Powered By Blogger

6/28/2014

BAB 2_-> DIA, CINTAKU 1 BULAN By MUSTIKA PENA

Jam di dinding pejabat berdetik lincah ke angka 7 malam, Izara Adelia masih lagi tekun mengadap pc di meja kerjanya. Biasanya dia jarang menyiapkan kan kerja di luar waktu kerjanya, bagi dirinya kerja dan kehidupan peribadi tidak boleh di campur aduk. Namun,di sebabkan besok mesyuarat unit pemasaran akan membincangkan hal yang berkaitan dengan produk-produk syarikat mereka,mahu atau tak dia terpaksa menyiapkannya hari ini juga.

" Hurm, nampaknya tinggal aku sorang tercongok kat dalam ofis ni. Ish, seram pulak aku di buatnya". Bermonolog seketika Izara Adelia dalam hati. Mana tidaknya, ofisnya agak besar ruangannya lebih kurang 30 meja ditempatkan di bahagian pemasaran ni, tu tak di kira bahagian lain.

"Tak balik lagi yea kamu, Zara". Tegur Encik Bakri, ketua bahagian pemasaran syarikat 

"Mak!!, hantu gemuk..." Terluah juga, perkataan tu di mulutnya. Dalam keadaan yang memeranjatkan itu, apa saja yang terkelihatan di depan mata semestinya menjadi sebutan Izara Adelia.

"Izara Adelia Binti Dato Hazlan! " 

Encik Bakri memanggil Izara Adelia. Tak sangka dirinya akan di panggil dengan gelaran itu, hatinya sedikit di amuk rasa amarah namun bila di lihatnya muka Izara Adelia yang seakan pucat, cepat-cepat di hapuskan rasa marahnya. Bimbang juga jika staf kesayangan syarikat yang sorang ni pengsan pula.

"Urmm, En...encik Bakriiii.... ma..maaf, saya betul-betul tak sengaja. Saya tak bermaksub nak cakap macam tu... urmmm, saya... saya cuma terperanjat". Tergagap-gagap Izara Adelia mengutarakan percakapannya, bimbang sungguh dia jika tersilap langkah lagi. Kalau tak, alamatnya  mati kering la dia kalau Encik Bakri mengamuk.

"Hahahahaha, Izara... Izara. Takut jugak kamu dengan saya yea, tak pe la saya maafkan lagipun saya juga silap menegur kamu macam tu". Lucu benar muka stafnya ni. Ramai orang cakap Izara Adelia ini jenis manusia yang pelik. Kadangkala angin kadangkala hujan bahkan kadangkala minah brutal dengan gayanya yang happy lappy tapi tak sangka penakut dan lucu juga.

"Kiranya Encik Bakri tak marah la yea... hehehe, fuh.... kushhh semangat. Saya minta maaf sekali lagi, saya tak tau Encik Bakri tak balik lagi". Jujur ikhlas sekali Izara Adelia mengutarakan bicaranya, mana tidaknya orang yang dipanggil hantu gemuk ada di hadapannya.

"Dato! anak dato manis sekali, saya janji akan bawa dia kembali pada dato".

"Encik Bakri.. Encik Bakri!" Izara Adelia memanggil Encik Bakri.

"Oh, sorry. Terlupa pulak, saya pergi dulu Izara. Jangan pulang lewat, esok-esok sajalah kamu siapkan laporan tu. Kalau tak, bawak aje balik rumah lagipun. Saya tak nak nanti jadi apa-apa pula. Kamu faham kan apa yang saya maksubkan Izara". Encik Bakri mengingatkan, lagipun tujuan sebenar dia di pindahkan ke ke bahagian ini semata-mata kerana Izara Adelia. Dia tidak mahu cuai dalam melaksanakan tugas, dalam diam keselamatan anak pemilik syarikat ini tetap menjadi keutamaannya meskipun Izara Adelia tidak tahu akan misinya yang satu itu.

6/17/2014

BAB 1_-> DIA, CINTAKU 1 BULAN BY MUSTIKA PENA

                                           

                                             
                                                        E-NOVEL BY MUSTIKA PENA

                                                BAB 1_->    DIA, CINTAKU 1 BULAN.

  Aku mematikan lamunan bila tiba-tiba terasa bahuku di cuit seseorang, lantas aku berpaling menghadap si empunya diri yang berani menganggu saat aku tengah berangan berdating dengan pelakon kegemaran aku Fahrin Ahmad.

"Ish, kacau daun betul budak sorang ni. Tiba-tiba datang cari aku ni mesti tak lain tak bukan nak bergosip la tu". Guman Izara Adelia di dalam hati.

 Mana tidak kawannya yang satu ni memang terkenal di pejabat dengan mulutnya yang agak murai tu, pantang ada berita sensasi sedikit pasti di jajanya seluruh bangunan Mega Jaya Holding. Sdn.Bhd.

"Beb! aku nak bagitau kau satu berita, memang terbaik dari ladang". Mira memulakan sesi ceramah paginya, tadinya dia berhajat nak terus naik ke pejabat sebab tak sabar rasanya nak di ceritakan kepada teman-teman di pejabat tentang cerita sensasi yang baru di ketahuinya tu. Tapi hasrat tertukar bila tiba-tiba ternampak kawan sepejabatnya yang sorang ni duk asyik mengelamun di restoran berdekatan dengan syarikat tempat dia bekerja.

"Huh.. apa dia kamu ni Mira? Nasib baik aku ni takde sakit jantung tau kalau tak memang siap-siaplah bertanggunjawab kamu". Izara menekankan sikit suaranya pada intonasi yang tinggi, sengaja dia buat macam tu mahu dilihatnya sahabatnya yang sorang ni takut tak dengan dia.

"Alah.. Tak kan tu pu nak marah kat aku. Tak jadi apa-apa kan, tapi kalau kau kojol kat sini masa aku sergah tadi jangan risau aku belikan kain untuk kau... hehehehe".

"Belikan kain?"  Izara tergaru-garukan kepalanya yang tak gatal.

"Apa kau melalut ni Mira? kain, kain apa... bila masa pula aku citer pasal kain". Izara masih berkeaadaan demikian, masih tergaru-garu kepala yang tak gatal.

"Hahahaha... " Mira melempiaskan rasa lucunya, tak tahan lama-lama dia dengan Izara ni. Mana tak nya, minah yang satu ni memang lembap sikit otaknya kalau bab berkias ni.

"Aku tanya kau boleh gelak pulak. Cik Mira oii... hangpa gelak ni pasai pa?" Dah mula da bahasanya yang satu ni, Izara Adelia ni sememangnya manusia yang suka pakai bahasa negeri yang satu tu meskipun dia bukanlah ada perkaitan dengan negeri tu.

"Kain kapan la beb... hahahahaha. Kain kapan.." Mira meneruskan lagi aksi ketawa sedunia yang baru di ciptanya.

"Kain kapan? wait, kejap.... kurang asam punya orang kenakan aku rupanya". Mana lah dia tahu minah senget ni kenakan dia, Izara akaui memang dia jenis yang tak suka berkias tapi straight to the point kalau cakap. Tapi minah senget depannya ni tahu-tahu aje akan kelemahannya yang satu tu.

"Dalam hati nak kenakan dia dengan suara volume tahap 10 aku tadi, balik-balik aku jugak yang terkena. Memang la budak ni tak reti takut rupanya". Bermonolog lagi Izara Adelia dalam hati.

"Beb, aku nak bagitau kau ni. Semalam aku pergi show kat PWTC. Ada artis baru naik la beb, serius hansem beb". Semalam dirasakan hari yang paling best dalam hidupnya bila terlibat sama dalam satu show nyayian sempena kemunculan album single pertama milik lelaki itu. Tapi sayang tak sempat pula dia bergambar kenang-kenangan dengan artis itu.

"Tu jea.... ada apa-apa lagi ke". Izara bertanya lanjut.

"Xde, tu jea la. Kenapa ada apa-apa yang aku kena citer kat ko lagi kea". Kali ni giliran Nur Amira Anisa Binti Hasan pula yang tergaru-garu kepala yang tak gatal. Di rasanya sudah habis di ceritakan pada sahabatnya ni, sejak bila pula pandai melebih ni. Setahunya sahabatnya ni jenis yang mendengar aje apa yang di cerita, jarang mencelah.

"Beb, yang kamu terkecoh-kecoh ke sini. Sergah aku bagai nak rak tu, alih-alih ni jea yang kau nak citer". Izara Adelia, membulatkan matanya yang sepet tu...

"Kot yea pun, tutup la mulut tu. Jangan melopng sangat, ramai pandang tu". Mira memulakan strateginya, takut jugak dia dibuatnya minah depan dia ni naik minyak tak ke naya dia awal-awal pagi ni.

"Da la, aku da lambat.Aku naik atas dulu yea. Papai... ". Nur Amira Anisa cepat-cepat mengucapkan ayat selamat tu. Dalam hati, siapa yang tahu..

"Wait... Aku...". Terlambat sudah, si tukang citer da memuatkan di ke perut lif.

"Ni memang nak kena ni, pandai aje nak melarikan diri. Siapa kau Mira". Guman Izara Adelia di dalam hati,cepat-cepat dia menghabiskan roti bakarnya yang masih berbaki di atas meja.



                               

6/06/2014

OH MY MANUSKRIP *MP :)

         Assalamualaikum....  sahabat MP semua. Terima kasih sebab masih sudi menjengah blog MP yang biasa-biasa ni yea. Kesibukan terlalu merantai menyebabkan MP tidak mampu nak up date E- novel. Insyaallah, jika di izinkan allah MP akan memuat naik 3 bab sekali. Insyaallah... Yea, mungkin ceritanya kan basi bila terlalu lama di perap tapi tak pe la. Percubaan untuk E- novel julung kalinya.

         Sahabat, MP sebenarnya sedang menyiapkan sebuah manuskrip yang telah lama terbiar sepi. Ianya sedah separuh cerita dan seharusnya siap awal tahun ini tapi di sebabkan berlaku sedikit insiden manuskrip itu MP padamkan terus. Namun di sebalik ujian yang datang, MP buka sebuah manuskrip baru yang MP beri tajuk "CERITA CINTA DAN LAGU" .

        Sebenarnya manuskrip yang sedang MP tulis ini adalah sebuah kisah nyata dan dari lagu yang nyata. Hakikatnya MP sedikit penat. Bukan penat mengejar dateline... al maklum, MP hanya blogger yang biasa2 dan tak pernah menyiarkan sebuah novel pun tapi sebenarnya penat untuk menulisnya kembali... membuka buku lama dan meneliti di mana permulaannnya.

                                                **** CERITA CINTA DAN LAGU****

      Jika di izinkan allah, pasti manuskrip ini akan siap sepenuhnya akhir tahun ini. Doakan MP yea... Sesungguhnya setiap penulisan MP di DUNIA PENA adalah kehidupan MP dan tujuan MP hanyalah mencari senyuman setiap insan yang membaca penulisan MP. Itulah hadiah terindah untuk MP sebenarnya...

                                                             Sekian, Wassalam.
                                                                   

PERBEZAAN WARNA BUAH DAN KHASIAT NYA #Part 1 : Buah Naga @ Dragon Fruit

 Assallamualaikum dan jumpa kembali sahabat MP. Yep... MP kembali di tahun 2021 dan bila mana anda membaca "posting" ni bermakna a...