“Izara! Jomlah temankan aku tengok gadget
baru. Aku ingat nak tukar fon baru la”. Mira melunakkan suaranya, dia yakin
sahabatnya itu takkan menolak ajakan nya kali ini.
Lagi pun, dia sebenarnya sedang berkira-kira
hendak menghadiahkan Izara Adelia sebuah telifon sempena hari lahir sahabatnya
itu.
“Malas la..nak
buat apa? Lagipun kalau tak silap aku, minggu lepas kau baru tukar telifon dan
sekarang nak tukar lagi ke”. Ujar Izara Adelia.
Sahabatnya
Nur Amira ni sememangnya seorang yang gila gadget, pantang ada keluaran baru
pasti dialah salah satu pembeli utama gadget tu. Apatah lagi kalau gadget itu
jenama Samsung. Maklum sajalah sekarang dunia di hujung jari, dan bila gadget semakin
canggih manusia pun pasti turut menjadi canggih. Nur Amira tak kecuali dari
terlibat dalam revolusi kecanggihan IT.
Berbeza
dengan Izara Adeli, baginya kecanggihan teknologi sememangnya suatu kepentingan
sesuai dengan dunia sekarang namun dia tidak mahu menjadi manusia yang terlalu
asyik dengan kecanggihan sehingga melupakan nilai murni. Mana tidaknya tengok
sahabatnya aje la, leka dengan gadget peribadinya sampaikan kadang-kadang makan
pun sempat lagi tangan terlekat di gadget.
“Weii.. beb!
Oitt, dengar kea tak aku panggil ni. Ish, dia ni kalau dah berkepit dengan Akim
dia memang tak dengar dah apa aku cakap ni”. Sengaja Izara Adelia menekankan
suaranya agak kuat, biar di dengar sahabatnya yang satu ni. Mulutnya sengaja di
muncungkan, tanda protes apabila cakapnya tak di endahkan Nur Amira.
“Ahhh...
apa, apa... kau cakap apa. Sorry aku tengah sibuk sikit tadi.Kau cakap apa
beb”.
Yea la tu
kau sibuk, padahal sibuk main game aje takkan tu pun tak dengar. Bernuih tau
tak mulut aku ni, kau ni kejamlah. Lain kali tak nak la cakap gan kau, baik aku
cakap dengan uncle Raja jual cendol hujung jalan sana”.
Panjang
lebar Izara Adelia memberikan taklimatnya petang ni, mana tidaknya alasan sibuk
dari sahabatnya yang sorang ni memang tak boleh di pakai. Izara Adelia
sememangnya arif dengan aktiviti sahabatnya yang satu ni.
“Nasib kau
la Izara Adelia, serumah dan satu tempat kerja dengan kawan bermulut murai.
Ditambah pula dengan perangai yang gilakan game, mengalahkan budak kecil umur 5
tahun”. Gumam Izara Adelia di dalam hati.
“Hello.....
Miss Izara Adelia, where are u? Still in this world”.
Teguran Nur
Amira mematikan lamunan Izara Adelia, terpingga-pingga dia seketika. Keningnya
di angkat sebelah persis Ziana Zain, artis Malaysia yang terkenal tu.
“Hehehehe,
sorry. I’m back”. Izara Adelia mendepakan tangannya dengan gaya seakan menang
lumba lari seratus meter. Bersemangat aje. Dalam hati masih bergelak sakan, tak
sangka sempat lagi dia berangan-angan sambil mengutuk sahabatnya yang satu ni.
“Izara, jomlah
temankan aku. Kalau dua-dua macam kambing tunggu rumput, sorang termenung
sorang berangan memang tak kemana la gayanya”.
Nur Amira sengaja menggunakan perkataan khas tu, manakan tak nya. Izara
dah mulai balik dengan aktiviti berangannya.
“Ish, minah ni. Tadi cakap kat aku, sekarang
dia pula. Beb, jom lah”. Cepat aje dia menarik tangan sahabatnya, hampir
terlanggar pasu bunga Izara Adelia dibuatnya.
“Yea la, yea la”. Izara Adelia membututi
langkah sahabatnya. Malas nak di tegah, kalu dia banyak soal pun. Sahabatnya
tetap akan memaksa dia sampai setuju.
Sesampainya
di Pavillion, Izara Adelia di bawa ke salah satu kedai yang menjual henfon. Nur
Amira memerhatikan setiap buah telifon yang ada di situ. Ralat sdikit dia untuk
memilihnya, bukan kerana harganya tapi memandangkan Izara Adelia yang seakan
tak berminat.
Nur Amina
sudah sedia maklum bahawa sahabatnya Izara Adelia sebenarnya dari keluarga yang
ternama namun seorang yang tidak suka bergantung kepada kekayaan keluarga.
Namun, bimbang juga kalau-kalau Izara Adelia tidak sudi menerima hadiahnya.
Setelah puas
di tilik satu persatu, akhirnya Samsung note 2 bertukar tangan. Setelah selesai
membayar harga telifon itu, Nur Amina menghulurkan plastic yang di dalamnya
terdapat telifon yang di belinya tadi kepada Izara Adelia.
“Nah, hadiah
dari aku untuk kau sempena hari lahir kau beb. Selamat hari lahir yang ke 24
beb. Selamat maju jaya, semoga bahagia serta berjumpa dengan boy yang terbaik
dan akhir sekali selamat hari tua beb”. Dengan nada yang bersemangat sekali Nur
Amira menuturkan ucapan keramat buat sahabatnya Izara Adelia.

Walaupun Nur
Amira seorang yang suka bercakap dan kadangkala agak murai sikit mulutnya, tapi
dia sememangnya seorang sahabat yang di penuhi dengan nilai murni. Hakikatnya,
Izara Adelia bersyukur kepada allah
kerana di kurniakan sahabat yang sebaik Nur Amira.
“Please beb,
kau jangan nak banjirkan mall ni nanti tak pasal-pasal kena buat kerja amal kat
sini”. Sengaja Nur Amina mengutarakan ayat selamatnya. Memang dia perasaan muka
sahabatnya, muka terharu tambah sendu. Kalau tak di pangkah awal-awal mesti
sahabatnya Izara Adelia bertukar menjadi puteri airmata.
“Kau ni kan ,
sengaja jea kan. Thank yea beb, my parent pun tak ingat aku punya birthday tapi
kau tak pernah terlupa hari lahir aku. Thank a lot my friend”. Izara Adelia mengakui, dia tak sangka kali ni
dia diberikan telifon bimbit. Izara Adelia sangkakan hari lahirnya kali ni akan
suram tanpa sebarang ucapan, sengaja dia diamkan tarikh lahirnya. Tak mahu di
kira sebagai seorang yang terdesak mendapat perhatian.
Mama..
papa..., i’m waiting for u guy. Luah Izara di dalam hati. Pilu hatinya pabila
mengingatkan kedua orang tua kandungnya. Tak pernah memperdulikan dirinya
padahal dia adalah darah daging mereka.
“Mama,papa terlalu pentingkan bisness hinggakan lupakan aku
anak mereka sendiri”. Bicara Izara Adelia separuh berbisik,tanpa sedar air
matanya mengalir.
“Izara Adelia... Beb, kau ni kenapa. Hari ni kan birthday
kau. Sepatutnya kau happy, bukannya bersedih. Kau tak suka hadiah yang aku bagi
kea”. Tegur Nur Amira.
Dia sedar bahawa sahabatnya sangat merindui kedua ibu bapanya
tapi di sebabkan ego yang tinggi pada anak dan ibu bapanya. Akhirnya, kasih
sayang terkubur begitu saja. Izara Adelia pula lebih memilih menjadi orang
biasa tanpa mengalas apa-apa gelaran dari keluarga. Gelaran tengku juga di
buang jauh-jauh agar dia tidak di dekati semata-mata manusia kerana
keluarganya.
“Tak de apa la, hehehe. Thank, tau beb.. kau kalau bab nak
ambil hati aku tau-tau je”.
“Zara, lepas ni kau jangan ngada-ngada cakap xde whatssap kea
apa ke ok, so xde alasan ko tak reply mesej aku. Aku ni ibarat pakwe kau tau!”
“Baik bos! Menurut perintah, hahahaha”. Izra Adelia
meledakkan ketawanya, tidak kisah dia walaupun banyak mata yang memandang.
Hatinya sedikit riang, sesungguhnya sahabatnya ini sangat baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan