Assallamualaikum dan jumpa kembali sahabat MP. Yep... MP kembali di tahun 2021 dan bila mana anda membaca "posting" ni bermakna anda baru je berinteraksi secara maya dengan MP beberapa minit yang lepas. Bagi yang baru singgah ke blog ni, thank you sangat sebab sudi datang ke sini. Kalau sudi anda log in la pakai gmail and tekan butang "subscribe" di sebelah. Insyaallah, biar ilmu yang berfaedah dan buah fikiran yang bermanfaat di terima selalu.
Tajuk pun dan anda semua baca kan, "so let start". MP nak tanya anda semua. Sahabat semua pernah makan buah kan tapi pernah tak anda semua pasti betul-betul apa khasiat yang anda dapat dari setiap buah-buahan tu? Warna buah memberi maksud apa?
Haa... "let discuss together".
Buah Naga atau di kenali juga dengan nama saintifik nya iaitu " Hylocereus undatus (Haw.) Brit. & Rose. Namun lazim nya dalam masyarakat umum di malaysia kita semua memanggilnya dengan nama Buah Naga @ Dragon Fruit. Sebahagian masyarakat lain nya, ada juga memanggil buah ini dengan panggilan Pitaya atau Pitahaya. Buah naga atau Dragon fruit ini berasal dari keluarga Cactaceae.
Kalau kita semua perhatikan pokok buah Naga ini mulai komersial dan di tanam di Malaysia pada sekitar tahun 1999, hampir 22 tahun yang lalu kan jadi sekarang di era tahun baru 2021. Buah Naga bukan lagi buah-buahan yang asing untuk di temukan di sekitar kawasan penempatan baik di pasaraya mahupun gerai buah-buahan.
Khasitnya dapat dilihat dari warna kulit yang sangat memukau mata memandang. Buah naga ini berkhasiat dalam membekalkan Vitamin C dan berfungsi sebagai antioksidan yang bagus pada tubuh badan serta melindungi tubuh badan kita dari terkena paparan radikal bebas. Radikal bebas ini sudah pasti datang nya dari persekitaran yang tidak sihat dan berhabuk/ kotor, jika kita semua kerap sangat terkena paparan radikal bebas ni berkebarangkalian kulit menjadi kering. Kulit juga cepat berkeriput sebelum sampai masa. Kolegen yang ada pada tubuh menjadi lemah.
Selain daripada Vitamin C. Buah ini juga mengandungi Vitamin B2 dan Vitamin B3. Vitamin yang ini pula penting dalam menjaga metabolisme tubuh badan kita. Diyakini juga kecukupan vitamin B dalam badan dapat menurunkan beberapa risiko menghidapi penyakit Migrain, Katarak, Preeklampsia, dan penyakit Jantung. Pantas saja warna nya pun merah gelap seperti jantung...hehe. Selain itu juga, berperanan penting dalam menjaga kesihatan saraf tubuh badan.
Magnesium juga turut terkandung di dalam buah ini dan kerana kandungan nya yang agak banyak. Buah Naga dapat meringankan serta mencegah kram otot atau kebas. Meningkatkan stamina serta "performance" saat berolahraga. Memelihara kesihatan dan fungsi jantung serta membantu menurunkan tekanan darah. Hasil Research yang Mp buat, didapati Buah naga juga dapat bantu menurunkan risiko Deprasi (Tekanan/ Stress) , Diabetes tipe 2, hipertansi, dan sindrom pramenstuari (PMS).
Kebaikan yang ada seterusnya ialah Zat besi. Kandungan mineral yang satu ni sangat penting bagi tubuh badan manusia kerana kita sedia maklum zat besi berperanan dalam menghasilkan sel darah merah. Berdasarkan pembacaan dan pembelajaran di kelas biology masa form 5 dulu. Seingat Mp, jika seseorang manusia itu kekurangan zat besi dalam tubuh badan maka dengan mudah juga diserang anemia atau kurang darah. Masyarakat Amerika antara yang ramai mempunyai masalah Anemia.. Mp tak pasti la kalau gaya hidup mereka antara kebarangkalian hampir 3 juta penduduknya menghadapi masalah yang satu ni.
Kalsium juga terdapat pada buah naga, dan setiap kehidupan memerlukan kalsium. Manusia adalah individu yang amat memerlukan kalsium dalam badan. Kalsium perlu untuk memelihara kekuatan tulang jadinya bukan susu saja penting kepada manusia tapi buah-buahan juga. Kekurangan kalsium meningkatkan risiko osteoporosis iaitu penyakit tulang. Lazim nya, pesakit yang menghadapi masalah ini adalah golongan wanita 50 an ke atas dan pesakit yang mengalami kecederaan tulang. Kalau nak cerita detail... nanti Mp update "Posting" lain k.
Kandungan terakhir yang ada dalam buah naga ialah Antosianin (zat pewarna semulajadi) dan antioksidan. Oleh sebab itu, buah naga ni kita tengok warna nya merah terang, merah gelap dan ada sesetengahnya berwarna kuning. Bagi individu yang ingin menurunkan kadar risiko menghadapi kanser juga dipercayai bagus untuk mengonsumsi buah Naga. Jika kerap mengambil buah naga sebagai makanan kudapan, warna urine kemerahan dan tidak perlu risau kerana ianya berlaku kerana kandungan zat pewarna semulajadi buah naga itu sendiri dan serat lain yang terdapat juga membantu dalam proses pencernaan anda. Jika rasa menghadapi masalah sembelit boleh la amalkan buah naga sebagai pilihan buah-buahan anda.