Assalamualaikum.... sahabat MP semua. Wah!! mentang-mentang dah raya semuanya pakat tukar gambar profil masing-masing. Cantik... MP seronok sangat tengok semua orang senyum dan happy jea. Apa yang MP nak cakap dalam kita bersenang lenang dan gembira sakang .. jangan lah kita lupa dengan insan-insan seagama dan seakidah dengan kita kat luar negara sana. Allah huakhbar.... meskipun mereka dalam musibah dan dugaan melanda, rasa syukur tidak lepas dari hati insan-insan ini.
Dalam kita tidak sabar menunggu hari raya bakal tiba... mereka pula tak sabar untuk mati sebagai ahli yang dijanjikan syurga dengan memperjuangankan agama allah dan menjadi ahli yang mati syahid. Allah azzawajalla... sesungguhnya tempatkanlah saudara kami di kalangan syahidan yang diterima mu ya rabb... sesungguhnya rasa cinta dan kasih mereka memperjuangankan agama mu dan sanggup mengantikan nyawa mereka telah membuktikan betapa ikhlas dan kasihnya mereka kepada mu ya rabb, maka terimalah pengorbanan ini ya allah.
Sahabat!! meskipun kita mungkin tidak diduga dengan keadaan sedemikian... tapi usah kita leka dan merasa selesa. Jangan kita sesekali kita menyangka yang kita terlepas dari mata pengkhianat agama apatah lagi bangsa yang menanamkan benih-benih perosak bangsa dan agama!
Yea!! bunyinya seperti kasar tapi inilah hakikatnya! kita lupa yang diri kita semua ini adalah benih syurga... ciptaan terindah yang maha esa... kita leka dengan kemewahan dunia... kita terlupa matlamat dan tujuan asalnya. MP bukanlah yang terbaik cuma kadangkala kita perlu saling mengingatkan... MP bukan menujukan pada sesiapa... tapi MP hanya meluahkan apa yang dirasa. Peringatan untuk MP sendiri dan untuk semua saudara seagama.
Kadangkala MP sendiri pun sukar nak bersuara... terlalu banyak lagha dunia. Terlalu sukar.. tapi MP tahu jika kita semua mahukan islam yang unggul. Muslimah sejati kita perlu berusaha. MP sendiri tak terlepas dari silap tapi MP tahu kalau kita ikhlas dalam agama, kalaupun kita banyak buat salah tapi jiwa kita yang nun jauh di dalam sana kasihkan agama kita Islam pasti allah akan permudahkan segalanya buat hambanya yang disayang. Kita ikhwan rasullulah yang disayang.... lagikan permintaan syaitan laknatulallah yang menginginkan masa hingga ke kiamat untuk menyesatkan ummat islam pun di kabulkan apatah lagi kita ikhwan yang di sayang.
Usah bimbang meskipun sukar kita berusaha menegakkan agama allah. Kerana sesungguhnya pengakhiran segalanya adalah manis. :)
Sahabat MP sekalian... siapa bilang kita lemah! kita semua ummat yang gagah... kita kesayangan rasullulah. Kita membenci perbuatan kejam kaum yahudi itu pahala buat kita meskipun dengan hanya menerbitkan rasa benci di hati. Maka dengan itu... usah bimbang... mari kita semua mulakan dengan membenci perbuatan mungkar amnya... jika kita tak mampu bertindak dengan anggota, mulakan dengan lidah.. jika masih tak mampu hati itu adalah selemah-lemah iman.
Sesungguhnya kita semua ikhwan yang dirindui rasullulah. Allah huakhbar!!!
Dunia hanya sebagai persingahan dan persingahan ini sesungguhnya memberikan makna yang mendalam. Dari sekeping gambar terdapat rahsia di sebaliknya dengan penulisan di dunia pena.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
PERBEZAAN WARNA BUAH DAN KHASIAT NYA #Part 1 : Buah Naga @ Dragon Fruit
Assallamualaikum dan jumpa kembali sahabat MP. Yep... MP kembali di tahun 2021 dan bila mana anda membaca "posting" ni bermakna a...

-
Assallamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdullilah, kali ni MP muncul dengan artikel yang menarik untuk di baca. Tidak mahu membazir waktu...
-
"Datin Maimun! Yea, aku mesti cari tahu siapa sebenarnya datin Maimun ni kenapa dia asyik nak cari tau jea siapa aku. Memang tak boleh ...
-
Bismillahirahmanirahim... Assallamualaikum tahun 2020. Syukur alhamdullilah, kembali semula Mp ke blog unsang tapi masih menjadi temp...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan