Powered By Blogger

11/22/2013

Rasa Itu Aneh Yaa

Assalamualaikum sahabat MP semua. Aneh yea, perasaan itu. Kadang-kadang membuatkan jiwa itu seriang anak-anak kecil dan kadangkala menjadikan wajah itu basah dengan linangan airmata. Sedih hati hanya mampu ku tasbihkan dengan zikrulallah... ya rabb, aku tidak pernah membenci pada perasaan ini ku semaikan dengan keikhlasan menyayanginya keranamu ya rabb. Dia milikmu, dia hartamu, dia makhluk ciptaanmu, dia insan yang dikau pinjamkan rasa indah ini dan padanya juga anugerah rasa ini kau taburkan padaku.

Entah mengapa terasa macam nak nangis pula, hurm... ^_^

Ya allah, jadikanlah jiwa ini bukan suatu yang pembohong dalam ia belajar untuk mencintai penciptanya. Ya allah, jadikanlah hambamu ini manusia yang tidak lari dari tangunggunjawabnya dalam melaksana tugasnya sebagaihamba. Ya allah, kau lembutkanlah hati ini selembut sutera dan jayakanlah hambamu ini sebagai manusia yang tidak putus asa. Ya allah, limpahilah petunjuk dan hidayahmu buat hamba sekeluarga, sahabat-sahabat hamba, saudara-saudara seislam hamba dan dia yang kau anugerahkan rasa ini. Sungguh ku masih mesih berpegang pada doa ini yang satu.. ya rabb, indah sungguh rasa ini meskipun halangan dan butuh kesabaran.

Ya ilahi, ampuni hamba kerana masih meminta padamu akan kebenaran dia jodohku.




11/20/2013

GA NOVEMBER by DEDEQ

*
Assalamualaikum

Dengan lafaz bismillah hirrahman nirrahim .. malam ni dedeq lancarkan satu GA NOVEMBER by DEDEQ ..

Tarikh mula 13 november 2013 - 30 november 2013 (12am)



Hadiah
Top Referral - Jubah Dress x 1 dan Peplum labuh x 1

43 SENARAI HADIAH yang akan diberikan kepada yang BERTUAH 
*

V. BUAT AYAT MELALUI AYAT T.I.G.A.B.E.L.A.S (untuk yang nak dapat hadiah cabutan bertuah topup rm13 x 1 pada hari ke 13 GA iaitu 25.11.13 - Bermula 12am 13/11 hingga 11.59pm 25/11/13)-pesanan penaja


Ehurmm, MP buat tau... ^_^

T= Tanpa
I= Impian
G=Gambaran 
A=Ampuh
B=Berbeza
E=Eloknya
L=Laluan
A=Apabila 
S=Solat

^_^
D0NE

11/19/2013

Hati ini Milik Allah

Assalamualaikum dan salam bicara dari MP. Semoga bicara kali ini memberikan kegembiraan dan kesenangan buat semua yang sudi menjengah blog MP. Alhamdullilah,hari-hariku yang dilalui kini kian merubah warna. Semoga segala-galanya semakin membaik,amin.

Tak sangka bila lama tak menjengah blog dan menulis banyak benda yang tertinggal, bukan hati tak ingin berbicara cuma keadaan yang tak mengizinkan berbuat demikian. Maklum saja status  pelajar STPM baru saja hilang jadinya sekarang baru laboleh bergiat aktif semula. Namun malangnya fikiran pulak agak berserabut,  ujian yang datang seringkali mematahkansemangat dan untuk bangkit kembali bukanlah suatu yang mudah. Alhamdullilah, setiap apayang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri.

Bila tangan tidak lagi seberat dulu, MP sengajakan meletakkan bait-bait bicara puisi lama moga semangat kian bercambah. Insyaallah, setiap kesusahan pasti ada kesenangan. :)

Saat ku menulis dan menekan setiap huruf di papan kekunci ini, alhamdullilah. MP mampu tersenyum kerana sesungguhnya pabila menjengah blog-blog sahabat yang masih menghijau mahupun yang jauh lebih hebat tintanya, semangat diri ini seakan bangkit kembali. Alhamdullilah, syukur bagi allah s.w.t yang memberikan keindahan buat diri hambanya yang serba kekurangan ini.

Meskipun kesihatan kurang membaik namun kehidupan yang bakal di jengah pada beberapa ketika nanti pastinya tersulam dengan ujian yang lebih mencabar, so tak boleh lemah-lemah lagi.

Baiklah, nampaknya setakat ini sajalah bicara MP untuk kali ni ya.. Insyaallah, bicara seterusnya pasti di up date nanti.

Assalamualaikum sahabat. Sekian... :)

PERBEZAAN WARNA BUAH DAN KHASIAT NYA #Part 1 : Buah Naga @ Dragon Fruit

 Assallamualaikum dan jumpa kembali sahabat MP. Yep... MP kembali di tahun 2021 dan bila mana anda membaca "posting" ni bermakna a...