Powered By Blogger

10/25/2013

Kebahagian Itu Bonus Kehidupan

Assalamualaikum dan salam bicara sahabat MP yang dirahmati allah s.w.t sekalian, semoga hari ini lebih baik dari semalam. Jika sebaliknya perbaikilah, insyaallah jika niat dihati adalah sejernih air yang mengalir pasti segalanya akan di permudahkan allah s.w.t. Insyaallah ya, amin.

Jika dahulu disaat kita masih lagi bergelar anak kecil, segalanya tak mungkin kita biarkan masa mencuri ruang kegembiraan di wajah. Namun setelah usia meningkat dan kedewasaan menjadi bahagian hidup, segalanya kita biarkan masa menentukan. Begitukah? Andai saja kita mampu menongkah arus kembali kemasa silam mahukah kita terus disana atau benar-benar meninggalkan segalanya sepertimana keadaan yang sedang kita tinggalkan disini? disaat kesibukan melanda diri. 

Ya, mungkin bicara ini hanyalah bicara seorang insan yang masih keanak-anakan dan mungkin juga bicara ini hanya satu bualan yang membosankan. Namun, sedar atau tidak usia itu benar-benar akan mematangkan hanya masa yang menentukan sama ada ianya di kelewatan atau di awalan.

Sahabat MP semua, masa akan menentukan segalanya samada kita mahu atau tidak pasti suatu hari nanti akan terbit jua suatu keinginan untuk bahagia. Ya, bahagia. Semua insan yang bergelar manusia pasti akan mahukan kebahagian terutama bersama insan-insan yang disayangi. MP juga tidak terkecuali, sahabat juga begitu.

Segalanya bermula pada saat ini, jika usaha yang sedang kita lakukan ini adalah untuk mencari kebahagian di dunia maka yang di dapati hanyalah bahagia yang sementara. Namun seandainya kewarasan masih mencelikkan minda, kita pasti tidak akan sesekali menyesal jika sedikit ke kesusahan di awalannya namun kebahagian di dunia dan akhirat masih utuh bersama.

Sesungguhnya, kebahagian itu bonus kepada kehidupan seseorang insan. Kejarlah kebahagian yang utama dari kekasih yang setia yakni allah s.w.t kerana di penghujungnya pastikan di anugerahkan makhluk ciptaannya di dunia yang setia.

Wassalam.





10/19/2013

" Karikatur Giveaway By Zaza, Ruang Monolog dan Sheila Salim "

Klik Banner







Syarat mudah :

1. Buat entri bertajuk " Karikatur Giveaway By Zaza, Ruang Monolog dan Sheila Salim "
2. Folow blog Ruang Monolog dan Sheila Salim
3. Like page Zaza, Ruang Monolog dan Sheila Salim
                  
                    

Like penaja Fridget magnet  


4. Tampal banner GA dan link kan ke entri ini. Tulislah apa-apa atau copy je syarat-syarat GA ini

6. Tinggalkan url entri korang ke ruangan komen

Hadiah : 

karikatur by ruang monolog ( gambar anda ) x 2orang -
(pemilihan pemenang 1 lelaki 1 perempuan )
shawl x 2 orang pemenang (  zaza )
3biji keychain  x 1 orang pemenang (  zaza )
RM10.00 topup x 2orang pemenang (sheila salim )
Fridget Magnet x 2 orang ( faziedasite )

Contoh karikatur by Ruang Monolog dan keychain mirrow ( belakang ada cermin boleh tilik-tilik ) :P dan keychain beg yang kiut :)


Selamat mencuba :) Tamat pada : 23 Oktober 2013

3 Perkara Tentuan Seorang Hamba

Assalamualaikum dan salam bual bicara, alhamdullilah bersyukur pada allah kerana masih terus meminjamkan sesuatu yang tersangatlah berharga yakni oksigen yang sedang kita gunakan bagi meneruskan kehidupan sebagai seorang hambanya yang masih bernyawa. Allah huakbar.... sesungguhnya tiada satu pun yang lain mampu menandingi kekuasaannya.
Allah hurabbi...

Sahabat, pada ketika ini MP dikhabarkan tentang pemergian seorang insan yang menjadi kesayangan dan dicintai oleh anak-anaknya. Ayahanda kepada abang angkat MP telah pun dijemput kembali kepada yang maha pencipta. Sebesar apa pun kasih seorang isteri dan kasih anak kepada bapanya andai takdir dan ketentuan telah tersurat maka setiap yang hidup pasti merasai mati. Allah huakbar...

Sahabat MP yang dirahmati allah, sebenarnya kematian itu bukanlah sebagai titik pengabisan pada setiap kehidupan tapi yang sebenarnya ianya satu permulaan dimana setiap amal yang kita kerjakan akan dikira . Pelbagai andai sesetengah orang menyangkal bahawa setelah seseorang itu mati, dirinya tidak akan lagi terbeban dengan apa yang dikerjakannya di dunia. Semua sangkaan itu silap, sebagai ummat islam, kita sendiri ketahui bahawa pabila matinya seseorang anak adam yang dibawanya hanyalah 3 perkara.


1: Amal Jariah
2: Ilmu yang bermanfaat 
3: Doa anak-anak yang soleh

Tiada satu pun di sini menyatakan kita akan membawa harta kekayaan dunia, kereta mewah, isteri yang cantik, apatah lagi pangkat yang mampu membezakan seseorang hamba allah itu. Segalanya sama di sisi yang maha pencipta. 


MP masih ingat pada kata-kata seorang guru agama, katanya"  ramai orang mendengar perkhabaran tentang kematian namun tidak ramai yang mengambil iktibar pada setiap kematian".

Sahabat MP yang kasihi allah semua, sebenarnya kita hidup ini membawa matlamat dan tanggunjawab. Sebagai hamba allah, kita perlulah berusaha sentiasa membaiki dan menambah baik segala perbuatan. Kita tidak akan terlepas dari sebarang kesilapan namun usah kita berputus asa dalam membaiki diri. Insyaallah segalanya akanmenjadi lebih baik selagi kita tidak berputus asa dan berpaling dari kasih allah s.w.t. 

Sahabat, di kesempatan ini marilah kita sama-sama menghadiahkan al-fatihah buat ayah kepada abang angkat MP. Semoga segala amal perbuatannya diterima allah dan rohnya ditempatkan dikalangan hamba-hambanya yang beriman. Amin Ya Rabb.

Di sebelah kanan ni gambar kesayangan milik abang angkat MP. Sebelah hujung sana, arwah pakcik iaitu ayah kepada abang angkat MP, Meor Syahrul Azmi.

Abg Mior memang sangat sayangkan ayah dan ibunya namun kasih yang maha pencipta melebihi kasih setiap hambanya. Insyaallah, segalanya akan baik-baik saja. Insyaallah, semoga abg mior dan keluarga bertenang dan terus bersabar dengan setiap cubaan yang mendatang,amin.

Sekian, Wassalam.


PERBEZAAN WARNA BUAH DAN KHASIAT NYA #Part 1 : Buah Naga @ Dragon Fruit

 Assallamualaikum dan jumpa kembali sahabat MP. Yep... MP kembali di tahun 2021 dan bila mana anda membaca "posting" ni bermakna a...