Powered By Blogger

8/26/2013

Jika hatiku benci pada CINTA!

Salam ukhwah sahabat MP semua. Thank yepp sebab sudi singgah ke blog ni. Semoga entry MP dapat kunjungan yang banyak sekaligus komen-komen yang bernas yea... Alhamdullilah, hari ni MP sekali lagi berbicara soal hati dan lebih jiwang lah sikit..  :D

Cinta!! ada apa dengan cinta?

Susah lah nak berbicara tentang cinta. Kadangkala kerana cinta seorang anak sanggup menderhaka. Kerana cinta maruah diri sanggup diperlekehkan orang. Kerana cinta jiwa merana. Kerana cinta juga rosak segala-galanya. Allah.... cinta itu kadangkala merimaskan kadangkala sangat mengindahkan. Yupp... hati bagaikan melayang-layang di udara... nasihat usah dikatakanlah... semuanya takleh pakai saat hati di bunai dengan cinta.

Persoalannya sekarang bagaimana jika hatiku benci pada cinta? Wah!! MP dah pandai bercakap soal cinta...hehehe. 

Kalau ditanya pada hati, bohonglah jika MP mengatakan yang benci pada cinta tahap kritikal... Silap tuh, MP tidak suka jika cinta itu menjadikan MP lupa pada tanggunjawab yang perlu di lunaskan. Itu aje...

Jika hati benci pada cinta barangkali dunia ini dipenuhi dengan dendam. Yea la... tiada lagi perasaan kasih dan saynag yang menjadi tali pengikat kepada penyambungan ukhwah.. dan tanda kesabaran seorang insan. Kerana itu jika membenci jangan terlalu membenci jika menyayangi jangan terlalu menyayangi khuatir merosak pada diri sendiri.

Sahabat... cara yang terbaiknya adalah menerima pemberian terindah ini dan bersyukurlah atas kurniaannya ini. Sekaligus sematkan di hati dengan tawakal kepada allah dan utuhkan pegangan kepada ajaran islam. Kerana sesungguhnya allah lebih mengertahui apa yang tidak kita ketahui... 

Sekian... Wassalam sahabat MP. :)

8/25/2013

ELEXANDER THE GREAT @ Zulqarnain Qurani

Salam bicara sahabat MP semua..... alhamdullilah, bersyukur kita kepada allah s.w.t kerana dengan limpah kunianya masih lagi dapat kita menikmati kehidupan pada saat ini dan ketika ini.  Allah huakhbar!!!, Sahabat... bagaimana agaknya insan-insan yang sedang di uji di luar sana ya. Semoga segalanya baik-baik saja dan rahmat allah untuk kita... amin.

Sahabat! MP hanya ingin berkongsi tentang suatu kepentingan yang agaknya masih kabur dan mungkin kita juga masih tidak tahu atau juga terlupa dengan satu kebeneran yang sudah terang lagi bersuluh sengaja di tutup tentang pengertahuan kita semua pada seorang pejuang islam yang kisahnya terdapat di dalam al-quran. Allah.... sahabat masih ingat pada seorang yang bernama Elexander The Great?

Sahabat sekalian.... Elexander The Great juga adalah Zuqarnain Qurani. Zurqarnain Qurani @Elexander The Great adalah putera Raja Philip dari Mecedonia. Jika diteliti dengan teliti, kita akan menemui satu fakta yang jelas dan lagi nyata bahawa al-Quran menyatukan kisah tentang Yakjuj dan Makjuj dengan pengembaraan Zulqarnain. Sedangkan, sumber-sumber dari Bible hanya menceritakan tentang Yakjuj dan Makjuj atau Gog Magog sahaja tanpa mengaitkannya dengan Zulqarnain.

Bible tidak mengisahkan secara jelas tentang watak Zulqarnain. Sahabat MP sekalian... ini jelas membuktikan terdapat beberapa hal yang membezakan antara al-Quran dengan Bible tentang Yakjuj dan Makjuj. Padahal turunnya surah al-Kahfi kepada Nabi Muhammad s.a.w tentang watak Zulqarnain adalah dalam rangka menjawab pertanyaan orang Yahudi. Logiknya para sahabat sekalian, sudah tentu para Rabi Yahudi tahu banyak tentang hal berkaitan dengan Zulqarnain yang kisahnya terkubur berabab-abab. Namun demikian, dalam inskipsi Yahudi di dalam Perjanjian Lama dan Baru tidak ditemui sedikitpun tentang watak Zulqarnain, yang ada cuma hanyalah kisah Gog Magog@ Yakjuj dan Makjuj.

Sahabat! Kita sendiri dapat menilainya bukan... Nabi Muhammad s.a.w yang kita sedia maklum ummi (Buta Huruf) dari padang gurun dan pergunungan Paran Arab membuka tabir rahsia ini. Hal ini membuatkan para pendeta Yahudi pada masa itu terperanjat dan takjub.

"Bagaimanakah seorang yang buta huruf mampu menceritakan kisah Zulqarnain dan Gog Magog dalam satu kisah?"

Hal ini tidak di jumpai dalam kitab-kitab mereka sendiri. Mereka takjub, hairan tetapi pada akhirnya meredka tetap tidak beriman kepada kenabian Muhammad. Sesungguhnya ini semua adalah bukti bahawa al-Quran adalah wahyu dari allah s.w.t , bukanlah karangan dan gubahan Muhammad, dan bukan pula hasil plagiat yang di tuduh oleh para Orientalis dan Evangelis selama ini.

Sesungguhnya kebenaran itu akan tetap terserlah bila sampai saat dan ketikanya.
Allah huakbar!!!
Sekian...



PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY RBAIN

 
 banner dan entri di paku sehingga 30 ogos 2013
setelah 4 bulan menyepi tanpa sebarang segmen akhirnya kathy muncul lagi dengan SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN.kali ini kathy mencari bloglist untuk bulan September sehingga Disember 2013.semua akan di bloglist di Kathy Bloglist dalam kategori bloglist 4 bulan. namun ada syarat2 yang perlu di penuhi untuk melayakkan anda menjadi bloglist kathy iaitu 
1. mempunyai blog dan aktif update entri.buat entri segmen bertajuk PENCARIAN  BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY RBAIN
 2. follow blog INI dan INI 
3. add G+ 
4. like fanpages 
5. setiap penyertaan akan di bloglistkan setelah segmen berakhir. dua orang peserta bertuah yang di pilih secara random akan di review blognya dan menerima hadiah misteri dari kathy.
 6. segmen bermula pada 25 Ogos 2013 sehingga 30 Ogos 2013 jam 11.30 malam.JOM PAKAT JOIN RAMAI2. 

PERBEZAAN WARNA BUAH DAN KHASIAT NYA #Part 1 : Buah Naga @ Dragon Fruit

 Assallamualaikum dan jumpa kembali sahabat MP. Yep... MP kembali di tahun 2021 dan bila mana anda membaca "posting" ni bermakna a...