Powered By Blogger

9/29/2015

APA ITU CINTA

Banyak cerita melayu hari ni asyik berkisah soal cinta. Cinta.. Cinta..Dan cinta. Hermm.. Ini yang buat MP pun cair juga. Copss..Apa ni, ahh..ini semua pasal tengok drama melayu la banyak sangat. Allahuakhbar..

Assallamualaikum warahmatulallah dan salam bersaudara. Terima kasih tau sebab sudi menjengah lampaian unsang MP ini. Lama suda tidak berbicara tentang benda alah ni kan. Pejam celik pejam celik, rasanya da cukup umur kot nak cakap pasal C..I..N..T..A. Ok, cuma berbicara ya. Hal MP di dunia realiti  tidak di dalam pakej ini OK. 

Berkisah soal cinta dan sejujurnya, tak ada seorang pun yang boleh mentafsirkan maksubnya yang sebenar dan tidak ada seorang insan pun di dunia iniyang dapat menyangkal akan kehadiran CINTA. Terlalu asing kan, manusia di lahirkan dengan rasa dan belajarlah untuk mensyukurinya wahai manusia. Beruntungnya kita kan, tiada harga bayaran tunai pun yang perlu di lunaskan. Betapa pemurahnya Allah s.w.t dan betapa nikmatnya rasa cinta bila ianya datang menyapa. Namun kadangkala, kita tidak lari dari sifat alpa dan tamak. Alpa dengan pemberiannya hingga lupa mengsyukuri segalanya. Tamak dengan rasa bahagia yang telah pun di miliki hinggakan sanggup memintanya lebih. 

Dimana nilai cinta yang sebenar. Waallahualam.. tanya hati jawab lah dengan akal yang bijaksana. Cinta pula bagi MP cuma membawa satu maksub. Iaitu RASA YANG SEMPURNA. Kenapa? Sebab hakikatnya bila di fikirkan sedalam-dalamnya, ianya tidak lain tidak bukan adalah suatu rasa di dalam jiwa yang sangat senpurna dan takmampu diungkapkan dengan kata-kata. Kehilangan cinta mengubah segalanya. Cinta itu sesempurna kejadian manusia. Usah di rumitkan dengan berbagai penyampaian dan makna.

Kita melihat pelbagai keadaan dan perlakuan. Yang cantik dengan yang biasa-biasa pasangannya. Gemuk dengan kurus. Kaya dengan miskin. Ayu dengan kasar. Sado dengan sekeping. Hehe... Inilah mata. Cinta itu sememangnya aneh datang dengan pelbagai cara dan bentuk. Cantik itu pula berbeza pada setiap pandangan mata manusia. Cinta menyelit di antaranya. Ada sahabat berkata bergambar dengan pemandangan alam yang indah lebih seronok dari bergambar dengan seorang awek cantik. Yep, Itu salah satu pengakuan cintanya terhadap alam dalam diam. 

Dalam satu kajian yang di jalankan oleh pengkaji luar negara. Di dalam artikelnya menyatakan bahawasanya "Cinta itu tidak akan kekal lama. Setelah empat tahun rasa cinta akan berubah sedikit demi sedikit dan akhirnya kosong". MP tidak mengakui ianya betul 100% OK. Mungkin ada sedikit yang betul. MP bagi 4/10 la. Takde markah bintang yea..sebab bukan akademi fantasiooo ataupun bintang mencari bintang. Hehehe..

Mencintai itu mungkin suatu yang menarik apatah memiliki rasa sayang. Namun untuk setia dengan rasa yang sama, hati itu berkali-kali tidak kekal. Mencintai la kerana allah kerana sesungguhnya dia la pemilik mutlak kepada setiap hati. Meminta dan berharaplah padanya, insyaallah jiwa mu tidak akan pernah kosong.

Hermm... nampaknya penulisan ini MP akhirkan sampai sini saja OK. Insyaallah, jika ada kelapangan di lain masa MP berbicara lagi. 

Assallamualaikum dan sekian.



Tiada ulasan:

PERBEZAAN WARNA BUAH DAN KHASIAT NYA #Part 1 : Buah Naga @ Dragon Fruit

 Assallamualaikum dan jumpa kembali sahabat MP. Yep... MP kembali di tahun 2021 dan bila mana anda membaca "posting" ni bermakna a...