Powered By Blogger

4/27/2014

Dia, cintaku 1 bulan By: Mustika Pena (SINOPSIS)



..................................................................... SELAMAT MEMBACA E-NOVEL MP YANG JULUNG KALI DI PERSEMBAHKAN. TULUS IKHLAS DARI MP DI DUNIA PENA. THANK A LOT SUDI SINGGAH :)


  "Izara, itu nama baru aku. Yea, agak kelakar untuk diperkenalkan. Kenapa? Ah!! Aku sendiri tak tahu kenapa tapi yang pasti aku mahu menjadi orang baru".

   ''Kenangan lama harus ku buang jauh-jauh, siapa mereka dalam hidup aku hanyalah sebuah memori yang aku ingin lupuskan. Tapi kenapa hati ini masih tak juga mahu melupakan semua itu. Ya allah, hamba mu ini lelah sekali mencari siapa diri ini...seolah kehilangan identiti sendiri''.

   Diari hitam yang lusuh itu  terus dibicarakan dengan tinta penanya... Dari satu helaian berpindah ke helaian yang berikutnya. Izara Adelia, itu nama si gadis bermata biru ini.

   Dia seorang gadis yang dipenuhi dengan senyuman manis. Meskipun dirinya tidak pernah berhenti tersenyum namun ada kisah sedih yang tersimpan dalam kamus hidupnya hinggakan si gadis ini punya dua pewatakan yang tidak ramai gadis di luar sana sepertinya.

   "Ijat, tengok la sini.... Said hey, wei... Said hey.... Hehehe. Poyo giler la wei. PD, kami datang". Lauh Zaid Iskandar.

   "Aku memang seorang yang always happy, hidup tak harus dibazirkan dengan kesuraman. Keluarga aku dan kawan-kawan itu adalah lebih penting tapi tidak CINTA".

   Zaid Iskandar, seorang lelaki yang sedang mencipta nama dalam industri tanah air. Kekayaan keluarga yang dimiliki dan nama datuknya yang gah di persada seni negara tidak sesekali menjadi batu lonjatan baginya untuk menjadi terkenal. Dia lelaki yang di kelilingi dengan kegembiraan bersama keluarga dan sahabat-sahabat namun dia juga bukan manusia sempurna, pasti punya kekurangannya. Hakikatnya, dia juga sedang mencari sesuatu. 

   Dia,cintaku 1 bulan. Sebuah kisah dalam mencari sebuah cinta suci dan keikhlasan hati bagi meneruskan kehidupan untuk mendapatkan cinta yang lebih agung dari yang maha pencipta, pemilik segala cinta. Izara Adelia, gadis misteri bersama matlamat tersembunyinya dan Zaid Iskandar, jejaka periang dengan bonus ketampanan pilihan malaya. Kehidupannya yang gah di dunia seni. 

   Jika benar ada cinta yang ikhlas dari hati kenapa masih cuba menafikan hakikat ianya anugerah ilahi.





Tiada ulasan:

PERBEZAAN WARNA BUAH DAN KHASIAT NYA #Part 1 : Buah Naga @ Dragon Fruit

 Assallamualaikum dan jumpa kembali sahabat MP. Yep... MP kembali di tahun 2021 dan bila mana anda membaca "posting" ni bermakna a...