Powered By Blogger

9/02/2013

1st Giveaway By Adkdayah

                                  Jom sahabat kita pakat join ramai2.... selamat berjaya. Amin.... 
cepat tekan banner..

hadiah yang ohsemmenanti anda
reader x nak ke? kalau nak join cepat dekat SINI
antara hadiah yang ohsem
novel terpakai (nama je terpakai tapi still cantik dan elok lagi tau)
4 pemenang ( sape cepat bole pilih yang mana satu)

majalah ujang keluaran terbaru x 2 pemenang
(gambar contoh)

Felt keychain yang superb cumel x 1 pemenang

cover photo x 3 pemenang
(gambar contoh)
topup RM10 x 4 pemenang
topup RM5 x 2 pemenang

Fridge magnet x 3 pemenang
(xde gambar)
bloglist x 3 pemenang
bloglist sebulan + review blog x 3 pemenang (dayah sendiri)

apa tunggu lagi??cepat sertai 1st GiveAway by adkdayah..tekan banner diatas

9/01/2013

Cup Cake Stail Life

Assalamualaikum tinta di buka, kehidupan sesungguhnya begitu banyak takrifan namun bagi MP hidup ini suatu yang paling indah, wadah bicara yang di ungkap melalui penulisan bukanlah untuk MP mencari publisiti namun sebagai lompatan ke dunia realiti. Bukan maksubnya MP adalah suatu yang palsu bukan pula manusia di zaman batu tapi MP permerhati dalam dunia realiti. Seriusly banyak benda yang MP tinggalkan tanpa MP sedar sebenarnya MP telah kehilangan. Kehilangan memberi banyak pada erti kehidupan namun sekarang MP bukan Si bayu yang hanya meniupkan wadah melalui penulisan namun pastinya turut menjadi tali ukur untuk MP memperbaiki diri..

Walaupun terpaksa meninggalkan jawatan dan glamor sebagai seorang ahli sukan dan pemidato serta pangkat akhir sebagai si badut yang menghiburkan, MP sedar semua tu hanyalah sementara. Bila hilang kegembiraan di wajah dan semangat segalanya akan berubah. Si atlet sukan juga akan kalah, si pemidato hebat juga terpaksa berundur dan si badut juga hilang pada watak cerita. Aku hanyalah aku, bangkit sedari tidur memang sukar. Merangkak di sebalik hipokrit manusia memang payah. Bila kegagalan menjadi ketua atasan, teman-teman yang kononnya perwira budiman pastinya perlahan-lahan meninggalkan perih jerih yang bukan keperluan bagi mereka, cuma pertautan di saat panglima di angkat menjadi ketua.

Hehehe... Berpusing-pusing tinta ini bukan. MP bukanlah segaja membuka bicara cerita lama cuma inilah Cup Cake Stail Life. Pernah  MP mendengar dari mulut seorang pendidik, katanya manusia itu hipokrit dan jangan pernah percayakan sesiapa pun di atas dunia ini dalam erti kata 100% percaya. Kerana lidah itu tidak bertulang, wajah itu topeng buatan.  Kesahihan yang benar hanyalah disaat kegawatan kerna di saat itu si pemuka yang ikhlas dan peniti kebendaan akan kelihatan.

Sahabat! MP seringkali menyangka alur yang cetek pasti akan terus mengalir hingga akhirnya muara yang kelihatan. Namun satu perkara yang sering terlupa, tak semudah yang di sangka sebelum ke muara hulunya adalah punca.

Maksubnya... MP sedar kemenangan yang akhir bukanlah semuadah yang di sangka masih banayk liku-liku dan pancaroba perlu di lalui, kerna itu disinilah MP akan mengarakkan segala permula untuk Dunia Pena.

Sekian.... tintaku dari pemilik Dunia Pena.

Merdeka! Merdeka! Terima Kasih Para Pejuangku.


Assalamualaikum... alhamdullilah, termaktub jua dalam sejarah Malaysia untuk kemerdekaan pada tahun ni kali yang ke 56. Sesungguhnya marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa syukur kepada allah s.w.t kerana dengan limpah dan rahmatnya kita masih lagi berjaya mengecapi kemerdekaan untuk yang sekian kalinya. Allah huakbar!!

Sahabat! kemerdekaan yang sedang kita kecapi ini perlu kita jaga dan pertahankan selamya agar anak cucu dan generasi kita yang akan datang akan turut sama mengecapi apa yang kita sedang kecapi ini.

Sahabat!! Ayuh bangkit. Jangan hanya merdeka pada negara dan bunyinya saja tapi satu lagi perjuangan yang perlu kita pertahankan dan kukuhkan adalah merdeka pada akal fikiran dan dari hasutan ideologi barat yang kian bercambah pada minda masyarakat merdeka seperti kita semua.

Pada ketika ini, alhamdullilah negara kita Malaysia masih aman tanpa sebarang masalah seperti kekacauan yang sedang berlaku di negara saudara kita di luar sana. Namun, sedar atau tidak satu ancaman dan perperangan sedang berlaku pada kita iaitu "PERANG MINDA".

Ayuh!! sama-samalah kita berusaha menjadi yang merdeka pada dasar yang sebenar-benarnya. Insyaallah, pasti berjaya. Permudahkanlah ya tuhanku... amin.

PERBEZAAN WARNA BUAH DAN KHASIAT NYA #Part 1 : Buah Naga @ Dragon Fruit

 Assallamualaikum dan jumpa kembali sahabat MP. Yep... MP kembali di tahun 2021 dan bila mana anda membaca "posting" ni bermakna a...