Powered By Blogger

2/05/2013

Bagaikan Coklat Cinta


 Salam bersua kembali....  Tengah kemas-kemas folder ni tertiba je tertengok pic ni. Pejam celik pejam celik dah masuk empat tahun pun anak buah aku ni. Sejuk je mata memandang kan bila tengok gambar budak kecil kan. Sesiapa pun pasti terasa damai bila tengok gambar or something yang mengingat kita dengan seseorang tu kan. Bagi aku setiap apa yang aku paparkan adalah kenangan indah buat ku dan ada kisahnya tersendiri.

What do you thing bout your life? It something beutiful or not?

Bagaikan coklat cinta kan. :)

Apa yang paling penting dalam hidup ni kita mesti sentiasa bersemangat dalam melakukan apa pun jua tak kira lah di mana kita berada.
Bahagia itu seperti warna, tumbuh dalam segala hati dan mata terus membuka perspektif kehidupan, taman direndangi bebunga peribadi, hayat menjadi senja dan pelangi takkan pernah terpadam selagi bahagia itu milik kita. Jangan jadi seperti hikayat yang pernah dikarang berkisah mungkinkah pelangi selepas hujan.



Aku kongsikan satu doa yang seringku amalkan untuk kita semua bersama

"Ya allah ya tuhanku,ku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, yang tidak boleh ditembusi oleh orang yang baik dan yang jahat, dari kejahatan semua makhluk, dari kejahatan semua yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan semua yang tumbuh di dalam bumi dan yang keluar daripadanya, dari kejahatan fitnah yang berlaku di waktu malam dan siang dan dari kejahatan yang datang (pada waktu malam) kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.

Always thing positif ok, everything will be ok. Get your own word for your happy ending.

Ohh ye,sebelum aku lupa apa yang aku terapkan dalam hati adalah IKHLAS. Penting tau sebab orang menyayangi dan mengcintai juga bermula dengan ikhlas. Ikhlas untuk menerima kita seadanya.


Ikhlas  memang sangat mudah untuk diucapkan tapi sangat sukar untuk dilalui. Kerana itu, ia memerlukan satu proses yang panjang sehingga dapat membimbing kita pada sebuah keikhlasan.

Ketika cinta terhalang dengan restu orang tua, ketidakmampuan dan ketika harus menerima kenyataan orang yang di sayangi berkahwin dengan orang lain. Ketika rancangan hanya tinggal sebuah rancangan yang tidak akan wujud, maka adalah tidak mudah untuk menerima kenyataan itu, bahkan mungkin sangat sukar untuk kita menerimanya. Hari demi hari dilalui dengan air mata dan kesedihan.

Di kesunyian dan keheningan malam, kita menangis di hadapanNYA bukan untuk menyesali apa yang terjadi, tetapi menyesal kenapa kita belum dapat menjadi hambaNYA yang ikhlas menerima kenyataan ini.
Tetapi itulah hidup. Adakalanya kita harus mengalami sesuatu yang pahit. Apa-apa pun yang terjadi itulah yang terbaik buat kita meskipun kita sedih, kecewa dan merasa tidak adil.

Kita hanya berusaha untuk redha dengan semua ketentuan yang telah digariskan oleh ALLAH. Menerima apa-apa pun yang terjadi bukan bererti tidak berusaha untuk meraih sesuatu yang lebih baik. Tetapi berusaha untuk ikhlas dan menyerahkan semua ini kepadaNYA.

Ini akan menenangkan hati yang gelisah. Kerana disebalik kejadian ini pasti ada hikmahnya dan Insyaallah ia akan membimbing kita untuk menjadi seseorang yang kuat, sabar dan ikhlas dalam menjalani hidup.

Ketika kita ikhlas dan bersyukur dengan semua yang diberikan, Allah akan memberikan ketenangan yang luar biasa pada hati kita. Sesungguhnya sesudah kesulitan pasti ada kemudahan dan DIA akan memberikan jalan yang terbaik. Yakinlah bahawa rencana Allah itu lebih baik.

Buat sahabat yang sedang bersedih, kuatkanlah semangat, kerana Allah sayang kepada hambaNYA yang kuat dalam menjalani ujian dariNYA. Kerana sebenarnya begitu banyak anugerah dan nikmat yang diberikan olehNYA yang harus kita syukuri.

Selalulah berprasangka baik kepadaNYA dan bersyukur Allah masih memberikan ujian kepada kita. Itu bererti kita termasuk dari kalangan orang-orang yang masih diperhatikan olehNYA. Allah selalu memberikan sesuatu yang kita perlukan, bukan sesuatu yang kita inginkan. Oleh itu, DIA lebih tahu mana yang terbaik buat hambaNYA.

Ikhlas, sabar dan bersyukur adalah 3 kunci kehidupan. Tidak mudah tetapi sangat sukar. Tetapi tiada yang tidak mungkin jika kita mahu berusaha dan mencuba untuk menjalaninya dalam kehidupan kita.

Terima Kasih Ya ALLAH untuk kasih sayang, kekuatan dan semua yang sudah Engkau berikan kepada kami. Berikan petunjuk dan bimbinganMu kepada kami seperti yang telah Engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang Engkau sayangi. 
Izinkanlah kami untuk untuk lebih dekat dan mencintai



2/04/2013

Pakcik Cool_ Gadis Manis ( Bicara )

  Salam senyum pada semua.. meskipun begitu bnayak halangan dan ujian yang datang melanda diri kita jangan sesekali kita tunduk mengalah. Bak kata pujangga "Setelah hati miliki cinta usahlah biarkan kecewa menyakitkan jiwa". Walau apa pun masalah yang datang senyum sentiasa jangan biarkan hati merasa luka dek kerana dunia.

Aku tak mampu untuk mengatakan yang kita semua akan lepas dari sebarang ujian tapi kita boleh jadikan ujian yang kita hadapi itu sebagai suatu yang mematangkan diri kita sendiri.Usah terlalu berduka dengan apa yang terjadi. Katakan saja aku manusia berjaya! ya manusia yang berjaya kerana diri kita telah berjaya merasai kenikmatan hidup di sebalik seribu halangan.

Kadang-kadang hati merasa sedih!

Kenapa nak biarkan hati itu sedih. Jangan terlalu manja dengan kesedihan. Ya memang tak selamanya kita akan merasai nikmat kegembiraan ada kalanya kita akan dihampiri oleh kesedihan yang berpanjangan tapi seperti yang biasa kita dengar jika anda pernah melihat satu babak cerita .

Gadis manis: Pakcik! tengok tu kesian dekat perempuan tu kan sebab kurang waras. Mesti dia tak dapat nak melalui ujian yang begitu berat bagi dia kan.

Pakcik Cool: Pakcik tak kesian kat dia sebab dia sendiri yang menjadiakan dirinya macam tu!

Gadis manis: Tapi pakcik semua tu terjadi sebab dia tak mampu nak menanggung kesedihan dan masalah yang dihadapinya kan?

Pakcik Cool: Kamu silap sekali. Manusia dikurniakan akal untuk berfikir bila hati mempunyai masalah yang tak tertanggung rasanya perkara pertama yang perlu dia buat adalah mengingati penciptanya. Kembali pada al-quran dan sunnah. Biarkan hati bersimpuh pada yang esa bukan merajakan hati yang terguris dek kerana dunia.

Gadis manis: habis ianya salah perempuan tu sendiri la ye?

Pakcik Cool: Ya... Akhirnya kamu faham. Bagaimana dengan hati kamu sendiri?

Gadis Manis: Hati ini merasa syukur kerana tidak membawa diri ke dunia fantasi. Merosakkan akal dan membunuh hati pemberian allah ini. Terima Kasih Pakcik.

Pakcik Cool: Terima Kasih pada yang esa kerana kita masih lagi diberikan panduan.

               THE END...................@_@


So macam mana? betul kan apa yang di katakan oleh pakcik tadi kan. Hati itu terlalu mudah terusik dan mudah juga berubah hanya kerana sedikit maslah yang medatang. Kalau lah kita semua berada di zaman rasullulah dan sahabat baginda, apakah hati ini masih lagi mampu berpegang dan bertahan demi agama. usahkan dikata untuk membayangkan berada di zaman itu. Lihat saja di mana kita berada sekarang. Terlalu besar ujiannya kan.

Jadi usahlah membuai hati yang kesedihan itu. Bangkit kembali!! Kita semua mampu. Ya mampu menjadikan hati ini selembut salju dan seindah mutiara di laut tanpa biarkan ianya di sentuh sebarangan.


     @_@ SEMOGA KITA BERADA DALAM RAHMATNYA, AMIN.

1/16/2013

Hati

Bila cinta berputik hati seakan merelakan rasa itu menjalar dan beraja di jiwa.Kata-kata yang diluahkan bgaikan satu puisi indah yang sukar dinyatakan dan diperjelaskan maksudnya. Tiada manusia yang dapat menghurai makna cinta yang sebenarnya kerana ianya suatu yang tidak nampak hanya dapat dirasa getarannya.

Siapa sangka seorang insan yang dahulunya sangat membenci cinta akhirnya berjumpa cinta setelah usianya semakin meningkat remaja dikala teman-teman lain sudah bijak menyusun kata untuk di hadiahkan pada insan tercinta. Siapa sangka cintanya di mula dari laman sosial. Siapa sangka dia kini dilamun cinta dan terlalu menyukai cinta. Siapa sangka dia juga sakit kerana cinta siapa sangka dia juga pasti berkorban kerna cinta... Siapa sangka bukan.

Siapa yang memulakan perlu menyudahkan the end the story! betul ke?

Ye! siapa yang memulakan sila cari penamat yang jelas. Sungguhnya tiada siapa di antra kita mahukan yang terburuk buat dirinya... dia merancang segalanya tapi sesungguhnya penciptanya telah menentukan yang terbaik untuknya. Jadi bagaimana...

SEGALANYA TERLETAK PADA HATIMU KERANA HATIMU YANG PUNYA RAS ITU TAPI LEBIH BAIK LANDASKAN CINTAMU PADA YANG SATU KERANA TUHAN MU TIDAK PERNAH MENINGGALKAN MU WLAUPUN SESAAT PUN

PERBEZAAN WARNA BUAH DAN KHASIAT NYA #Part 1 : Buah Naga @ Dragon Fruit

 Assallamualaikum dan jumpa kembali sahabat MP. Yep... MP kembali di tahun 2021 dan bila mana anda membaca "posting" ni bermakna a...