Powered By Blogger

10/02/2014

BAB5->_DIA CINTAKU 1 BULAN By Mustika Pena

"Datin Maimun! Yea, aku mesti cari tahu siapa sebenarnya datin Maimun ni kenapa dia asyik nak cari tau jea siapa aku. Memang tak boleh biar. Fuh.... soalan maut betul la datin sorang ni, tapi kan macam mana dia boleh perasan. Nasib baik aku ni kira terror jugak la kan bab cover-cover ni". Hehehehe,tersengih-sengih Izara sendirian.

Kring....kring....kring...

"Yeah,hello... Assallamualaikum, mau bicara sama siapa?" Izara mulai menggunakan loghat negara seberang.

Wehh, aku silap call ke apa nim. Ishh, minah indon plak dah. "Urmm, maaf yea salah nombor". Amira ingin memutuskan talian.

"Mira!! Tunggu ni aku la, Izara". Terdengar suara dari corong telifon.

"Nasib baik aku tak letak beb, ko ni kan sejak bila tukar warganegara ni,hehehehe''. Meletus jugak gelak Amira akhirnya.

"Jom lunch beb, aku belanja. Lagipun aku ada hal nak cakap dengan kau ni, very important beb. Lagi 10 minit aku sampai dekat ofis, ko siap-siap k". Tup....tup...., talian di matikan.

"Ish, minah sorang ni main letak aje,tak tanya aku da ready kea belum ke. Ishhhh,kaco betul la orang nak berdandang lama sikit pun mengacau aje". Amira menyimpan make-up nya kembali dalam handbag. Tergesa-gesa dia berjalan ke lif di luar pintu ofis nya.

"Eh.., Dato! Selamat tengahari". Amirah, melemparkan senyuman pada pemilik syarikatnya. Tak sangka terserempak pulak dalam lif.

Amirah, ada u jumpa Izara? Tanya Dato Hazlan pada stafnya yang sorang ni, Nanti bila awak jumpa dia, suruh dia jumpa saya dekat ofis.

"Baik dato". Jawab Amira.

Ok, thanks Amira. Balas Dato Haslan kembali.

Sebaik saja pintu lif terbuka, kelihatan kereta Izara telah terparking elok di hujung pintu masuk syarikat Mega Holding. Amira mempercepatkan langkahnya, maklum saja perutnya pun kian berlagu riang minta di isi.

"Oit, yang hang lambat sangat ni kenapa. Ni tak lain tak bukan make-up la ni". Izara Adelia mulai memulakan ceramah free nya.

"Oh yea, aku terserempak dengan bapak hang masa nak turun tadi. Dia pesan nak jumpa kau nanti kat ofis. Kau apasal aku tak nampak pun setengah hari ni, lepas breakfast tadi ko terus hilang kemana beb?" Sesi bersoal jawab pula mereka berdua,  macam lama tak berjumpa. Nak cakap semacam belangkas selalu bersama tak jugak, kadang-kadang angin kush-kush juga bila takde mood.

"Ah, papa aku masuk kea. Setahu aku dia kan ambik cuti, ha...lagi satu apa pasal mau jumpa aku? Ni yang malas ni, aku kan beb kalo boleh tak nak sampai staff  pejabat kita perasan". Izara memuncungkan bibirnya tanda tak berapa suka.

"Ko beruntung tau, papa kau masih ambik berat dengan kau". Luah Amira menyedapkan hati sahabatnya.

"Yea, ambik berat... kalau betul  diorang peduli dengan aku kan beb, kenapa papa dengan mama aku langsung tak halang aku stay kat luar. Seolah-olah macam aku ni orang asing, mama aku pulak langsung tak mesra bila aku balik rumah hujung minggu". Izara bersuara lemah, sedih dia diperlakukan sedemikian.

"Entah la beb, aku rasa papa dengan mama kau mesti ada sebab kenapa buat macam tu. Hahh, yang ko cakap tadi ada benda nak share gan aku apa dia? " Soal Amira.

"Kau kenal datin Maimun tak? Tadi aku jumpa dia sebab ada hal nak bincang pasal syarikat. Ko tau dia tanya soalan bonus dekat aku. Datin Maimun tanya betul ke aku ni anak Dato Haslan, terkejut jugak aku bila di soal macam tu. Nasib baik aku pandai cover line, kalo tak tak tau la". Izara memfokuskan kembali pemanduannya ke jalan.

"Yea ke, aku rasa kan beb ko kena cari tau kenapa dia nak tau sangat kau anak dato ke tak. Aku pun perasan kalau dia datang ofis atas sebab mesyuarat, dia akan selalu cari tau pasal kau. Lagipun ada staff pengurusan cakap, dia ada nampak datin Maimun cuba nak masuk bilik dato". Amirah menyatakan pendapatnya, yakin benar dia seperti ada sesuatu yang tak kena dengan datin seorang tu.

"Lagi satu masa aku nak cepat tadi kan, aku terlanggar sesorang beb. Hahahaha, kesian dia beb tak sempat aku nak berhenti air yang duk sedap dia pegang dah blupp tertumpah atas baju dia. Aku tak buang masa terus blah aje, kalau jumpa lagi memang naya aku...hahaha". Kali ni gelak Izara bukan main kuat, volume berapa entah. Amira hanya mampu mengeleng kepala mana taknya, sekali bad mood pastu happy pulak. Boleh kira, minah sorang ni tak kenal erti penyesalan.

"Kau kan beb, kurang asam kan. Di buatnya mamat tu mark muka kau tak ke sakit otak kau nanti, kl ni bukan besar sangat ok. Mana tau silap haribulan kau terserempak denga dia balik, haa.. masa tu aku tak dapat nak nolong". Sengaja Amirah menakutkan sahabatnya.

"Eleh, tak takut. Hehehehe". Izara, mematikan enjim kereta myvi kesayangannya. Mereka mulai keluar dari perut kereta berjalan seiringan ke restoran di seberang jalan sana. Maklum saja restoran ni agak ramai pelanggannya sehinggakan kekadang takde tempat nak parking kereta, macam sekarang.






3 ulasan:

suri berkata...

enovel teruskan berkarya.saya sokong penulisan blogger dlm novel sb satu ispirasi bt lain berkarya juga

rose berkata...

amboi pjng kisah dia ..pandai awak berkarya

Mustika Pena berkata...

Terima kasih sudi singgah sini, insyaallah selagi kudrat terdaya blog ni akan terus berkarya. :)

PERBEZAAN WARNA BUAH DAN KHASIAT NYA #Part 1 : Buah Naga @ Dragon Fruit

 Assallamualaikum dan jumpa kembali sahabat MP. Yep... MP kembali di tahun 2021 dan bila mana anda membaca "posting" ni bermakna a...