakin dia benar-benar seorang yang punya keikhlasan dan tahu menghargai cinta. Kita tidak pasti apatah lagi tahu apa benar rasa kecundang, bukanlah rintangan yang menggugat rasa keikhlasan nanti. 

Apa yang kita mampu lakukan. Jangan benci pada rasa indah itu sahabat, apatah lagi menidak akan kewujudan keikhlasan. Cuma ianya suatu yang sukar dilihat dan dikenalpasti akan kehadirannya. Jadi apa yang perlu dilakukan? Maka caranya hanyalah ikhlaskan juga lah hati kita baru lah kita mampu lihat apa ikhlas atau tidak seseorang yang lain. Allah maha mengertahui akan rasa pada hati makhluk ciptaannya. Mana mungkin dia akan mengecewakan harapan hambanya dalam mencari keikhlasan makhluk ciptaan hambanya yang lain juga. 

Jika sahabat merenung sebaik-baik pepatah di atas. Kita pasti akan lihat kebenaran mengenai perumpamaan semut hitam itu kan. Hehehehe, memang sukar dilihat dengan mata dunia namun jika dilihat pada mata jiwa kita akan jumpa.

Keikhlasan seorang penderma juga bukan hanya pada jumlah wang yang di dermakan namun pada riak dan perbuatannya. Adakalanya kita melihat seorang penderma kaya, jumlah wangnya banyak sekali namun hatinya hitam dan dikejarnya hanya publisiti murahan. Di suatu masa yang lain pula, seorang penderma yang tipis poketnya namun riaknya hanya gambarkan suatu rasa "terimalah pemberianku meskipun ianya sedikit, insyaallah mampu membantu sekadar keperluanmu".

Allah!! hati keikhlasan ini sukar dilihat pada hari ini dan ketika ini. Inya seperti bayang-bayang masih wujub tapi tidak bisa disentuh.

Apa kita ikhlas dan memberi sesuatu atau hanyalah mahukan orang lain mengenali kita atau bahkan juga hanya mahu manusia mengenal dialah manusia mulia. Tidak mahu kita dilihat oleh yang maha esa, inilah hamba ku yang mulia. Meskipun didunia manusia biasa tapi hatinya punya permata syurga.

Sahabat! keikhlasan sukar dilat. Sungguh, MP juga begitu... sukar untuk melihat kebenaran keikhlasan namun allah kan ada... yakin padanya. Jika kita ikhlas pasti balasannya juga ikhlas.

MP hanya berbicara pada rasa dan keadaan dunia. Inilah dunia pena, semoga manfaat akan di kongsi bersama dan allah memberkati kita... Amin. Salam ukhwah sahabat pena. 



PERBEZAAN WARNA BUAH DAN KHASIAT NYA #Part 1 : Buah Naga @ Dragon Fruit

 Assallamualaikum dan jumpa kembali sahabat MP. Yep... MP kembali di tahun 2021 dan bila mana anda membaca "posting" ni bermakna a...