Powered By Blogger

3/18/2013

Apa yang menjana kepenggunaan: Permintaan atau Bekalan di pasaran



Salam bual bicara dan salam 1 Malaysia. Perbualan kali ini adalah menjurus kepada tajuk di atas iaitu apa yang menjana kepenggunaan. Permintaan ataupun bekalan di pasaran.

Bekalan bermaksud suatu barangan yang dibekalkan bagi menjalankan sesuatu aktiviti, program ataupun projek. Bekalan merangkumi bekalan habis guna seperti makanan, minuman, pakaian dan harta tetap (boleh alih) seperti alatan makmal, alatan saintifik, kelengkapan pejabat ataupun pembelajaran dan komputer. 


Wikipedia pula menyatakan bahawa sebuah barangan adalah sebuah produk yang boleh digunakan untuk memuaskan kehendak atau keperluan. Lebih teliti tapi biasanya, satu barangan adalah produk fizikal ketara yang boleh dibezakan dengan sebuah perkhidmatan yang tidak ketara. Oleh itu, ia boleh dihantar kepada pembeli dan pemilikan penjual kepada pembeli.



Ok lah, semua tengok kata-kata dari Startup Sifu di bawah.


Ok, semua dah baca kata-kata di atas kan. Dah? bagus.. Senyum sikit >_<

Katakanlah anda telah menjual barangan yang diperlukan oleh pengguna seperti mana yang di sukai oleh mereka. Apa yang akan berlaku seterusnya? 

Permintaan!!

Betul tu, permintaan daripada daripada para pengguna kan. Jadi kita boleh nampak dekat sini yang permintaan merupakan penyebab kepada bekalan barangan di pasaran.

Manusia hari ini memang tak dapat dipisahkan dengan kemajuan dunia. Seiring dengan itu juga pelbagai keperluan tidak lagi memakan masa yang panjang untuk di ketahui kerana dunia ibarat dihujung jari. Jadi fokus perbincanngan yang dapat dilakukan adalah permintaan dan bekalan di pasaran merupakan punca utama kepada tajuk iaitu apa yang menjana kepada kepenggunaan.

Apa yang menarik di sini lagi disini adalah masyarakat dunia pada hari ini begitu mengilai sesuatu barangan contohnya seperti, telifon pintar ataupun ipad sehinggakan sanggup membelanjakan wang di dalam akaun mereka semata-mata untuk memiliki sesuatu barangan. Seringkali juga kita mendengar hebohan kes-kes yang berlaku membabitkan para pengguna kesan daripada permintaan dan bekalan barangan di pasaran pada hari ini. Namun demikian perkara ini masih berterusan. 

Bekalan di pasaran juga dilihat semakin memenuhi ruang dan tempat. Jika di bandingkan sekarang dan dahulu perbezaannya begitu ketara kerana bekalan barangan ini terdapat di setiap corot pelosok dunia. Di negara kita Malaysia sendiri,dapat dilihat bahawa kawasan - kawasan yang berada di pendalaman dulunya kini sudah terdapat sejumlah kepenggunaan yang tinggi. Peningkatan dalam jumlah yang banyak ini disebabkan oleh jumlah permintaan masyarakat pada hari ini.

Selain daripada itu juga, bekalan hari ini bukan saja tertumpu kepada aspek barangan sahaja bahkan ianya juga turut menghubung kepada rangkaian bekalan tenaga elektrik dan air. Manusia hari menggunakan sumber ini untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka sekaligus mempertingkatkan kepenggunaan di tahap yang lebih tinggi. Oleh itu kesimpulan yang dapat ditulis disini adalah faktor utama apa yang menjana kepenggunaan sudah pastilah permintaan daripada orang ramai.

Somaga info dah penyebaran maklumat ini memberikan manfaat bersama. Wassalam.


4 ulasan:

lynmunir berkata...

Teringat dulu-dulu waktu belajar ekonomi, tanpa permintaan tidak berkembanglah pasaran perniagaan.

Unknown berkata...

salam..nice entry..thanks for sharing..bkn senang kita nk tangkap kpermintaan pengguna ni..huhu..mst bijak..

jemput baca + komen..
http://nurnaa-irah.blogspot.com/2013/06/mencari-satu-noktah-part-2-ii.html

Mustika Pena berkata...

Wassalam.... terima kasih sebab sudi singgah membaca dan memberikan komen-komen yg mmbangun untuk entry MP kali ni...

Apa2 pun... silalah follow satu lagi laman blog MP yg punya entry yg sama bagi menyokong MP sempena penglibatan MP dalam pertandingan kepenggunaan 2013. Sokongan anda amatlah dihargai... :) terima kasih
http://pengguna2013.blogspot.com/

Gita berkata...

bisa dong kak singgah di http://gitaramadhan.blogspot.com :) sekalian follow juga :)

PERBEZAAN WARNA BUAH DAN KHASIAT NYA #Part 1 : Buah Naga @ Dragon Fruit

 Assallamualaikum dan jumpa kembali sahabat MP. Yep... MP kembali di tahun 2021 dan bila mana anda membaca "posting" ni bermakna a...